Powered By Blogger

Saturday, April 23, 2011

Gadis Strawberry episod 6

"Eh! Bila awak sampai?", terkejut dia apabila melihat aku duduk di dalam kedainya tatkala dia sibuk membuat kerja.

"Baru je sampai, balik daripada Klang terus mandi siap-siap datang sini jumpa awak", balasku sambil melontarkan senyuman yang amat manis kepada dia.

"Tapikan baru pukul 9.00, ada sejam lebih baru saya habis kerja. Tak kan awak nak tunggu saya, kesian awak mesti penatkan?", tanya dia menunjukkan keperihatinan kepada aku. Lalu dia berkata kembali, " awak dah makan? Kalau belum tunggulah sampai saya habis kerja kita pergi makan sama-sama".

" Saya belum makan memang ingat nak makan sama-sama dengan awak. Kalau saya nak makan dekat kedai awak boleh? Sambil tu nak tengok awak buat kerja, hilanglah penat saya nanti..heheheh", balasku lagi sambil tersengih menampakkan baris gigi yang tersusun dan putih.

Lalu dia pergi ke kaunter pembayaran mengambil senaskah menu makanan dan kembali ke tempat aku duduk. "Nah awak tengok dulu, apa yang awak nak makan nanti awak 'order' ya".

Tersentak dengan tindakannya itu aku pun berkata, "habis tu awak?"

"Awak pilih dulu makanan yang awak nak pesan. Saya masuk dalam dulu siapkan kerja sikit, lagipun pelanggan tak ramai", ujarnya sambil memuncungkan mulut tunjuk ke arah sepasang kekasih tengah makan bersama. "Nanti saya temankan awak makan ya", ujarnya lagi dengan senyuman yang manis.

"Bagi saya jus tembikai dengan nasi goreng kari", sambil menudingkan jari ke arah gambar rajah yang tertera pada senarai menu. Lantaran itu, dia mengangguk serta berlalu pergi ke arah dapur.



Selang berapa minit, ketika aku sedang bermain 'game' telefon bimbit bagi menghilangkan rasa bosan, secara tiba-tiba, " awak! makanan dah siap, jom kita makan!", ujarnya sambil meletakkan dua pinggan makanan berserta dua gelas besar daripada dulang yang dibawanya.

"Ingatkan lama lagi nak siap, nasib baik sekejap je. Saya dah lapar ni, jom kita makan sama-sama", kataku sambil menyusun elok makanan terbabit saling berhadapan",

Lalu dia menarik kerusi dan duduk betul-betul di hadapan aku, "kenapa awak pandang saya macam tu? Jomlah kita makan", sapanya melihat aku terdiam seketika.

"Eh tak adalah, saya suka tengok awak rasa tak jemu je lihat awak..hehehe", balasku sambil ketawa terkekeh-kekeh.

Dia tak menjawab sebaliknya membalas dengan senyuman manja ke arahku. Suasana di dalam kedai itu begitu sayup menandakan tiada keriuhan pelanggan yang biasanya memecah keheningan dalam kedai tersebut, sebaliknya hanya aku berserta pasangan satu lagi duduk menikmati makanan di bahagia luar, manakala di bahagian luar terdapat beberapa orang lelaki sedang sibuk melayan 'laptop' memandangkan kedai tersebut memberi perkhidmatan 'wireless internet' secara percuma. Sambil aku dan si dia menikmati nasi goreng kari berserta jus tembikai tatkala itu terdengar sedikit keriuhan budak-budak lelaki yang sedang minum di bahagian luar seakan-akan ada benda yang melucukan mereka. Kami tak menghiraukan mereka sebaliknya  aku guna kesempatan yang ada meluangkan masa ini sebaik-baik dengannya.

Pada ketika aku hendak meneguk air tiba-tiba dia berkata, " Awak minggu depan saya berhenti kerja, rasanya tak sampai seminggu pun mungkin beberapa hari saja lagi saya berhenti kerja".

