Powered By Blogger

Thursday, March 31, 2011

Selamat Hari Jadi Cikgu Mahmud!



Masih aku ingat lagi saat-saat ayah ketika muda, ketika itu semangatnya sungguh tinggi tak pernah kenal erti jemu mengajar anak-anaknya erti kehidupan, mengajar anak-anaknya mengaji al-quran bermula dengan alif ba ta sehinggalah pandai mengaji dengan lancar. Sekalipun aku tak pernah lupa saat ayah memarahi ku kerana kedegilan dan kenakalan ku, rasanya sampai berbirat badan ni kena sebat dengan rotan buluh milik ayah. Tapi aku tak pernah pun rasa dendam rasa benci pada ayah walaupun sekali, kerana aku tau sifat pemarahnya bukan diselubungi hawa nafsu tapi pemarahnya itu penuh dengan kasih sayang. Niatnya cuma satu sahaja dengan harapan biar anaknya terluka biar berdarah anaknya itu agar anaknya menjadi seorang insan yang berguna menjadi manusia yang beriman dan bertawakal ke jalan Allah SWT.

Dahulu ketika ayah muda, setiap langkahnya disusurinya dengan penuh gagah hingga aku boleh kenal hentakan kaki ayah dari jauh lagi. Tapi kini semua dah jauh berbeza, ayah yang aku kenal kini masih bersemangat,jiwanya masih kuat seperti dulu, cuma yang membezakan ayah waktu sekarang kudratnya tak seperti dulu, kini langkahnya semakin perlahan dan lemah. Kalau dulu jalannya segak mendada tapi kini senget ke tepi dan membongkok dan pada ketika itula baru aku sedar raut wajah ayah dah tak seperti dulu. Kedut pada mukanya dah bertambah jelas ketara pada kelopak matanya meskipun cahaya pada matanya tetap bersinar. Rambutnya yang hitam kerinting serta lebat menunjukkan ketampanannya lagi-lagi apabila rambutnya disisir kemas ke belah kiri. Tapi kini hanya uban yang memenuhi dan kopiah putih beserta serban menjadi makhota ayah. Misainya yang ikal menampakkan lagi riak wajahnya yang garang jelas kelihatan ciri-ciri bekas seorang guru disiplin.

Kini aku sedar, perubahan yang aku nampak pada ayah bererti dia semakin dimamah usia dia bukan lagi ayah yang dulunya seorang pemarah menjadikan rotan sebagai teman baiknya. Tapi kini ayah hanya banyak berbicara mengenai soal agama kepada anak-anaknya yang pulang bertandang ke kampung ketika musim cuti sekolah. Dia tak lagi berbicara mengenai duniawi tapi tumpuannya kini hanya pada Illahi.

Andai kata esok lusa ayah tiada, kesedihan itu tetap aku rasai kerana tempat aku bergantung ketika susah dan senang sudah tiada. Saat-saat kenangan ayah membesarkan aku menjadi insan yang berguna akan aku semat didalam hati menjadi memori terindah dalam hidup ini. Tiada lagi sahutan ayah mengejutkan anak-anaknya bangun subuh, tiada lagi kemerduan suaranya membaca ayat-ayat suci al-quran memecah keheningan di dalam rumah. Malah tiada lagi keriuhan ayah memanggil anak-anaknya membantu beliau di kebun. Ketika ayah tiada lagi saat itulah aku akan merindui bau minyak wangi 'tar' yang sering kali dipakainya untuk menunaikan solat. Andai ayah tiada lagi hanya doa daripada anakmu menjadi iringan semoga ayah aman dan tenteram di alam sana. Amin...


Khamis, 3 Februari 2011

4.15 pagi Hospital Sabak Bernam

Dulu..



Kalau korang semua nak tau, inilah permulaan bagaimana aku sedar akan kebolehan aku untuk menulis. Saat-saat menunggu ayah dihospital membuatkan aku terdetik untuk menulis sesuatu untuknya. Walaupun ayah tak tahu aku ada blog tulis sesuatu untuknya sekurang-kurangnya inilah tanda penghargaan untuk beliau yang mendewasakan aku. Dengan ucapan tulus ikhlas saya mengucap "SELAMAT HARI JADI CIKGU YANG KE-67, Semoga panjang umur & murah rezeki".


Sekarang..


p/s : Sayangi ayah walau macam mana pun dia.

Gadis Strawberry episod 4


Malam itu ku rasakan begitu panjang sekali, persoalan yang bermain dalam fikiran membuatkan aku sukar untuk melelapkan mata. Pada pagi berikutnya, udara dingin menusuk sehingga ke dalam tulang seakan-akan tahu kedinginan hatiku. Memandangkan pagi masih awal untuk berjumpa dengan si dia, aku pun bingkas bangun membersihkan bilik, selesai sahaja aku turun ke dapur dengan langkah longlai dengan niat nak masak sarapan memandangkan mak aku masih tidur. Tiada apa yang 'special' cuma nasi goreng kampung dengan telur dadar aku masak sebagai santapan untuk keluarga pada pagi itu." Rajin kau masak, mak lambat bangun kau dah siap buat semuanya. Lapar sangat ke?", sapaan mak aku membuatkan aku terkejut ketika aku sedang menghidang makanan di atas meja. "Tak adalah, tiba-tiba rasa nak memasak. Nanti mak ajak ayah makan tau, dari tadi tak nampak dia mungkin dekat kebun belakang kot", ujarku sambil menutup makanan tadi dengan sangai memandangkan belum ada sesiapa hendak sarapan pagi. Memandangkan matahari semakin meninggi, lantas aku pun pergi bersiap dengan tujuan untuk ke rumah si dia sebentar lagi.

"Awak tak bekerja hari ini?", itulah soalan pertama yang aku aju sebaik sahaja aku tiba di rumah dia.

"Tak, hari ini saya cuti sebab nak tolong mak jaga 'baby', lagipun mak saya tak larat sangat itu pasal saya tolong mak", jawabnya seakan-akan tidak ada apa yang berlaku malam tadi.

Pada ketika itu, aku cuma diam seribu bahasa begitu kekok lidahku hendak mengeluarkan kata-kata seperti baru sahaja mengenalinya.


"Awak kenapa senyap je? Tak sudi nak bercakap dengan saya ke?", pertanyaan dia membuatkan aku bertambah malu.


"Saya tak tau nak cakap apa. Saya datang pun kerana awak ada benda nak kasi dekat saya, apa dia?", tanyaku pula sambil menunjukkan riak wajah yang tidak ceria.


Lalu dia berkata,"Awak tak berkerja hari ini?".


Persoalannya itu seperti sengaja mengelak daripada berbicara mengenai tujuan sebenar, seakan mahu berbicara panjang denganku. Tengahari Sabtu itu begitu tenang, tiada terikan pancaran matahari yang menyinari sebaliknya hanya awan yang berarakan mendamaikan suasana yang sepatutnya panas. Sesekali, angin bayu dari arah pantai menerpa rimbunan pokok di hadapan rumahnya. Tatkala itu juga dia memegang erat selendang hijau yang dipakai daripada diterbangkan angin.


"Awak tunggu sekejap ya, saya nak masuk ke dalam dahulu", terpinga-pinga aku apabila dia berkata ketika saat kami sedang berdiam diri. Lalu aku duduk pada bangku di bawah sepohon pokok betul-betul di hadapan rumahnya sambil memikirkan apa yang hendak dia kasi.


"Apa yang awak bawa tu?", tanyaku apabila melihat dia keluar membawa sebungkus plastik putih berisi dua bekas 'tupperware'.


"Malam tadi semalaman saya tak tidur, saya buat kek coklat ini khas untuk awak", ujarnya yang membangkitkan lagi pelbagai soalan dalam fikiranku.



"Semalaman? Adakah ini tanda persahabatan atau dia mempunya perasaan jauh lebih jauh terhadapku", bisik hatiku sambil menyambut bungkusan daripadanya. Sambungku lagi, "Kenapa awak susah-susah, awakkan penat seharian kerja di kedai makan".


Lalu dia pun menjawab, "Tak adalah, lagi pun dah lama saya tak memasak jadi saja nak mencuba. Tak taulah sedap ke tak".


"Apa-apa pun terima kasih tau, balik nanti saya rasa. Mesti sedap!", ujarku sambil mataku melirik ke tangan kiri memandang jam 'Quartz' berwarna silver.


"Awak ada hal ke? Dah nak balik?", tanya dia seakan tahu aku hendak beredar daripada situ.


"Sebenarnya saya ada hal kejap lagi, jadi tak boleh lama-lama", balasku dengan nada yang tidak meyakinkan. " Saya minta diri dulu ya awak, terima kasih kasi kek coklat pada saya", ujarku sambil mengeluarkan kunci dari poket kiri seluar jeans hitam.


Ketika aku hendak berlalu pergi ke arah kereta tiba-tiba, "Awak! Kita masih kawankan?", tanya dia kepadaku. Aku tidak menjawab sebaliknya mengangguk sambil menguntumkan satu senyuman ke arahnya. Lalu aku segera hidupkan enjin kereta berlalu pergi sambil tangan kiriku melambai-lambai ke arahnya.


Perasaan aku ketika itu sukar ditafsirkan, adakala tersengih sendirian, adakala termenung kesedihan dan adakala penuh dengan persoalan. Memandangkan hari yang berlalu hanya teringatkan dia sehingga aku sukar untuk melelapkan mata pada malam hari. Kebetulan pada esok pagi aku perlu menggunakan kudrat dan tenaga untuk bekerja, jadi untuk mengelakkan aku tidur lambat, aku melakukan sesuatu yang terbaik bagi diriku. Lantas, aku pergi mengambil wuduk lalu sembahyang sunat dua rakaat dan berdoa pada tuhan. "Ya Allah, andai kata benar dia jodohku, permudahkan hubungan kami, bukakan pintu hatinya untuk menerimaku. Jika tidak, padamkanlah perasaan sayang yang tersemat di dalam hati ini. Amin ya rabbana alamin..".


Apabila fajar menyinsing, Sesudah aku menunaikan sembahyang subuh, aku terus bergegas menaiki motor 135LC menuju ke rumah Mak Cik Timah. Memandangkan hari ini ada kenduri kahwin, jadi gerak kerja dilakukan pada awal pagi bagi memudahkan kelancaran majlis kenduri tersebut. Seperti biasa aku dan rakan-rakan membanting tulang membersih pinggan mangkuk yang kotor serta mengisi lauk-pauk dari awal pagi sehinggalah tetamu majlis beransur pulang sedikit demi sedikit. Ketika aku sedang sibuk mengemas barang, ketika itu juga Cik Nora menyapa aku.


"Haa..Joe! Nak Cik Nora bungkuskan lebih untuk kau? Boleh kau kasi dekat awek strawberry", tersengih Cik Nora sambil mencedok saki baki lauk di dalam 'tray'.


"Ala..tak payahlah, lagipun tak ada 'mood' nak jumpa dia, letih sangat hari ni", balasku sambil menunjukkan memek muka kepenatan.


"Iyalah tu letih, biasanya kerja tak habis dah siap bungkus. Ke ada apa-apa ni? Kau 'clash' dengan awek strawberry ye", sampuk Mak Tam ketika aku sedang bersembang dengan Cik Nora.


Aku tak terus menjawab sebaliknya Apis yang membalas, "Ala..si Joe tu tengah 'frust' menonggeng lah Mak Cik, pasal awek strawberry tak nak kat dialah tu..hahahaha". Tergelak Apis dapat mengenakan aku.


"Ish..memandai je, 'kapel' pun tak macam mana nak putus. Apis tu menggosip je lebih, saya dengan dia kawan biasa je tak lebih pun daripada itu", jawabku sambil memalingkan muka mengangkat bekas air seakan malu memandang muka Mak Tam dan Cik Nora


"Macam inilah joe, kau tu masih muda jangan terlampau menaruh harapan sangat nanti kecewa susah. Berkawan je macam biasa ada jodoh tu adalah", nasihat Cik Nora sambil membungkus lebihan makanan tadi.


Lalu Mak Tam bersuara, " Kau  tu bukan tak lawa, ramai sebenarnya berkenan dekat kau. Esok kau dah sambung belajar lebih daripada lawa kau dapat, masa tu bukan kau cari makwe tapi makwe cari kau", tersengih-sengih Mak Tam memberi nasihat tak tahu betul atau tidak apa dia cakap.


"Ya saya tau, saya ingat nasihat Mak Cik semua. Dahlah saya nak pergi budak-budak basuh pinggan mangkuk nanti lagi di layan, lagi tak siap kerja", aku pun berlalu pergi meninggalkan Mak Cik yang sibuk membungkus lebihan makanan tadi.


p/s : sambungan Gadis Strawberry episod 5





Tuesday, March 29, 2011

Impian Mak Ayah

 Berapa hari lepas aku dah lambat nak pegi kelas padahal kelas 'start' pukul 8, tapi bangun pukul 8 jadi nak tak nak kena pergi gak sebab dah banyak kali ponteng kelas 'Structured Programming' (susah betul C++ ni). Jadi aku terpaksa lupakan impian naik bas pada hari itu, jadi aku terpaksa gunakan kereta aku gerak ke kampus yang mengambil masa perjalanan 1 hari 1 malam (tipu je..).

Memandangkan pagi itu aku 'drive' kereta, seperti kebiasaan waktu pagi-pagi aku layan 'Pagi di Sinar' sebab hari aku pasti terasa gembira dan ceria dengar celoteh KE,SY dan Krill. Tengah-tengah aku tergelak dengar diorang merapu tiba-tiba ada satu 'scene' di mana yang buat aku tersentuh dan terpikir pada pagi itu. Tak silap aku pasal seorang ayah yang bercerita mengenai keputusan SPM anaknya yang boleh dikira cemerlang jugaklah. Sayup hati aku bila si Ayah cakap dia bangga dan berbaloi membesarkan anaknya dengan nada sedih kegembiraan. Peh! masa itu memang tertusuk hati aku apabila mendengar luahan hati seorang ayah yang membuatkan aku terpikir dan korang akan fikir. Sebenarnya korang pernah terpikir tak apa yang mak ayah korang nak sebenarnya? Nilai wang ringgit atau nilai kejayaan dalam pelajaran?






















Sebenarnya bagi aku dua-dua penting pasal dua-dua boleh menjamin kebahagia kepada mak ayah. Cuma bagi aku nilai kejayaan sesebuah pelajaran adalah lebih bernilai untuk diberi kepada ibu bapa berbanding wang ringgit (Sape setuju angkat tangan). Tetapi sayang ramai budak-budak dahulu dan sekarang tak menganggap pelajaran adalah penting daripada wang ringgit. APA!! ada yang tak setuju? meh aku buktikan!!


Babak 1 :


"Ayah, meon rasa nak berhenti sekolah. Warung Pak Samad setuju nak ambil meon kerja dengan dia, nanti tak adalah terbeban mak ayah".


Sebenarnya si mak ayah lagi terbeban, terbeban dengan perasaan kecewa. Bayangkan mak ayah habis duit bagi pelajaran dari kecil lagi, tup-tup berhenti sekerat jalan. Punah harapan mak ayah lihat anaknya berjaya.


Babak 2 :


"Mak, Ita rasa habis je SPM nak cari kerja laa..Malas nak sambung belajar, nak pergi KL cari kerja kat sana. Nanti tiap-tiap bulan boleh Ita masukkan duit dekat akaun mak".


Ini yang selalu anak gadis buat, niat memang baik tapi tak ramai yang berjaya buat. Bila dah dapat kerja kat bandar tu memang la berapa bulan yang awal tepat je hantar duit ke kampung, tapi taula hidup kat bandar kos sara hidup tinggi, mulalah si anak memberi macam-macam alasan kadang-kadang sampai meminta pulak kat mak ayah


"Alamak, bulan ni Ita tak dapat nak masukkan duitlah mak. Bil sana bil situ bil sinun banyak nak kena bayar. Bulan depan ada duit lebih Ita masukkan".


Babak 3 :


"Leman..keputusan STPM kau ni ayah tengok bagus, boleh sambung belajar. Kenapa kau tak nak?".


"Saya bukan apa ayah, ingat nak kerja nanti tak adalah susahkan mak ayah lagi. Bila dah kerja ada duit boleh Leman tolong ringankan beban mak ayah".


Sumpah memang tak tipu niat mamat ni baik, tapi kalau dah nama lelaki dah ada duit mulala nak bergaya, bila dah ada gaya tak lama lepas tu mula menggatal. Tau-tau je dah kahwin, terkejut si mak ayah pasal anak kerja tak sampai setahun tapi dah nak kahwin. Habis tu bila nak kasi duit kat mak ayah?


Katakan tidak jika sekadar angan-angan nak menolong mak ayah

Bagi aku,lebih baik kejar impian dan kejar cita-cita, pasal daripada cita-cita wang ringgit serta harta kekayaan boleh diperolehi dan pada masa itula korang rasa terjamin masa depan dan boleh bantu mak ayah di kampung. Sebenarnya mak ayah tak harap pun korang kasi wang ringgit dekat mereka, apa yang mereka harap ialah anak yang mereka tatang dari kecil berjaya dan dapat membanggakan nama keluarga.

Contoh 1:

"Kau tengok anak Pak Munawir tu, sejuk perut Mak Munah membesarkan Jamal. Esok dah 'graduate' kerja pangkat besar budak tu".

Cuba tengok, bukan sahaja dapat membanggakan mak ayah malah orang kampung siap mendoakan lagi(kadang-kadang ada gak orang dengki).


Contoh 2:


"Eh..itu bukan Budin ke yang dapat belajar dekat 'oversea' ke? Bertuah sesape yang dapat menantukan si Budin tu".


Kalau pelajaran pun ok, nak cari jodoh pun insyaallah senang jadi mak ayah pun tak adalah risaukan pasal anak mereka macam mana nak berumahtangga kelak. (tapi ada gak orang berpelajaran lambat kahwin)


Contoh 3 :


Yang paling jelas pada sesiapa yang kenal pada Nik Nur Madihah, dia bukan sahaja cemerlang dalam SPM tapi berkat kecemerlangan dia dapat Hadiah Kerajaan Negeri Kelantan dan menunaikan umrah sekeluarga
























Bagi aku tiada apa yang lebih menggembirakan ibu bapa selain melihat anak kecilnya menaiki pentas menerima hadiah kecemerlangan. Tiada yang menceriakan ibu bapa melihat anaknya berjaya dalam SPM & STPM serta yang lebih membahagiakan melihat si anak menerima segulung ijazah. Pada sesiapa yang punyai pengalaman, mesti pernah melihat ibu bapa mereka menangis kegembiraan melihat kejayaan anaknya. Jadi apa lagi..luu orang tanamkan azam dan niat teruskan belajar sampai BERJAYA!!


p/s : Harga sesebuah titisan air mata ibu bapa hanya layak dibayar dengan nilai kejayaan seorang anak, bukan wang ringgit yang dipinta.

Monday, March 28, 2011

Gadis Strawberry episod 3


Petang itu aku rasakan perjalanan daripada rumah aku dengan si dia terasa jauh sangat, sedangkan perjalanan ke rumah dia tak sampai 10 minit pun. Mungkin kenangan yang aku bina bersama dia walaupun singkat, tapi masih aku  ingat  saat-saat bersama dengan dia. Sebelum aku sampai ke rumah dia aku pikir hendak menelefon dia dahulu, tak adalah dia terkejut dengan kehadiran ku. "Alamak! kredit dah habis pulak", nak tak nak aku pun membelok semula ke arah pekan sedangkan selekoh ke rumah dia semakin hampir. Sampai sahaja di pekan aku melalui tempat yang dia pernah bekerja sebelum ini, terdiam terpaku aku saat aku memberhentikan kereta kerana kedai 'Strawberry' itu salah satu kenangan aku dengan dia. Walaupun dia menganggap aku sebagai teman rapat, tempat dia meluahkan masalah keluarga dan kerja tapi satu yang aku terkilan kenapalah kekasihnya tak menjaganya dengan baik kerana aku rasa dia layak mendapat layanan yang sepatutnya.

***********************************************************

"Assalamualaikum, kau Hazri ke?", terkejut aku ketika mendapat panggilan telefon daripada orang yang tak dikenali. "Aku dengar kau berkawan rapat dengan makwe aku. Kau ada apa-apa ke dengan dia?", pertanyaan dia mengejutkan aku kerana kekasih si dia menelefon aku.

"Aah, memang kami berkawan rapat sebab aku dengan dia satu sekolah dan aku tau dia memang dah berpunya. Jadi aku cuma anggap dia sebagai kawan rapat je", jelas aku kepada kekasihnya.

"Aku bukan apa, aku tak suka dia berkawan rapat dengan lelaki lain pasal aku pakwe dia", ketinggiaan suaranya ketika berbicara mengejutkan aku akan perlakuannya.

Lalu aku pun membalas, " macam nilah 'bro', aku memang tau dia dah ada pakwe, tapi aku cuma teman rapat dia sahaja tak lebih dari itu. Kau tau kan dia dah tak ada ayah, kenapa kau tak kasi lebih perhatian pada dia?".

Pertanyaanku itu membuatkan dia terdiam sebentar, " errkk...aku tau pasal itu, aku minta maaf kerana salah anggap pada kau. Entahlah aku dengan dia pun ada masalah tak tau nak cakap macam mana".

"Macam ni lah 'bro', ko jagalah dia baik-baik, hargai dia betul-betul dan kau beruntung dapat dia, sangat-sangat beruntung. Ingat tu!". kata-kataku mengakhiri perbualan kami di dalam telefon.

Persoalan yang bermain dalam pemikiran aku ketika itu berlegar-legar seakan-akan tidak menemui titik nokhtah. Perasaan bersalah kerana berkawan dengan dia menjadi kemelut kepada persahabatan aku dengan dia. "Kenapalah aku kawan dengan dia? Macam manalah aku boleh rapat dengan dia? Menyesalnya aku", luahan perasaan itu sering kali bermain dalam hati kecilku ini. Penyesalan yang timbul bukan kerana aku menyesal berkawan dengan dia tapi penyesalah adalah kerana berkawan rapat dengan dia menyebabkan perasaan sayang dan suka semakin menebal terhadap dia. "Zulhazri! kau dah lupa dulu aku dah nasihat, berkawan biarlah ikhlas serta jujurkan hati. Insyaallah jika suratan takdir jodoh pasti ketemu". Pujukan hatiku itu membuatkan perasaan aku semakin berkecamuk. Oleh kerana aku tak tertahan dek perasaan yang tak menentu aku telah fikir untuk berjumpa dengan Mira kawan tempat sekerja dengan dia untuk bertanyakan pendapat.

"Abang Zul dah fikir masak-masak? Jangan abang, kakak betul-betul sayangkan abang", tanya Mira padaku.

"Apa guna sayang, abang tak boleh teruskan persahabatan dengan dia lagi. Semakin hari perasaan sebagai kawan biasa hilang sebaliknya abang nak memiliki dia", jelasku pada Mira. " Tapi abang bukan lelaki dayus bukan lelaki jahat, abang tak nak jadi perampas", jelasku lagi.

"Sebenarnya kakak dalam keadaan berbelah bahagi, dia selalu cerita hal dia pada Mira. Dia selalu menangis pasal pakwenya. Kadang-kadang dia cerita juga pasal abang". Penjelasan Mira membuatkan aku menjadi ingin lebih tahu. " Abang tau tak, kakak betul-betul sayangkan abang,dia cakap abang selalu ambil berat. Tapi pada masa yang sama dia masih sayangkan pakwenya walaupun pakwenya dah lukakan hati kakak".

"Sayang..abang memang sayang kan kakak kau, tapi andai kata ada peluang itu abang nak dia terima abang bukan kerana kesian tapi kerana  keikhlasan dan kejujuran dan juga bukan abang sebagai perampas", tegasku lagi.

"Kesian Mira tengok abang. Tak apalah abang buat keputusan elok-elok cuma Mira harap abang temui kebahagian", kata-kata nasihat Mira memberi pendorong kepadaku. Kadang-kadang Miralah menjadi tempat rujukan untuk aku bertanya mengenai si dia.

Hari demi hari perasaan kecamuk itu semakin menebal, rasanya dekat seminggu juga tak berjumpa dengan dia. Selepas kejadian kekasihnya menelefon bertanyakan pasal hubungan aku dengan dia, aku sengaja mengelakkan diri untuk berjumpa dengan dia. Aku kalau boleh tak mahu rapat lagi dengan dia kalau boleh tak berkawan pun tidak apa daripada jiwa ini terus terseksa. "Teett..teett..", bunyi deringan telefon bimbit menyatakan ada 'message' masuk dan aku lihat pesanan ringkas tersebut dihantar oleh dia. 

" Hai..lama tak jumpa, dah tak sudi ke nak berkawan dengan saya?", pertanyaan dia mengejutkan aku seperti dia mengetahui sesuatu.

"Eh, mana ada. Memandai la awak ni, kan kita masih kawan", kataku yang tidak berapa yakin.

"Awak jangan nak tipu, saya dah tau semuanya. Mira dah bagitahu apa yang awak cakap pasal, awak yakin dan pasti dengan keputusan awak?",

Aku pun membalas tanpa menjawab persoalan dia,"Malam ini kita jumpa, ada benda yang saya patut cakap dengan awak. Boleh kan?".

"Boleh, malam ini awak ambil saya lepas habis dari kerja", jawapan dia itu mengakhiri perbualan kami dalam pesanan khidmat ringkas.

Kebetulan semasa aku 'bermessage' dengan dia aku tengah bekerja. Memandangkan hari pun sudah petang aku meminta izin pada bos aku untuk pulang awal dengan menyatakan aku ada hal untuk diselesaikan pada malam itu. Aku terpaksa menipu kerana aku sepatutnya kerja sampai malam oleh kerana tempahan jamuan pada hari tersebut adalah dari pagi sampai petang. Meskipun berat hati meninggalkan kawan-kawan dan Mak Cik-Mak Cik yang penat menjalankan kerja aku terpaksa juga, kerana untuk berjumpa dengan si dia malam ini. Tanpa membuang masa aku pun pulang bersiap untuk berjumpa dengan dia. Seperti biasa, Proton Wira menjadi peneman aku berjumpa dengan dia.

"Lama awak tunggu saya?", tanya dia yang baru sahaja keluar dari kedai.

"Tak adalah baru je dalam 10 minit tadi. Awak jom kita pergi makan dekat tempat biasa".

"Eh, tak apalah saya baru je lepas makan, kita pusing-pusing naik kereta awak je lagipun awak ada benda nak cakapkan", selepas dia berkata begitu aku pun mengajak dia masuk ke dalam kereta.

Di dalam perjalanan yang entah ke mana aku diam seribu bahasa kemudian dia pun berkata-kata," awak cakap ada benda nak bagitahu, apa dia? Cakaplah".

"Saya rasa nak putuskan persahabatan dengan awak. Saya sebenarnya tak sanggup memendam perasaan ini lama-lama, dan saya tahu awak mengerti perasaan saya bagaimana", jelasku padanya.

"Saya dah agak benda ini yang awak nak bagitahu. Terus-terang saya memang suka berkawan dengan awak. Tapi saya cuma anggap awak kawan biasa yang memahami diri saya sahaja".

"Sebab awak anggap saya sebagai kawan biasalah saya tak mahu  bertepuk sebelah tangan. Pasal itu juga saya nak putuskan persahabatan ini, dan saya salah, saya tak sepatutnya rapat dengan awak sedangkan awak dah berpunya", jelasku lagi.

Dia pun terdiam seketika apabila mendengar kata-kataku. "Kalau awak dah cakap macam itu nak buat macam mana. Tapi saya kalau boleh nak terus berkawan dengan awak, bolehkan kita berkawan lagi?".

Persoalan yang diajukan aku tidak jawab sebaliknya aku meminta masa untuk aku memikirkan semasak-masaknya. Malam yang dingin itu kami luangkan masa sebentar sahaja kerana aku tidak mahu terus lama bersama dengan dia. Sebaik sahaja menghantar dia pulang aku terus balik ke rumah memikirkan apa yang sepatutnya aku lakukan. Ketika aku hendak melelapkan mata datang satu pesanan ringkas daripada dia, "esok boleh kita berjumpa? Saya ada benda nak bagi dekat awak. Lepas tu kalau awak tak nak berkawan tak nak berjumpa dengan saya terpulanglah".




p/s : sambungan pada Gadis Strawberry episod 4



JE'I BUKAN J.E!!!

