Powered By Blogger

Friday, June 17, 2011

Gadis Strawberry episod 8

Perjalanan pada pagi itu terasa cepat sahaja meskipun pemanduan aku tidak begitu laju. Mungkin disebabkan kereta yang kurang menjadikan perjalanan begitu lancar meskipun semakin hampir ke pusat bandar. Bagi mengelakkan aku mengantuk sesekali aku berbual kosong dengan si dia. Matanya yang bulat bersinar di tambah dengan senyuman yang manis buatkan aku menghargai setiap masa dan saat bersama dia.

"Awak..kita dah sampai ni. Alhamdulillah sampai gak kita dekat Fakulti Pendidikan UITM", kataku sebaik sahaja kereta memasuki pintu utama kampus luar UITM, Seksyen 17 Shah Alam.

Ketika itu, aku lihat ramai orang walaupun masih awal pagi. Kemungkinan yang datang mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk temuduga UPSI. Sebaik sahaja meletakkan kenderaan, aku terus pergi ke bilik air untuk menyalin sepersalinan baju kemeja, sementara dia tunggu di kereta.

"Eh..awak nampak segak, macam cikgu saya tengok. Mesti temuduga ni awak berjaya", ujar si dia sebaik sahaja melihat aku berpakaian kemeja lengkap.

"Segak ye..mestilah tengok tuannya..hehehe. Insyaallah harap-harap saya berjaya temuduga ni", balasku sambil melontarkan senyuman kepadanya.

"Awak temuduga pukul berapa ni?".

"Pukul 8, jomla awak kita ke sana. Dah nak pukul 8 ni, lagi awal kita pergi mungkin lagi awal saya habis temuduga", jawabku sambil berjalan bersama ke arah bangunan yang menunjukkan tempat temuduga.

HANYA PENEMUDUGA DIBENARKAN NAIK, PENJAGA DAN KELUARGA SILA TUNGGU DI RUANG BAWAH, TERIMA KASIH.

"Alamak awak..nampaknya awak tak boleh temankan saya. Papan tanda ni tak kasi orang lain masuk kecuali penemuduga".

"Ala papan tanda yang tak kasi bukan orang..heheheh".

"Erkk.....hahahaha!!", tergelak aku bila dia cakap begitu.

"Tak apa awak, saya tunggu dekat bawah ni je. Awak pergilah naik atas, jangan lupa baca salawat banyak-banyak tau", ujar dia kepadaku.

"Betul ni awak boleh tunggu sorang-sorang? Kalau macam tu saya naik dulu tau..", kataku seperti acuh tak acuh risau kerana takut dia keseorangan di bawah. Lalu dia cuma menitipkan senyuman dan mengangguk memberi keyakinan kepadaku. Aku pun berlalu naik ke tingkat atas sementara dia duduk sendirian di bawah.


Ketika itu aku lihat ramai orang baik laki dan perempuan siap duduk beratur untuk temuduga. Rasanya lama juga menunggu lebih kurang dua jam baru giliran aku tiba untuk temuduga. Alhamdulillah proses temuduga berlansung tidak begitu lama dek kerana penemuduga yang baik-baik serta ramah. 



Memandangkan si dia menunggu lama di bawah aku pun bergegas turun ke bawah sebaik sahaja bersalaman dengan rakan-rakan yang baru berkenalan semasa sesi temuduga tadi. 

"Kesian awak lama tunggu, minta maaf ye", ujarku sebaik sahaja melihat dia duduk sendirian sesekali membelek-belek telefon bimbitnya.

"Eh awak..dah habis temuduga ek? Tak adalah lama awak jangan risau janji awak dah selesai semuanya", balasnya dengan senyuman menghilangkan penatnya menungguku.

"Hari masih awal, jom kita pergi jalan-jalan atau kita pergi tengok wayang?".

"Tengok wayang? Jom! saya tak pernah tengok wayang, kalau macam tu jomlaa..", teruja dia sambil menepuk manja ke lengan kanan aku.

