Powered By Blogger

Monday, March 21, 2011

Salasilah

"Eh! ko ada berapa abang ye?"


"Zulhazri, boleh kamu bagitahu cikgu berapa adik beradik kamu?" 


"Wei joe! abang mana satu plak yang kahwin ni?"


"Wei derr..luu ada berapa kakak yang 'single'? kenal-kenalkan laa sama waa.."


"Wah!! adik kau 'hensemlaa'...agak-agak aku nak berkenalan dengan adik kau boleh tak?"


"Alamak joe..bila lagi aku nak jadi adik ipar kau ni?"


"Ayob anak sulung ke anak bongsu? tengok gaya macam sulung kadang-kadang tengok macam bongsu.."


**********************************************************

hahahahaha...Sebenarnya che' dah biasa sangat dapat soalan macam ini. Rasa-rasanya hampa semua pun mesti dah 'familiar' dengan soalan begini. Tetapi sebenarnya rata-rata hampa semua mesti rasa biasa dengan soalan ni, pasai apa? pasai bagi yang ada adik beradik setakat dua tiga orang tak ada hal laa nak cerita pasai 'family'. Kadang-kadang bosan jugak dapat soalan macam ini, bukan tak mau nak cerita tapi bila nak cerita mulala masing-masing buat muka bengong tak faham apa yang che' cerita. Macam che' lain laa kalau nak cerita bab 'family' ni, mau ada yang pening kepala nak faham pasai 'background' keluarga che' ala-ala 'complicated'. Tapi pasai che' ini baik hati diceritakan jugala pada kawan-kawan rapat supaya mereka tak terasa hati. Bagi yang baru kenal terpaksala che' tipu sekerat dua bagi memudahkan penceritaan. MINTA MAAF!! banyak-banyak pada sapa-sapa yang dah che' tipu. 'So' untuk memudahkan pemahaman kawan-kawan, sahabat-andai, makwe-makwe(hehehehe penat klu nak cerita kat semua ni) serta jiran-jiran sebelah rumah, che' buatlah susur galur keluarga pastu print atas kertas 'fotostet' banyak-banyak. Agak-agak ada soalan yang seperti di atas, che' pun kasila salasilah keluarga che' tak adala penat nak menerangkan kepada hampa semua.


Tak pasti betul ke ejaan nama semua ni, pasal ramai sangat nak ingat.




Haaa..inilah dia salasilah keluarga che'. Besar memang besar, tu pasai laa che' malas nak cerita pasai 'family', nak cerita pasai adik-beradik je dah mau 1 hari 1 malam,belum lagi bab anak sedara lepas tu macam mana boleh dapat 'family' yang besar macam ini('Confirmla' kekuatan batin ayah aku..hahaha). Walau macam mana pun "INILAH KELUARGA KU!!!"


Pas ni janganlah ada orang nak tanya pasai ini lagi..penat woo!!!




p/s : sayangi dan hargai keluarga, kerana mereka harta yang tak ternilai.

1 comment: