Powered By Blogger

Friday, April 29, 2011

BUANG SAMPAH

Malam tadi, lepas habis 'study' dekat 'library' dalam pukul 11 aku tak ada 'plan' nak kemana-mana pun, nak kuar makan malas pulak yelah nak jaga badan punya pasal. Pusing-pusing dekat pekan Tanjung Malim cari cikaro pun bukannya aku tau dekat mana mereka melepak, lagipun aku ni budak baik mana laa tau tempat-tempat setan berkumpul yang biasa aku pergi tempat setan selalu melepak dalam tandas jelah. Jadi apa lagi aku pun 'drive' laa balik.


Masa aku tengah duduk melayan radio Sinar FM sambil memandu kereta penuh berhemah tiba-tiba datang satu kereta Satria  biru memotong aku dengan selambanya.


"Chilakee!!! aku bayar cukai jalan laa..nak sampai 'trafic light' pun nak memotong gak. Bodoh! tak ada sivik betul!", marah aku sorang-sorang dalam kereta macam orang giler.

Ikotkan hati nak je aku langgar, tapi pasal aku ni penyabar aku biarkan je. Masa tengah tunggu lampu 'trafic light' bertukar hijau, aku tengok tuan kereta Satria tu dengan selamba membuang tin minumam keluar dari keretanya.

"Sumpah banganglaa mamat kereta depan aku ni, negara kita wajah kita! Jagalah kebersihan..!", sekali lagi aku marah menunjukkan keperihatinan aku terhadap kebersihan alam sekitar.


Aku bukan apa, kalaulah rakyat Malaysia suka membuang sampah merata-rata sumpah memang kotor negara kita, lagi satu kesian dekat pak cik mak cik kerja majlis nak bersihkan balik sampah-sampah tu semua. Apabila 'trafic light' bertukar hijau aku pun memecut laju pasal nak tengok muka si bangsat yang buang sampah merata-rata tu, alih-alih bila aku berselisih tengok muka dia memang bangsat pun... 
"Memang dasar bangsat!" teriak aku dengan riak muka kemarahan sambil memecut laju meninggalkan kereta tadi.


Tapi tengah aku 'drive' aku teringat balik pada si mamat Satria yang buang sampah merata-rata tadi. Apabila aku pikir balik ada bagus gak dia buang sampah tadi. Memang dalam kepala hotak aku tak pernah terpikir pasal benda ni lansung. Pasal dia buang sampah walaupun setin sebenarnya dia telah memberi rezeki pada orang lain.


Korang semua mesti pernah perasan, dekat negara kita masih ramai lagi orang yang susah dan merempat. Kalau tengok balik pada 'pic' atas tu ramai lagi yang merempat merata-rata dan sumber utama  untuk  terus hidup mereka adalah dengan mengutip tin-tin terbuang, botol-botol kaca tak pun surat khabar lama.


 













Sedih bai...sumpah sedih, aku kalau ternampak diorang mau menitik air mata aku ni, pasal kebanyakannya dah tua-tua kudrat pun sikit je, kalau budak kecik lagilaa aku sedih. Kadang-kadang aku tengok ada yang kutip semua barang terpakai tu dari pagi sampai ke lewat malam, demi sesuap nasi je..Tapi itulah walaupun  sedih tapi aku bangga dengan mereka, walaupun itu kerja yang diorang mampu nampak hina dan kotor tapi sekurang-kurangnya mereka berusaha demi mencari rezeki yang halal beb!


Berbalik pada kes buang sampah tadi, aku pun terpikir balik kalau mamat tu buang tin kosong dan andai kata esok pagi ada orang-orang macam 'pic' di atas datang kutip tin tu mesti diorang rasa gembira kerana masih ada rezeki untuk mereka. Mana taknya, diorang bangun pagi dengan harapan kutipan barang terpakai untuk hari ni lagi banyak daripada semalam. Walaupun setin minuman kosong tapi aku rasa cukup menggembirakan bagi mereka. 



Aku tau 'habit' rakyat Malaysia ni memang suka buang sampah merata-rata, tak ada kesedaran nak mengitar barang-barang terpakai ni, yelah hidup dah senang mana nak bersyukur dengan kurniaan tuhan.Tapi itulah hikmah yang kita tak nampak masih ada lagi insan yang menggunakan kesempatan ni mengitar semula barang terpakai sebagai rezeki mereka.....




p/s : Aku tulis 'entry' ni janganlah korang buang sampah merata-rata pulak. Agak kalau nak lagi berjasa kumpul sampah yang korang nak buang tu kasi dekat orang-orang yang cam kat atas tu, InsyaAllah dapat pahala.

Wednesday, April 27, 2011

Tahniah Adik-adik ku

Kali ini aku nak 'share' sikit pasal benda yang aku rasa korang semua pun dah biasa tau. Kalau dulu dari zaman aku bernafsu liar sampailah aku dah matang ni, aku selalu sangat di sajikan rancangan realiti tv macam Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor dan macam-macam lagilah..