Lalu kami pun berlalu pergi ke kereta dan aku terus memandu menghala ke   Klang dengan tujuan untuk ke Jusco Bukit Tinggi kerana disitu adalah tempat yang terbaik untuk pergi ke sana memandangkan sudah biasa menonton wayang dengan rakan-rakan disitu. Sebaik sahaja sampai di perkarangan letak kereta kelihatan tidak begitu banyak kenderaan yang ada memandangkan masih waktu bekerja. Lantas aku dan dia menuju masuk ke dalam pusat membeli-belah terus ke tingkat atas untuk membeli tiket wayang. Pada ketika itu, suasana di ruang legar hadapan panggung wayang tidak begitu ramai memandangkan bukan waktu cuti. Di kesempatan itu aku terus ke kaunter untuk membeli tiket meskipun tidak begitu banyak tayangan yang menarik, tapi demi si dia aku sanggup tunaikan tak kisah apa cerita sekalipun. Aku pun beratur sambil si dia duduk menunggu di anjung kerusi bersebelahan eskelator betul-betul di hadapan kaunter tiket wayang.

"Saya nak tengok cerita....haaa 'Robin Hood' ya", ujarku sebaik sahaja mengenal pasti cerita terbaik untuk ditonton.

"Baik encik, ini dia dua tiket untuk 'Couple Sit' dan tempat duduk di sini ya", terpinga aku sebaik sahaja dia terus mencadangkan tempat duduk berpasangan sedangkan aku seorang sahaja yang beli tiket. Barangkali gadis kaunter ternampak aku jalan berdua dengan si dia.

"Ehm bolehla saya pilih tempat duduk tu. Terima kasih cik..", ucapku sebaik sahaja menerima tiket wayang daripada gadis kaunter tersebut.

Hari itu merupakan detik terindah serta pengalaman pertama bagi aku dan dia kerana ini pertama kali aku duduk di 'Couple Sit' manakala dia pula pertama kali menonton wayang. Kami pun berlalu masuk ke dalam panggung wayang di mana ketika itu tidak ramai penonton yang ada cuma ada tiga pasangan di 'Couple Sit' termasuk aku dan dia. Menonton cerita aksi selama 2 jam setengah tidak terasa kerana seakan menonton cerita romantik berangkali dapat duduk dengan si dia. 

Keindahan hari tersebut berterusan seakan menggamit kenangan yang akan aku kenang sampai bila. Mana tidaknya sebaik sahaja menonton wayang dan makan kami pun berlalu pulang. Di dalam perjalanan pulang sebaik sahaja sampai di Kuala Selangor terdetik di hati aku untuk singgah  melawat di Bukit Melawati.

"Awak jom kita pergi Bukit Melawati. Waktu-waktu petang macam ini cantik kalau dapat lihat laut dari arah bukit", tanyaku sebaik sahaja kereta semakin hampir ke destinasi.

Dia hanya mengangguk dan tersenyum seperti setuju untuk singgah sebentar. Lalu aku pun menyusur masuk memandu kereta melalui jalan sempit naik ke atas Bukit Melawati. Sebaik sahaja sampai di puncak bukit, kelihatan cahaya petang yang kekuningan menyinari seluruh pelosok bukit menghiasi keindahan pada petang itu.


"Awak cantikkan...", tersenyum indah dia sebaik sahaja melihat pemandangan yang begitu mengasyikkan. Keindahan petang itu juga mengakhiri kenangan aku dan si dia sepanjang hari tersebut. Indah begitu indah..

p/s : Episod akhir Gadis Strawberry episod 9

Saturday, June 4, 2011

Ayah...

Tengah duduk bosan hujung minggu ni buat aku tak tahu nak buat apa. Jadi masa bosan-bosan ni aku pun layan la video2 yang menarik untuk hilangkan rasa bosan. Tapi dalam banyak-banyak video aku layan ada dua video ni yang betul-betul buat ak tersentuh.



Dulu masa kecik-kecik nak suruh ayah beli mainan, ajak pergi makan KFC mesti susah nak dapat. Tapi kalau cakap nak beli buku, nak bayar yuran kelas tambahan ayah tak pernah berkira dia terus tunaikan. Seorang ayah kalau dia betul-betul ikhlas besarkan anaknya dia sanggup korbankan apa pun semata-mata untuk lihat anaknya berjaya. Bila tengok video ni mengalir la gak air mata jantan aku ni bila pikir balik susah payah ayah besarkan aku cari duit untuk tengok aku berjaya masuk universiti. 'Feeling2' macam ni buat aku semangat nak belajar buat aku semangat nak balas jasa mak dan ayah...(^^,)

