Powered By Blogger

Monday, March 28, 2011

Gadis Strawberry episod 2

"Awak..awak hari tu kita dah isi borang UPU secara 'online' kan? Minggu depan kita kena pegi Ujian Medsi dengan Munsyi. Tapi saya tak ada baju yang sesuai la", ujarku terhadap si dia melalui perbualan telefon.

"Owh yeke..nanti awak ambil saya tau kita pergi sama-sama dan pasal baju apa kata awak beli je", balasnya dengan nada keriangan.

"Itulah pasal, saya ingat nak beli baju kemeja sebab saya memang tak ada baju kemeja pun. Tengahari ini awak temankan saya ya?", 

"Boleh je, lepas Zohor awak ambil saya dekat rumah tau", balasnya mengakhiri perbualan kami di telefon.

Sebaik sahaja aku bersiap mandi membersihkan diri, aku terus menyarung seluar 'jeans' lusuh berwarna biru gelap yang selalu aku pakai berserta baju t-shirt berkolar warna merah. "Okla ni, pakai apa pun aku tetap 'hensem'..hehehe", tersengih aku sendirian mengadap cermin sambil menyikat rambut. Lantas aku terus memandu kereta ke rumah dia seperti yang dijanjikan. "Cantik awak hari ini, tak pernah-pernah pun awak pakai macam ini. Biasanya kalau keluar dengan saya pakai baju kurung je", teguran aku itu membuatkan dia tersipu malu sambil menepuk manja ke lengan aku. Mana tidaknya inilah kali pertama aku melihat dia berpakaian kemeja kotak lengan pendek warna coklat kegelapan, berserta "hand sock" bagi menutupi lengan yang terdedah. Tanpa berbicara panjang, kami pun bergerak menuju ke pekan untuk membeli baju kemeja.

"Awak rasa baju ini sesuai tak? Saya rasa cantik, sesuai gak pakai masa ambil ujian nanti", tanyaku sambil menunjukkan sehelai kemeja kepada dia. Dia tak berkata apa-apa sebaliknya menggelengkan kepala dan terus membelek-belek baju.

"Haa..saya rasa baju ini sesuai dengan awak, cuba awak pakai mesti nampak segak", lalu dia memberikan sehelai baju kemeja warna kelabu berjalur putih kepada ku. Lantas dia pun berkata, " Apa lagi pergilah cuba, saya rasa mesti sesuai dengan awak". Tanpa berfikir panjang aku pun masuk ke dalam 'fitting room' untuk mencuba baju tersebut.

"Awak..saya rasa macam tak sesuai je", ujarku sambil memuncungkan mulut.

"Sesuailah, percayalah cakap saya memang sesuai", nada keyakinannya membuatkan aku tak berfikir panjang sebaliknya mengambil baju dan terus membayar di kaunter. Akhirnya semasa sesi Ujian Medsi dan Munsyi diadakan, aku mengenakan baju tersebut dengan penuh yakin. Mana tidaknya itulah kali pertama aku mengenakan pakaian seperti orang kerja pejabat.

Selang berapa minggu, keputusan temuduga bagi ujian kelayakan Medsi dan Munsyi dikeluarkan secara 'online'. Alhamdulillah, aku berjaya menduduki ujian temuduga untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Lantaran daripada berita tersebut aku terus menghubungi dia untuk bertanyakan perihal tersebut.

"Assalamualaikum, awak macam mana dengan keputusan? awak layak untuk pergi temuduga?", 


"Waalaikumussalam, bukan rezeki saya awak. Awak mesti dapatkan, tahniah", begitu longlai percakapannya ketika berbicara.


"Biar betul awak? Ehm..tak apalah nak buat macam mana dah suratan takdir bukan rezeki awak. Sekurang-kurangnya awak dah berusaha, mungkin ada hikmahnya. Mana tau ada yang lebih baik lepas ni", ujarku dengan memberi kata-kata semangat padanya.


"Awak tak akan faham! Biarlah apa yang terjadi saya dah malas nak pikir", tanpa banyak bicara dia terus meletakkan telefon membuatkan aku terkejut dengan tindakannya.


Petang itu, suasana dalam rumah yang sunyi sepi tanpa ada keriuhan adik-adik bergelak-tawa, sebaliknya bunyi kokokan ayam sesekali memecah kesunyian petang itu, seperti seakan-akan mengetahui isi hatiku. Fikiran aku tidak berhenti berfikir mengenangkan dia, "mesti dia sedih sangat, macam mana aku nak pujuk dia? Patut ke aku berjumpa dengan dia?". Persoalan-persoalan mengenai dia membuntui fikiran ku. Tanpa berfikir panjang aku nekad petang ini juga aku nak berjumpa dengan dia. "Ayah! Je'i keluar dulu, kereta orang guna tau", sahutan aku didengari oleh ayah yang sibuk membetulkan reban ayam di belakang rumah, sambil tangannya melambai seakan-akan memberi kebenaran kepadaku.


Tanpa membuang masa aku terus memecut laju membawa kereta yang selalu aku gunakan. Sebaik sahaja sampai di rumahnya aku terus memberi salam, "Assalamualakum..assalamualaikum..". Kemudian keluar si dia dengan riak muka yang masam.


"Ehm..kenapa awak datang?", pertanyaannya seakan-akan tak menyukai kehadiranku. Tapi aku tak peduli asal dapat memulihkan semangatnya.


"Awak janganlah macam ini, tak elok awak bersedih. Kita sebagai manusia kena terima qada' dan qadar kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita", kata-kata aku membuatkan dia tertunduk kesedihan sambil melabuhkan punggung di kerusi di hadapan rumahnya.


"Kalau awak nak tau, cita-cita menjadi guru ialah impian saya semenjak kecil lagi semenjak pemergian arwah ayah saya lagi. Macam mana saya nak tunaikan janji pada arwah", linangan air mata terkumpul di kelopak matanya membuatkan aku sedar dia benar-benar kecewa.


Lantas dia menyambung kata-katanya," Saya gagal untuk mengejar cita-cita, walau macam mana pun saya akan tetap menyambung pelajaran tak kisahlah apa jua tawaran yang terima".


"Baguslah begitu, walau macam mana pun teruskan belajar. Mana tau mungkin masih ada peluang untuk awak mengejar cita-cita itu, Insyaallah".  kata-kata ku itu telah mengubah riak mukanya , berangkali semangatnya dah kembali pulih.


"Apa-apa pun tahniah pada awak kerana berjaya untuk temuduga, saya harap awak berjaya menyambung pelajaran di UPSI".


"Terima kasih awak, ingat jangan bersedih dan banyakkan berdoa tau", bicaraku itu mengakhiri perbualan kami pada petang yang sayup itu.


"Beeeppp..beeeppp..", deringan telefon bimbit Nokia 5300 menyedarkan aku daripada lamunan kenangan terhadap dia. Aku capai telefon bimbit di 'dashboard' tertera panggilan daripada kawanku. "Wei..Joe, malam ini jangan lupa main futsal dekat tempat biasa. Kumpul dekat rumah aku ya", " Ok apis, tak ada hal malam ini tepat pukul 9.00 aku sampai", perbualan antara aku dengan kawanku menyedarkan diriku mengenai tujuan sebenar aku keluar pada waktu tersebut.




p/s : sambungan pada Gadis Strawberry Episod 3.


Gadis strawberry episod 1

No comments:

Post a Comment