Masa era rancangan realiti dunia ni mula-mula diperkenalkan tak tipulah sumpah aku layan rancangan ni sampai tak 'miss' tengok tiap-tiap minggu, siap diari Akademi fantasia tu aku 'follow' dari minggu 1-minggu 14. Pikir-pikir balik rasa macam bodoh pun ada gak! Ala korang pun layan gak rancangan ni siap berhabis duit lagi nak undi peserta kesayangan korang daripada tersingkir, tak payah nak gebang laa..


Tapi semakin lama selepas bertahun-tahun aku tengok makin berlambak pulak rancangan realiti tv ni. Lama-lama aku pun naik 'fedup', mana taknya buka je tv si Sameon tengah menyanyi, si Minah pulak tengah berjoget, si Saodah tengah mengomen si peserta. Semenjak daripada itu aku terus membuang tv dekat rumah aku! Tapi tv lama yang rosak punya aku buang, kalau buang yang elok mampus kena balun dengan bapak aku.

"Yang kau pergi buang tv 40 inci tu buat apa? Binatang punya anak!!"...

Tapi bila pikir-pikir balik, rancangan macam ni lama-lama boleh memudaratkan pemikiran anak-anak muda, kalau dulu anak-anak bila ditanya cita-cita nak jadi apa, berebut nak jadi doktor ngan polis. Tapi laa ni, bila tanya balik dekat anak-anak apa diorang nak jadi, mau tersedak mak ayah diorang.

"Mak bila besar nanti, che' nak masuk Malaysia Idol boleh jadi artis..heheheh".

Sumpah aku tak tipu, rancangan realiti ni memang kasi impak besar kepada anak-anak kecik dengan remaja, apa benda? korang fikir sendiri!

Tapi semenjak aku duduk 'study' jauh-jauh ni memang jarang giler aku tengok tv nak tengok rupa tv tu pun aku dah tak ingat. Tapi nak menunjukkan aku ni tak ketinggalan oleh arus media masa, aku dapat taula gak satu rancangan realiti tv untuk kanak-kanak. Dalam kepala hotak aku tak ada pikir lain dah, "Ni lain tak lain mesti Idola kecik tak pun rancangan nyanyi dan joget untuk budak-budak kecik. Chilake! tak ada rancangan faedah ke diorang nak buat", luah hati kecik menandakan tanda protes menunjukkan keperihatinan aku pada anak bangsa..cehwahhh!!

Tapi rancangan tv kali ini memang lain dari yang lain dan aku memang 'salute' laa dekat sape-sape yang 'organize' program ni.


Apa yang aku tau, rancangan ni dah masuk musim kedua (nampak sangat aku tak tengok tv) dan yang paling bagusnya rancangan ni untuk kanak-kanak dan berunsurkan islamik. Aku terpukul dengan rancangan ni masa aku tengok video peserta adik-adikku dekat youtube.



Tapi dalam banyak-banyak peserta yang paling aku suka ialah adik Zaid Najmuddin. Masa tengok dia 'start' cakap sampailah habis memang meremang bulu roma aku dan tak pasa-pasal mengalir air mata kejantanan aku. Aku bukan nangis pasal apa, pasal aku pikir masih ada lagi generasi muda yang dekat pada tuhan serta yang paling penting isi yang adik Nazmi sampaikan tu memang tepat dan berkesan

Apa-apa pun, aku memang kagum dengan kebolehan semua peserta adik-adikku, sejuk perut mak mereka masa mengandungkan mereka. Paling penting rancangan macam ni patut diperbanyakkan dan diteruskan lagi agar yelah dapat lahirkan generasi yang taqwakan diri pada tuhan.






p/s : Tengok peserta adik-adikku, terbuka balik hati aku ni nak berubah.

Saturday, April 23, 2011

Gadis Strawberry episod 6

"Eh! Bila awak sampai?", terkejut dia apabila melihat aku duduk di dalam kedainya tatkala dia sibuk membuat kerja.

"Baru je sampai, balik daripada Klang terus mandi siap-siap datang sini jumpa awak", balasku sambil melontarkan senyuman yang amat manis kepada dia.

"Tapikan baru pukul 9.00, ada sejam lebih baru saya habis kerja. Tak kan awak nak tunggu saya, kesian awak mesti penatkan?", tanya dia menunjukkan keperihatinan kepada aku. Lalu dia berkata kembali, " awak dah makan? Kalau belum tunggulah sampai saya habis kerja kita pergi makan sama-sama".

" Saya belum makan memang ingat nak makan sama-sama dengan awak. Kalau saya nak makan dekat kedai awak boleh? Sambil tu nak tengok awak buat kerja, hilanglah penat saya nanti..heheheh", balasku lagi sambil tersengih menampakkan baris gigi yang tersusun dan putih.