***********************************************************************



Kalau tengok video ni mesti ramai anak-anak dekat luar sana pernah lakukan sebegini pada mak ayah diorang. Kalau tak macam mana boleh wujud pusat perlindungan & penjagaan orang tua. Orang-orang tua ni sifat dia macam budak-budak kecil gak, mudah tersentuh dan kecil hati. Kalau boleh dia nak selalu didampingi nak ada perhatian kadang-kadang nak gak teman untuk berbual. Biasanya macam ayah kalau dia sunyi rindu pada anaknya dia tak pernah cakap dia cuma akan buat sesuatu untuk anaknya perasan. Misalnya seorang ayah yang kehilangan isteri.

"Nak..dah lama kau tak balik kampung, semenjak mak kau tak ada ni sunyi lah juga rumah ni".

Kalau seorang anak yang perihatin dia akan tahu jika ayahnya telefon, maknanya ayah dia betul-betul rindu pada anaknya. Orang tua masa usia lanjut ni tak ada benda yang dia harap bukan wang ringgit dia nak, apa yang dia harap anaknya dapat menjaga dan beri perhatian saat-saat dia dalam usia yang sebegini. 

p/s : Tak kira buruk mana ayah pada waktu tuanya, jagalah dia seikhlas hati seperti ayah menjaga kita sewaktu kecil.

Semangat yang hilang

Beberapa hari lepas aku pergi Shah Alam atas urusan penting, masa perjalanan balik ke Tanjong Malim waktu tu dah senja. Entah macam mana terdetik hati aku untuk singgah sembahyang di sebuah masjid yang agak usang dan lama. "Dah lama aku tak sembahyang jemaah", bisik hati aku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam masjid. Kebetulan masa aku sampai bilal baru sahaja iqamah dan aku pun terus mengambil wuduk dan sembahyang berjemaah.


Sebaik je selesai memberi salam terakhir aku pun beransur ke saf belakang untuk berdoa. Masa imam membaca zikir, aku perhati para jemaah yang ada aku lihat tak ramai jemaah cuma cukup 1 saf penuh untuk masjid yang tak begitu besar. Rata-rata aku lihat semuanya dah tua dan berumur termasuk imam sendiri, aku lihat cuma ada 2,3 orang sahaja anak muda. Masa tu terbit rasa sedih dan kesyahduan.

Tengah aku duduk berdoa tiba-tiba aku terpikir, andai katalah semua orang tua  dalam masjid ini sudah tiada siapa lagi yang nak mengimarahkan masjid ni. Nak harapkan orang muda yang macam aku ni jangan haraplah. Tapi itulah, bila pikir-pikir balik mana silapnya, salah mak ayah ke? atau salah sendiri?


Sebab itulah orang tua selalu pesan, anak kecil ni kalau dididik dari kecil untuk ke masjid Insyaallah sampai besar dia dah biasa ke masjid walau tak selalu. Lagi satu orang tua pesan, kalau budak-budak kecik ni 'time' datang masjid, walaupun dia asyik main je jangan di marah kita tegur je. Budak kecik ini sifatnya mudah tersentuh, kalau dia kena marah lepas tu merajok 'confirm2' tak mahu datang masjid lagi pasal takut kena marah lagi.

Terus terang aku cakap, aku ni bukan baik mana pun dulu masa kecik-kecik selalu jugak pergi masjid, pasal dekat masjidlah macam-macam kawan boleh dapat. Pasal pergi masjid je mesti ada kawan jadi timbul rasa seronok nak ke masjid. Laa ni nak pergi masjid pun berat hati, mungkin pasal hati tertutup. Satu lagi bila ke masjid habis je berdoa terus balik. Mana taknya, kawan yang dulu selalu main lari-lari, main cucuk bontot 'time' orang tengah sujud, pas tu 'time' imam amin..budak-budak amin kuat-kuat,  semuanya dah 'study' jauh-jauh. Itu pasal rasa tak semangat, sebab dulu sebelum azan kawan-kawan dah jerit ajak pergi masjid jalan kaki sama-sama, tapi sebelum tu singgah rumah sape-sape yang ada pokok mempelam rembat berapa biji buah buat makan lepas sembahyang. Walaupun nampak nakal, tapi keinginan nak ke masjid tetap ada.