Minggu lepas aku balik kampung, pasal rumah aku dengan Tanjung Malim tak adalah jauh sangat, cuma dalam sejam sahaja perjalanan, itu pun pasal jalan macam lahanat. Aku rasa kalaulah jalan tu 'straight' macam 'highway' dah tentu-tentu perjalanan aku cuma 45 minit je. Kalau macam tu memang aku ulang-alik tiap-tiap hari ke tempat belajar aku je. Tapi aku bukan nak cerita tentang perjalanan aku balik kampung tapi cerita kali ini ada kena mengena dengan aku jugak.

Masa aku dah ada dekat kampung, tengah duduk-duduk  pekena milo panas dengan biskut cap ping-pong pada waktu petang yang nyaman  dan tenang, 'time' itu jugak lah mak aku memanggil, "Je'i! Kau nak apa-apa tak? Kalau nak mak masak untuk kau". Sebab aku pun dah kenyang masa tu aku pun membalas,"Tak apalah, Je'i makan malam nanti je." Sambil-sambil aku duduk mengemas cawan yang aku guna, kebetulan aku ternampak  satu gambar terselit di bingkai gambar yang menggamit kenangan, yang aku rasa sendiri pun tak ingat.



"Haa..itulah kau masa kecik-kecik tersengih je kerjanya", sapaan mak aku membuatkan aku tersenyum.


"Tapikan mak, macam mana dapat nama Je'i ya? Bukan nama betul orang Zulhazri ke? Je'i dengan Zulhazri lansung macam tak ada kaitan je", tanyaku kepada mak sambil membasuh cawan yang aku guna tadi.


"Kau sendiri yang kasi nama tu masa kecik-kecik, lepas itu semua orang panggil laa kau Je'i", jawapan mak aku tadi membuatkan aku menjadi lebih tertanya.


"Aik? orang sendiri pun tak ingat apa-apa masa kecil, apa entah lagi nak kasi nama sendiri. Mak ni biar betul cuba cerita sikit macam mana Je'i dapat nama ni", ujarku membuatkan mak aku berhenti melipat kain di bilik bahagian dapur.


"Masa kau kecil-kecil dulu lepas mak lahirkan kau, mak dengan ayah selalu bawak kau ke pantai. Kau bukan kemain suka lagi pergi ke pantai", cerita mak aku membuatkan aku teruja untuk mendengar.


"Biasanya mak letak kau dalam 'baby walker' macam dalam gambar tu, jadi bila ada je angin tiup kena dekat kau, kau pun buat bunyi macam ni Jeeee...iiiiiiiiiii. Haa..daripada situlah kau dapat nama Je'i", jelas mak aku mengakhiri perbualan kami pada petang itu.

Oleh sebab aku dah biasa dengan nama Je'i tu, aku rasa nama Je'i memang kena dengan muka aku yang 'macho' ni(hahahahah...). Tapi yang buat aku rasa bengang dengan nama ini semuanya bermula masa aku darjah 5 tak silap aku.


 


Memang cinabeng! lepas Malaysia dilanda virus Japanese Encephalitis(JE) dengan tak semena-mena aku menjadi popular di seluruh Malaysia (tak adalah tipu aje) sebenarnya di sekolah. Dekat sekolah kawan-kawan memang dah tau panggilan manja aku Je'i secara tak lansung Je'i-JE dah kira macam bunyi nama aku lah gak. Pasal itulah kemana-mana sahaja aku pergi di pelosok sekolah mesti orang kenal.


Lagi pasal JE dan babi!


"Wei..wei virus JE dah datanglah. Hahahahaha...".


"Wei Zul, kau tak pegi tengok ke babi-babi ko kat kandang ke?",


"Alamak! JE dah datang arr..baik-baik kang dah berjangkit susah kita".


"Eh..betul ke nama awak JE? Siapa yang kasi nama macam itu? Eeuuuwww..".



Sumpahlah masa tu berderau gak darah aku menyirap dengan budak-budak yang mengejek dan mencaci aku, kadang-kadang kalau berjumpa saudara-mara dah tentu-tentu aku jadi perhatian pasal nama aku yang popular ni. 


"Celaka korang! biar tuhan balas perbuatan korang".


"Kimak! tak ada benda lain ke diorang nak cakap, aku kasi babi betul-betul taula",


 Begitulah luahan hati aku tiap kali kena ejek dengan budak-budak. Mula-mula memanglah tertekan gak tapi lama-lama pas virus JE dah tak menjadi perhatian di surat khabar dan TV sedikit jela yang ejek aku. Saki-baki yang tetap mengejek aku balun diorang dengan menyumbat sambal belacan ke mulut diorang. Padan Muka! (tak adala aku tipu je). Nasib baiklah orang panggil aku dengan panggilan babi ini 'time' sekolah rendah je. Masa aku masuk sekolah menengah dekat Asrama Yayasan Selangor Klang, senior akan bertanggungjawab kasi nama 'freshie' kat budak-budak junior. Kira masa aku kena panggil, kebetulan salah seorang senior yang kasi nama baru dekat budak-budak orang kampung aku gak.


"Mampus! sumpah dia tau nama aku, 'confirm-confirm' aku kena ejek gak masa sekolah menengah ni", teriak hati kecil aku.


"Eh..aku kenal kau. Kau satu kampung dengan aku kan? Siapa nama kau ye?", tanya abang itu.


"Fuhh...selamat dia tak tau nama aku", hati kecil ku berkata. "Errkk...errkk nama saya...Jee...Jee..Joey bang!", ujarku dengan sedikit tergagap.


"Ok pasal kau sekampung dengan aku, kau boleh guna nama Joey. Jangan lupa balik kampung kirim salam kakak ya", tersengih-sengih abang tu bercakap.


