Powered By Blogger

Saturday, June 4, 2011

Semangat yang hilang

Beberapa hari lepas aku pergi Shah Alam atas urusan penting, masa perjalanan balik ke Tanjong Malim waktu tu dah senja. Entah macam mana terdetik hati aku untuk singgah sembahyang di sebuah masjid yang agak usang dan lama. "Dah lama aku tak sembahyang jemaah", bisik hati aku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam masjid. Kebetulan masa aku sampai bilal baru sahaja iqamah dan aku pun terus mengambil wuduk dan sembahyang berjemaah.


Sebaik je selesai memberi salam terakhir aku pun beransur ke saf belakang untuk berdoa. Masa imam membaca zikir, aku perhati para jemaah yang ada aku lihat tak ramai jemaah cuma cukup 1 saf penuh untuk masjid yang tak begitu besar. Rata-rata aku lihat semuanya dah tua dan berumur termasuk imam sendiri, aku lihat cuma ada 2,3 orang sahaja anak muda. Masa tu terbit rasa sedih dan kesyahduan.

Tengah aku duduk berdoa tiba-tiba aku terpikir, andai katalah semua orang tua  dalam masjid ini sudah tiada siapa lagi yang nak mengimarahkan masjid ni. Nak harapkan orang muda yang macam aku ni jangan haraplah. Tapi itulah, bila pikir-pikir balik mana silapnya, salah mak ayah ke? atau salah sendiri?


Sebab itulah orang tua selalu pesan, anak kecil ni kalau dididik dari kecil untuk ke masjid Insyaallah sampai besar dia dah biasa ke masjid walau tak selalu. Lagi satu orang tua pesan, kalau budak-budak kecik ni 'time' datang masjid, walaupun dia asyik main je jangan di marah kita tegur je. Budak kecik ini sifatnya mudah tersentuh, kalau dia kena marah lepas tu merajok 'confirm2' tak mahu datang masjid lagi pasal takut kena marah lagi.

Terus terang aku cakap, aku ni bukan baik mana pun dulu masa kecik-kecik selalu jugak pergi masjid, pasal dekat masjidlah macam-macam kawan boleh dapat. Pasal pergi masjid je mesti ada kawan jadi timbul rasa seronok nak ke masjid. Laa ni nak pergi masjid pun berat hati, mungkin pasal hati tertutup. Satu lagi bila ke masjid habis je berdoa terus balik. Mana taknya, kawan yang dulu selalu main lari-lari, main cucuk bontot 'time' orang tengah sujud, pas tu 'time' imam amin..budak-budak amin kuat-kuat,  semuanya dah 'study' jauh-jauh. Itu pasal rasa tak semangat, sebab dulu sebelum azan kawan-kawan dah jerit ajak pergi masjid jalan kaki sama-sama, tapi sebelum tu singgah rumah sape-sape yang ada pokok mempelam rembat berapa biji buah buat makan lepas sembahyang. Walaupun nampak nakal, tapi keinginan nak ke masjid tetap ada.


Buat mak ayah dekat luar sana, didiklah anak dari kecil lagi untuk pergi masjid atau surau. Jangan waktu kecil je..masa muda remaja pun paksa gak depa pergi walau ligat macam mana pun.




Habis je berdoa dan bersalam, aku pun berlalu pulang dengan harapan semangat masa kecil-kecil dulu datang balik untuk aku jadi insan yang lebih baik.


p/s : Gua teringin jadi macam Dude Harlino 'Dalam Mihrab Cinta'.

2 comments:

  1. Pendekatan sesetengah masjid yang melayan kanak-kanak sebagai 'separuh manusia' dengan tidak melayan dengan baik terhadap golongan ini ketika di masjid, menganggap kanak-kanak ini sebagai satu gangguan di masjid menjadi punca sesetengah generasi muda buta hati untuk ke masjid. hiburan sana sini di tv yang lebih menarik dari aktiviti masjid punca anak-anak muda berat punggung nak mengimarahkan masjid. pandangan masyarakat, masjid itu tempat golongan tua yang dah insaf bertaubat nasuha perlu dikikis. Hakikatnya, masjid itu pusat kemasyarakatan.

    ReplyDelete
  2. betul 2..sokong apa yg ko ulas ni

    ReplyDelete