Powered By Blogger

Friday, February 10, 2012

Aku Mencari

aku berjalan dalam kesiangan mencari apa itu kasih..
menongkah liku kemalaman mengenal erti cinta..
nafsu yang membelenggu itu adalah kegersangan..
menepis haluan yang memalingkan perasaan pada Mu..
menjauh dan semakin menjauh..


aku semakin kenal akan kasih itu..
letaknya junjungan kejujuran di puncak kesetiaan..
pada zahirnya bicara itu tercapai..
pada perbuatan jua turut menggapai..
tapi hati yang meragam rosakkan lambaian..


aku tercari dan mencari mana dia cinta itu..
mendayung atas perahu tapi yang menggerakkan adalah dusta..
berkata bahawa usaha itu tiada sedangkan keringat yang merasa kesannya..
kerana nafsu semakin menebal telah lemahkan istiqamah..
pada itu menyesal bukan lagi alasan..


aku semakin jauh dan menjauhi Ya Rabbi..
kerana junjungan kejujuran itu hanyalah bayangan..
dirosakkan manusia yang bermain lidah dengan kata-kata..
manusia..dan manusia itu yang terkena kesannya..
tapi yang merana manusia ini..


aku cuba kembali dijalan penuh noda..
aku letakkan dukungan keikhlasan di tengah pedoman..
biar aku terus tegar menempuh halangan demi halangan..
kerana kekuatan tak terletak pada bilangan..
tapi hati yang membuak memberikan semangat dan kekuatan..


aku kembali berjalan pada suratanmu Ya Kasih..
satukan kasih dan cinta pada titian harapan..
letakkan junjungan kejujuran, tempatkan dukungan keikhlasan..
biarkan aku tinggalkan nafsu keseorangan..
kerana aku yakin pada_Nya..
untuk aku terus cari dan mencari...


~~Aku mencari~~
~~Bilik JMKZ~~
~dikala bosan wat gerak keje open-day~