Buat mak ayah dekat luar sana, didiklah anak dari kecil lagi untuk pergi masjid atau surau. Jangan waktu kecil je..masa muda remaja pun paksa gak depa pergi walau ligat macam mana pun.




Habis je berdoa dan bersalam, aku pun berlalu pulang dengan harapan semangat masa kecil-kecil dulu datang balik untuk aku jadi insan yang lebih baik.


p/s : Gua teringin jadi macam Dude Harlino 'Dalam Mihrab Cinta'.

Friday, June 3, 2011

Tak percaya sudah

Berbalik pada 'entry' aku yang sebelum ni Awak... ramai yang beri komen positif bagitau apa yang aku tulis tu memang betul. Tapi dalam ramai-ramai yang bagi komen tu ada ramai yang tak percaya aku ni tak pernah bercinta. 

"Wei derr...luu tak pernah bercinta ke? Muka cam kau ni tak pernah bercinta menipu laa!!".

"Poyolaa ko..tengok muka macam 'playboy' pun dah tau mesti banyak kali bercinta".

Banyak gaklah aku dapat komen yang membina macam di atas ni. Aku pun tak tau apa pasal diorang tak percaya mungkin disebabkan muka aku ni yang macam 'playboy'?

Cilakak! Muka 'cute' camni diorang cakap 'playboy'.

Terus terang aku cakap aku tak pernah bercinta! Dari zaman sekolah sampailaa sekarang.

"Ala derr..waa tengok luu dulu ada gak 'dating' dengan mana-mana awek entah".

Errk...(o_0)?? Ok aku tau mesti ada yang tak faham ni. Aku pun manusia biasa ada perasaan ada nafsu. Dulu masa zaman sekolah lepas habis SPM ada la gak berkapel dengan beberapa awek. Tapi terus terang aku cakap masa tu kapel lansung tak rasa apa-apa, keluar pergi 'dating' balik lansung tak ada rasa rindu-rinduan rasa berkasih sayang. Ok macam inilah aku terangkan untuk permudahkan. Beza antara JATUH CINTA dan BERCINTA.

Kalau jatuh cinta ni, umpama makan tak kenyang tidur tak lena pasal asyik teringat dekat seseorang je. Masa tu bila dah dapat berkenalan dengan orang yang kita jatuh cinta memang tak ingat dunia! tapi alih-alih orang yang kita nak tu dah berpunya. Jadi macam mana nak bercinta kalau cinta tak berbalas, cuma dapat rasa perasaan jatuh cinta je.


Kalau bercinta plak, ialah fasa selepas jatuh cinta di mana apabila dah dapat berkenalan dengan orang yang kita minat dah kenal hati budi masing-masing dan kebetulan orang yang kita minat tu pun jatuh cinta gak. Jadi apabila perasaan cinta tu dibalas cinta barulah nikmat bercinta tu dapat rasa. Itu baru namanya bercinta.


Tapi ramai yang tak faham istilah bercinta ni, lagi-lagi budak zaman sekarang. Bila dah dapat kapel konon dah kira bercinta la tu..Lagi-lagi budak yang belum cukup umur, masa tu nafsu tengah membuak kemain lagi keluar 'dating'. Tak cukup dengan 'dating' balik terus sms, kalau yang boleh 'chating' siap berwebcam lagi.

"Sayang-sayang, hari ni seronok dapat kuar dengan U. Leh pegang-pegang tangan dan paling 'best' dapat 'hug' U".

Lagi dasyat daripada ni pun ada gak.

"Baby..hari ini I dapat 'kiss' U, bibir U sedap ada rasa gula-gula. Esok jumpa kita ehem-ehem pulak ye...".

Kalau macam ini yang diorang ingat ini adalah bercinta, diorang memang salah. Pasal kalau dah sampai bercium, peluk-peluk dah sampai kangkang tu semua nafsu! Nafsu beb...!! Lepas tu bila dah mengandung baru nak menyesal. 

Sebab itulah, orang tua selalu nasihat masa muda-muda remaja tak payah nak bercinta sakan. Itu semua cinta monyet, dah jumpa yang lebih baik yang lama di tinggalkan.



p/s : Walau apa orang cakap, aku memang tak berpeluang bercinta tapi merasa jatuh cinta pernah.