Powered By Blogger

Friday, March 25, 2022

Sedalam mana kita sayangkan seseorang itu, kita tak boleh berharap yang orang itu jadi milik kita...biar kita jer yang tahu sejauh mane perasaan kasih sayang kita kat die...yang penting kita usaha buktikan kita sayangkan die, satu hari nanti bila die dah kehilangan kita,die akan berfikir sendiri segala pengorbanan yang kita lakukan, saat itu barulah die tahu betapa pentingnya kita pada die dan barulah die akan mula menghargai kita...biarlah die menolak kasih sayang dan cinta kita kerana lebih perit jika dimiliki tapi tak dihargai
manusia itu buta  kerana sayangkan sesuatu yang belum pasti dihargai, daripada buta itu terangnya mata hati yang melihatkan kejahilan diri..untuk kita sedar bahawa diri ini punya hak untuk memiliki dan disayangi..

p/s: saja aku gunakan die, untuk nampak trend..konon
Kadang-kadang memang rasa bosan bila tak ada teman, terutama teman berbicara untuk kita luahkan macam-macam hal tak kisahlah hal peribadi atau hal kerja. Kadang-kadang memang kita perlukan teman untuk mengisi kekosongan hati ini yang perlukan sokongan terutama saat-saat kita dalam keadaan yang tidak menentu
Petang itu sungguh nyaman sekali. Sesekali berjalan menyelusuri pelosok Tasik Proton City adalah aktiviti yang menyenangkan setelah seharian duduk didalam bilik kuliah dan mendengar celotehan pensyarah. Pada petang itu berjalan menghirup udara segar dihiasi dedaunan yang menghijau di tambah pula dengan keindahan sinaran cahaya matahari yang kekuningan. Tatkala berjalan menyelusuri laluan pejalan kaki kelihatan ramai orang tak kira orang tua atau muda memanfaatkan petang itu dengan pelbagai aktiviti. Sama ada berjoging atau berkayak di tasik. Sesekali keriuhan anak kecil bermain jongkang-jongkit dan buaian menggamit kenangan aku pada waktu kecil.

Mesin Taip

Semenjak zaman IT dah semakin berkembang maju, perubahan yang paling ketara dah tentu-tentulah kepelbagaian gajet teknologi dekat pasaran. Budak-budak sekarang dah maju, budak sekolah rendah pun dah ada telefon bimbit, ini kan mak bapak budak lebih dari telefon bimbit diorang ada. Tapi macam aku 'as a student' telefon bimbit dengan laptop adalah perkara paling penting. Pasal apa? Macam telefon dah tentu-tentu nak tanya member-member, diorang dah siap 'assingment' belum, kelas hari tu ada ke tak ada . Macam 'laptop' mestilah nak buat 'assingment' yang menimbun-nimbun dan paling penting 'online' laa apa lagi.


Walaupun zaman dah maju, ada seorang manusia yang kenal ni tak mahu gunakan teknologi sedia ada. Dah tentu-tentulah ayah aku. Contoh paling ketara Komputer dengan telefon bimbit. Kalau nak ikutkan dekat rumah aku ada dua komputer, laptop ada tiga tapi sampai hari ini ayah aku masih gunakan mesin taip dia. Pernah gak aku ajak ayah belajar guna komputer tapi ayah tak nak macam-macam alasan dia kasi.


"Budak muda macam kau ni boleh laa guna binatang alah ni".


"Ayah dah tua, manalah reti nak guna benda ni semua".


"Komputer ayah dah ada, tu haa mesin taip komputer laa jugak..hehehe".


"Telefon rumah kira ayah punya telefon bimbit, kalau nak pakai macam yang kau pakai tu merepek je!".


Itulah antara alasan ayah aku guna. Tapi nak buat macam mana, dah ayah tak nak tak kan nak dipaksa.