Aku pun membalas,"Muka dahlah hodoh! Ada hati nak dengan kakak aku, tak ingin aku sampaikan salam". (Dalam hati jela..hehehe)


Aku pun tak tau macam mana aku boleh terpikir nama Joey, tapi aku tak kisah janji kejadian sama tak berulang. Bukan bermakna aku menggunakan nama Joey tu aku tak suka nama Je'i. Aku tetap suka sampai bila-bila aku suka ialah pasal nama tu dah kira nama manja aku dalam family. Tapi aku tak kisah orang nak panggil aku apa-apa pun janji panggil tu biar beradab dan sopan. (Teringin gak bila orang tegur panggil nama penuh aku)


p/s : Siapa-siapa yang baca 'entry' ni, lepas tu kaitkan aku dengan babi memang ada yang nak kena hempuk laa lepas ni.







Gadis Strawberry episod 2

"Awak..awak hari tu kita dah isi borang UPU secara 'online' kan? Minggu depan kita kena pegi Ujian Medsi dengan Munsyi. Tapi saya tak ada baju yang sesuai la", ujarku terhadap si dia melalui perbualan telefon.

"Owh yeke..nanti awak ambil saya tau kita pergi sama-sama dan pasal baju apa kata awak beli je", balasnya dengan nada keriangan.

"Itulah pasal, saya ingat nak beli baju kemeja sebab saya memang tak ada baju kemeja pun. Tengahari ini awak temankan saya ya?", 

"Boleh je, lepas Zohor awak ambil saya dekat rumah tau", balasnya mengakhiri perbualan kami di telefon.

Sebaik sahaja aku bersiap mandi membersihkan diri, aku terus menyarung seluar 'jeans' lusuh berwarna biru gelap yang selalu aku pakai berserta baju t-shirt berkolar warna merah. "Okla ni, pakai apa pun aku tetap 'hensem'..hehehe", tersengih aku sendirian mengadap cermin sambil menyikat rambut. Lantas aku terus memandu kereta ke rumah dia seperti yang dijanjikan. "Cantik awak hari ini, tak pernah-pernah pun awak pakai macam ini. Biasanya kalau keluar dengan saya pakai baju kurung je", teguran aku itu membuatkan dia tersipu malu sambil menepuk manja ke lengan aku. Mana tidaknya inilah kali pertama aku melihat dia berpakaian kemeja kotak lengan pendek warna coklat kegelapan, berserta "hand sock" bagi menutupi lengan yang terdedah. Tanpa berbicara panjang, kami pun bergerak menuju ke pekan untuk membeli baju kemeja.

"Awak rasa baju ini sesuai tak? Saya rasa cantik, sesuai gak pakai masa ambil ujian nanti", tanyaku sambil menunjukkan sehelai kemeja kepada dia. Dia tak berkata apa-apa sebaliknya menggelengkan kepala dan terus membelek-belek baju.

"Haa..saya rasa baju ini sesuai dengan awak, cuba awak pakai mesti nampak segak", lalu dia memberikan sehelai baju kemeja warna kelabu berjalur putih kepada ku. Lantas dia pun berkata, " Apa lagi pergilah cuba, saya rasa mesti sesuai dengan awak". Tanpa berfikir panjang aku pun masuk ke dalam 'fitting room' untuk mencuba baju tersebut.

"Awak..saya rasa macam tak sesuai je", ujarku sambil memuncungkan mulut.

"Sesuailah, percayalah cakap saya memang sesuai", nada keyakinannya membuatkan aku tak berfikir panjang sebaliknya mengambil baju dan terus membayar di kaunter. Akhirnya semasa sesi Ujian Medsi dan Munsyi diadakan, aku mengenakan baju tersebut dengan penuh yakin. Mana tidaknya itulah kali pertama aku mengenakan pakaian seperti orang kerja pejabat.

Selang berapa minggu, keputusan temuduga bagi ujian kelayakan Medsi dan Munsyi dikeluarkan secara 'online'. Alhamdulillah, aku berjaya menduduki ujian temuduga untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Lantaran daripada berita tersebut aku terus menghubungi dia untuk bertanyakan perihal tersebut.

"Assalamualaikum, awak macam mana dengan keputusan? awak layak untuk pergi temuduga?", 


"Waalaikumussalam, bukan rezeki saya awak. Awak mesti dapatkan, tahniah", begitu longlai percakapannya ketika berbicara.


"Biar betul awak? Ehm..tak apalah nak buat macam mana dah suratan takdir bukan rezeki awak. Sekurang-kurangnya awak dah berusaha, mungkin ada hikmahnya. Mana tau ada yang lebih baik lepas ni", ujarku dengan memberi kata-kata semangat padanya.


"Awak tak akan faham! Biarlah apa yang terjadi saya dah malas nak pikir", tanpa banyak bicara dia terus meletakkan telefon membuatkan aku terkejut dengan tindakannya.


Petang itu, suasana dalam rumah yang sunyi sepi tanpa ada keriuhan adik-adik bergelak-tawa, sebaliknya bunyi kokokan ayam sesekali memecah kesunyian petang itu, seperti seakan-akan mengetahui isi hatiku. Fikiran aku tidak berhenti berfikir mengenangkan dia, "mesti dia sedih sangat, macam mana aku nak pujuk dia? Patut ke aku berjumpa dengan dia?". Persoalan-persoalan mengenai dia membuntui fikiran ku. Tanpa berfikir panjang aku nekad petang ini juga aku nak berjumpa dengan dia. "Ayah! Je'i keluar dulu, kereta orang guna tau", sahutan aku didengari oleh ayah yang sibuk membetulkan reban ayam di belakang rumah, sambil tangannya melambai seakan-akan memberi kebenaran kepadaku.


Tanpa membuang masa aku terus memecut laju membawa kereta yang selalu aku gunakan. Sebaik sahaja sampai di rumahnya aku terus memberi salam, "Assalamualakum..assalamualaikum..". Kemudian keluar si dia dengan riak muka yang masam.


"Ehm..kenapa awak datang?", pertanyaannya seakan-akan tak menyukai kehadiranku. Tapi aku tak peduli asal dapat memulihkan semangatnya.