"Laa kenapa pulak? Awak ada 'problem' balik dengan bos awak ke? Atau awak ada masalah lain", tanyaku bagi mendapatkan kepastian memandangkan dia selalu mempunyai masalah terutama di tempat kerja mahupun masalah peribadi.

"Eh tak adalah, tak ada kena mengena dengan benda tu pun. Lagipun kitakan tak sampai sebulan lagi nak masuk Universiti bulan 7 nanti, jadi saya fikir nak duduk rehat dahulu sementara ada baki cuti ni", jawabnya dengan nada keyakinan sambil aku meneguk air tatkala dia menyambung perbicaraannya. "Masa yang ada ni nak luangkan masa dengan mak saya mana tau esok dapat Universiti jauh-jauh susah nak jumpa mak lagi".


"Kalau awak dah fikir macam tu dan awak rasa itu keputusan yang terbaik saya tak kisah, apa yang penting keputusan yang awak buat boleh buat awak 'happy'", senyumku bagi meyakinkan dia bahawa keputusan dia adalah yang terbaik.


"Tapikan awak minggu depan saya ada 'interview' MEDSI, doakan saya berjaya dan dapat masuk UPSI ya".


"Habis itu siapa yang temankan awak?", tanya dia sambil membulatkan mata memandang tepat ke arahku.


Lantas aku pun menjawab," Rasanya saya pergi sendirian je kot, sebab mungkin tak ada sape-sape yang dapat temankan saya. Ala saya tak kisah lagi pun mungkin tak lama 'interview' tu". Melihat dia terdiam seketika aku pun bertanya, "awak nak temankan saya ke?".


Dia tidak menjawab persoalanku sebaliknya hanya tunduk senyum kemudian menganggukkan kepala lantas bangun mengangkat pinggan memandangkan kami sudah selesai makan. Sebaliknya dia hanya membiarkan minuman yang ada memandangkan masih ada baki air yang belum di minum. Kemudian dia berlalu membawa pinggan tersebut ke dapur membiarkan aku sendirian dengan pertanyaan yang tak di jawab.


Sekembalinya dia di tempat kami makan bersama aku bertanyakan soalan yang sama bagi mendapatkan kepastian, "awak betul nak temankan saya pegi 'interview' minggu hadapan?".


"Boleh juga, rasa macam nak temankan awak yelah awak kan kawan saya apa salahnya saya temankan awak. Tapi awak kena minta kebenaran mak saya dulu barulah boleh saya temankan awak", jawabnya sambil melontarkan senyuman seakan suka dengan pertanyaan ku tadi.


"Tak ada masalah, lagi pun dah biasa dengan mak awak insyaallah boleh dapat kebenaran", balasku sambil melontarkan kembali senyuman kearahnya, sesekali dia melirik manja menunjukkan reaksi yang membuatkan aku rasa bahagia dengannya.


"Eh awak, dah pukul 10.15 rasanya saya nak tutup kedai lagipun pelanggan pun dah tak ada baik tutup awal. Awak hantar saya balik kan?", tanya dia sebaliknya aku tak menjawab cuma menganggukkan kepala tanda setuju. " Kalau macam tu, awak tunggu dekat kereta saya nak siapkan kerja dulu, dalam 10 minit saya datang", ujar dia sambil membawa dua gelas yang masih belum di angkat.


Aku pun berlalu ke kaunter membayar makanan kemudian terus menunggu di kereta sementara dia menghabiskan kerja. Sebaik sahaja dia dia siap melakukan kerja, seperti biasa aku terus menghantarnya pulang kerana bagi aku cukup sudah masa yang aku luangkan makan bersama dengannya.




p/s : Sambungan pada Gadis Strawberry episod 7.



3 comments:

  1. menarik blog ko ni. teruskan usaha menulis ni. :)

    ReplyDelete
  2. baru reti mnulis..bakat 2 dtg tiba2..jd aku gunakn bakat 2 sbaik2nya..terima kasih =)

    ReplyDelete
  3. jangan sia-siakan bakat yang ada. seronok bila menulis, lepas tu ada orang yang baca. bila org baca, kena pula dpt pujian. rasa puas bila menulis.

    ReplyDelete