Powered By Blogger

Friday, March 25, 2022

Petang itu sungguh nyaman sekali. Sesekali berjalan menyelusuri pelosok Tasik Proton City adalah aktiviti yang menyenangkan setelah seharian duduk didalam bilik kuliah dan mendengar celotehan pensyarah. Pada petang itu berjalan menghirup udara segar dihiasi dedaunan yang menghijau di tambah pula dengan keindahan sinaran cahaya matahari yang kekuningan. Tatkala berjalan menyelusuri laluan pejalan kaki kelihatan ramai orang tak kira orang tua atau muda memanfaatkan petang itu dengan pelbagai aktiviti. Sama ada berjoging atau berkayak di tasik. Sesekali keriuhan anak kecil bermain jongkang-jongkit dan buaian menggamit kenangan aku pada waktu kecil.

No comments:

Post a Comment