Powered By Blogger

Friday, June 3, 2011

Tak percaya sudah

Berbalik pada 'entry' aku yang sebelum ni Awak... ramai yang beri komen positif bagitau apa yang aku tulis tu memang betul. Tapi dalam ramai-ramai yang bagi komen tu ada ramai yang tak percaya aku ni tak pernah bercinta. 

"Wei derr...luu tak pernah bercinta ke? Muka cam kau ni tak pernah bercinta menipu laa!!".

"Poyolaa ko..tengok muka macam 'playboy' pun dah tau mesti banyak kali bercinta".

Banyak gaklah aku dapat komen yang membina macam di atas ni. Aku pun tak tau apa pasal diorang tak percaya mungkin disebabkan muka aku ni yang macam 'playboy'?

Cilakak! Muka 'cute' camni diorang cakap 'playboy'.

Terus terang aku cakap aku tak pernah bercinta! Dari zaman sekolah sampailaa sekarang.

"Ala derr..waa tengok luu dulu ada gak 'dating' dengan mana-mana awek entah".

Errk...(o_0)?? Ok aku tau mesti ada yang tak faham ni. Aku pun manusia biasa ada perasaan ada nafsu. Dulu masa zaman sekolah lepas habis SPM ada la gak berkapel dengan beberapa awek. Tapi terus terang aku cakap masa tu kapel lansung tak rasa apa-apa, keluar pergi 'dating' balik lansung tak ada rasa rindu-rinduan rasa berkasih sayang. Ok macam inilah aku terangkan untuk permudahkan. Beza antara JATUH CINTA dan BERCINTA.

Kalau jatuh cinta ni, umpama makan tak kenyang tidur tak lena pasal asyik teringat dekat seseorang je. Masa tu bila dah dapat berkenalan dengan orang yang kita jatuh cinta memang tak ingat dunia! tapi alih-alih orang yang kita nak tu dah berpunya. Jadi macam mana nak bercinta kalau cinta tak berbalas, cuma dapat rasa perasaan jatuh cinta je.


Kalau bercinta plak, ialah fasa selepas jatuh cinta di mana apabila dah dapat berkenalan dengan orang yang kita minat dah kenal hati budi masing-masing dan kebetulan orang yang kita minat tu pun jatuh cinta gak. Jadi apabila perasaan cinta tu dibalas cinta barulah nikmat bercinta tu dapat rasa. Itu baru namanya bercinta.


Tapi ramai yang tak faham istilah bercinta ni, lagi-lagi budak zaman sekarang. Bila dah dapat kapel konon dah kira bercinta la tu..Lagi-lagi budak yang belum cukup umur, masa tu nafsu tengah membuak kemain lagi keluar 'dating'. Tak cukup dengan 'dating' balik terus sms, kalau yang boleh 'chating' siap berwebcam lagi.

"Sayang-sayang, hari ni seronok dapat kuar dengan U. Leh pegang-pegang tangan dan paling 'best' dapat 'hug' U".

Lagi dasyat daripada ni pun ada gak.

"Baby..hari ini I dapat 'kiss' U, bibir U sedap ada rasa gula-gula. Esok jumpa kita ehem-ehem pulak ye...".

Kalau macam ini yang diorang ingat ini adalah bercinta, diorang memang salah. Pasal kalau dah sampai bercium, peluk-peluk dah sampai kangkang tu semua nafsu! Nafsu beb...!! Lepas tu bila dah mengandung baru nak menyesal. 

Sebab itulah, orang tua selalu nasihat masa muda-muda remaja tak payah nak bercinta sakan. Itu semua cinta monyet, dah jumpa yang lebih baik yang lama di tinggalkan.



p/s : Walau apa orang cakap, aku memang tak berpeluang bercinta tapi merasa jatuh cinta pernah.



4 comments:

  1. kalau tengok muka ko, memang nampak macam mamat buaya. hehehehe....(gurau saja)
    tapi hati orang siapa tahu. luar nampak ganas, tapi mungkin juga dalam hati ada taman.
    pandangan luaran tak semestinya mencerminkan peribadi orang tu.
    ya, setuju sangat dengan pendapat ko. bercinta perlu ada perasaan cinta. kalau bercouple tapi tak ada perasaan cinta, tu bukan bercinta namanya.
    banyak yang cakap cinta, tapi banyaknya NAFSU sahaja.....

    ReplyDelete
  2. terbaek lah!!
    like besar entri neh...setuju sgt2!!!hehehe:)

    ReplyDelete
  3. yazid : muka je playboy tp dlm hati nk setia pada 1 je..

    zyla : thank uuuu.....

    ReplyDelete
  4. btol gak tu..kalo kapel hanya stakat napelok..cium..baik lupakan je..lg pon dosa je suma tu..

    ReplyDelete