"Awak janganlah macam ini, tak elok awak bersedih. Kita sebagai manusia kena terima qada' dan qadar kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita", kata-kata aku membuatkan dia tertunduk kesedihan sambil melabuhkan punggung di kerusi di hadapan rumahnya.


"Kalau awak nak tau, cita-cita menjadi guru ialah impian saya semenjak kecil lagi semenjak pemergian arwah ayah saya lagi. Macam mana saya nak tunaikan janji pada arwah", linangan air mata terkumpul di kelopak matanya membuatkan aku sedar dia benar-benar kecewa.


Lantas dia menyambung kata-katanya," Saya gagal untuk mengejar cita-cita, walau macam mana pun saya akan tetap menyambung pelajaran tak kisahlah apa jua tawaran yang terima".


"Baguslah begitu, walau macam mana pun teruskan belajar. Mana tau mungkin masih ada peluang untuk awak mengejar cita-cita itu, Insyaallah".  kata-kata ku itu telah mengubah riak mukanya , berangkali semangatnya dah kembali pulih.


"Apa-apa pun tahniah pada awak kerana berjaya untuk temuduga, saya harap awak berjaya menyambung pelajaran di UPSI".


"Terima kasih awak, ingat jangan bersedih dan banyakkan berdoa tau", bicaraku itu mengakhiri perbualan kami pada petang yang sayup itu.


"Beeeppp..beeeppp..", deringan telefon bimbit Nokia 5300 menyedarkan aku daripada lamunan kenangan terhadap dia. Aku capai telefon bimbit di 'dashboard' tertera panggilan daripada kawanku. "Wei..Joe, malam ini jangan lupa main futsal dekat tempat biasa. Kumpul dekat rumah aku ya", " Ok apis, tak ada hal malam ini tepat pukul 9.00 aku sampai", perbualan antara aku dengan kawanku menyedarkan diriku mengenai tujuan sebenar aku keluar pada waktu tersebut.




p/s : sambungan pada Gadis Strawberry Episod 3.


Gadis strawberry episod 1

Wednesday, March 23, 2011

Apa ada pada nama





























Kali ini aku nak bercerita mengenai nama. Perbezaan nama orang dulu-dulu dan nama orang sekarang. Ketara memang ketara beb, Kalau dulu zaman mak bapak, atuk nenek kita nama-nama diorang memang sempoi senang sebut nak ingat pun senang. Pasal nama yang mak bapak diorang kasi 'time' zaman dulu-dulu tak ada sampai 8, 10 harkat cukup je 1/2  atau 2 harkat.

Kalau yang lelaki :

"Woi Sameon! kome nak kemane ni? Moh la kite pekene sekopi dua kat Warung Pak Pie tu".

"Ekau raso kan Ujang, agak-agak den kasi sejibik penumbok kek muko Samad tu lobam tak?".

"Dulu ayah dah habaq sama kau leman kau ketegaq, tu dia tu dia sekolah tak mau pi! berkawan sangat dengan anak Pak Mail tu".

Selain kat atas ni ada juga Ali, Abu, Atan, Ayob, Mahmud (hahaha bapak aku) Ghani, Karim dan banyak lagi laa.

Kalau yang perempuan :

" Bedah owh Bedah, mai la keluar sebentar kejap, ada barang baru aku bawak dari Mak Limah ni".

"Kau tau tak Saodah, Karim duda anak tiga tu dah kahwin dengan Makorna janda hujung kampung tu".

"Kau nak kemana ni Enon? laju je berjalannya". "Aku nak ke rumah si Timah ni dia dah nak bersalin", ujar Mak Enon pada Cik Tipah.

Kalau yang tang perempuan pulak pun banyak juga, macam Jamilah, Kamariah, Eton dan banyak lagilaa.
Surat beranak zaman dulu-dulu.

Tapi zaman sekarang mak ayah kita serta mak ayah akan datang dah tak pakai nama-nama macam ini. Semua kalau boleh lagi panjang nama anaknya kira lagi hebatla. Kalau lagi pelik nama anaknya tu memang konon lagi dapat perhatian la.

Kalau yang lelaki :

"Yahoo!! kita dah dapat anak sayang".
"Abg nak kasi Ahmad Danish Ryanman, mesti 'glamour' punya".

"Eerkkk...macam mana nak sebut nama kamu ni?", tanya cikgu pada anak muridnya.
"Macam ini cikgu, Rafiqin Darwisy..".

Sebenarnya banyak lagi nama budak laki yang pelik-pelik, tapi buat sakit hati pasal nak baca pun susah nak taip pun susah.

Kalau yang perempuan :

"Puteri Natasha Exora, esok jangan lupa siapkan kerja sekolah kamu!".

"Eh..eh itu kan Siti Qistina Lawia. Cun gak budak ni ya..".

Contoh nama anak-anak artis macam Kasih Iris Leona, Irisha Myra dan  Puteri Aleyaa Antasha & Puteri Aleefa Antasha.

Peh!! Gua cakap luu kalau nama anak-anak pun susah nak sebut macam ini macam manala diorang nak tulis nama dalam jawi. Esok-esok kalau mak ayah diorang dah tua mula dah 'start' jadi pelupa kan dah jenoh nak ingat nama anak satu persatu.

Haa..jadi buat mak ayah dan bakal mak ayah sekarang ni, ingat-ingatlah kasi nama anak itu bukan sekadar nak sedap je nak rasa unik, kalau boleh biarla nama anak itu mudah disebut dan mudah diingat. Paling penting nak letak nama anak tu biarla ada makna yang baik terutama bagi yang beragama Islam. Aku nasihat ini pun ingatan untuk aku jugak manala tau tiba-tiba aku pun degil nak letak nama anak aku pelik-pelik (keh..keh..keh).


p/s : betul tak betul, pendapat aku sukati akulaa...hahahah (=_=)