Lalu dia pergi ke kaunter pembayaran mengambil senaskah menu makanan dan kembali ke tempat aku duduk. "Nah awak tengok dulu, apa yang awak nak makan nanti awak 'order' ya".

Tersentak dengan tindakannya itu aku pun berkata, "habis tu awak?"

"Awak pilih dulu makanan yang awak nak pesan. Saya masuk dalam dulu siapkan kerja sikit, lagipun pelanggan tak ramai", ujarnya sambil memuncungkan mulut tunjuk ke arah sepasang kekasih tengah makan bersama. "Nanti saya temankan awak makan ya", ujarnya lagi dengan senyuman yang manis.

"Bagi saya jus tembikai dengan nasi goreng kari", sambil menudingkan jari ke arah gambar rajah yang tertera pada senarai menu. Lantaran itu, dia mengangguk serta berlalu pergi ke arah dapur.



Selang berapa minit, ketika aku sedang bermain 'game' telefon bimbit bagi menghilangkan rasa bosan, secara tiba-tiba, " awak! makanan dah siap, jom kita makan!", ujarnya sambil meletakkan dua pinggan makanan berserta dua gelas besar daripada dulang yang dibawanya.

"Ingatkan lama lagi nak siap, nasib baik sekejap je. Saya dah lapar ni, jom kita makan sama-sama", kataku sambil menyusun elok makanan terbabit saling berhadapan",

Lalu dia menarik kerusi dan duduk betul-betul di hadapan aku, "kenapa awak pandang saya macam tu? Jomlah kita makan", sapanya melihat aku terdiam seketika.

"Eh tak adalah, saya suka tengok awak rasa tak jemu je lihat awak..hehehe", balasku sambil ketawa terkekeh-kekeh.

Dia tak menjawab sebaliknya membalas dengan senyuman manja ke arahku. Suasana di dalam kedai itu begitu sayup menandakan tiada keriuhan pelanggan yang biasanya memecah keheningan dalam kedai tersebut, sebaliknya hanya aku berserta pasangan satu lagi duduk menikmati makanan di bahagia luar, manakala di bahagian luar terdapat beberapa orang lelaki sedang sibuk melayan 'laptop' memandangkan kedai tersebut memberi perkhidmatan 'wireless internet' secara percuma. Sambil aku dan si dia menikmati nasi goreng kari berserta jus tembikai tatkala itu terdengar sedikit keriuhan budak-budak lelaki yang sedang minum di bahagian luar seakan-akan ada benda yang melucukan mereka. Kami tak menghiraukan mereka sebaliknya  aku guna kesempatan yang ada meluangkan masa ini sebaik-baik dengannya.

Pada ketika aku hendak meneguk air tiba-tiba dia berkata, " Awak minggu depan saya berhenti kerja, rasanya tak sampai seminggu pun mungkin beberapa hari saja lagi saya berhenti kerja".

"Laa kenapa pulak? Awak ada 'problem' balik dengan bos awak ke? Atau awak ada masalah lain", tanyaku bagi mendapatkan kepastian memandangkan dia selalu mempunyai masalah terutama di tempat kerja mahupun masalah peribadi.

"Eh tak adalah, tak ada kena mengena dengan benda tu pun. Lagipun kitakan tak sampai sebulan lagi nak masuk Universiti bulan 7 nanti, jadi saya fikir nak duduk rehat dahulu sementara ada baki cuti ni", jawabnya dengan nada keyakinan sambil aku meneguk air tatkala dia menyambung perbicaraannya. "Masa yang ada ni nak luangkan masa dengan mak saya mana tau esok dapat Universiti jauh-jauh susah nak jumpa mak lagi".


"Kalau awak dah fikir macam tu dan awak rasa itu keputusan yang terbaik saya tak kisah, apa yang penting keputusan yang awak buat boleh buat awak 'happy'", senyumku bagi meyakinkan dia bahawa keputusan dia adalah yang terbaik.


"Tapikan awak minggu depan saya ada 'interview' MEDSI, doakan saya berjaya dan dapat masuk UPSI ya".


"Habis itu siapa yang temankan awak?", tanya dia sambil membulatkan mata memandang tepat ke arahku.


Lantas aku pun menjawab," Rasanya saya pergi sendirian je kot, sebab mungkin tak ada sape-sape yang dapat temankan saya. Ala saya tak kisah lagi pun mungkin tak lama 'interview' tu". Melihat dia terdiam seketika aku pun bertanya, "awak nak temankan saya ke?".


Dia tidak menjawab persoalanku sebaliknya hanya tunduk senyum kemudian menganggukkan kepala lantas bangun mengangkat pinggan memandangkan kami sudah selesai makan. Sebaliknya dia hanya membiarkan minuman yang ada memandangkan masih ada baki air yang belum di minum. Kemudian dia berlalu membawa pinggan tersebut ke dapur membiarkan aku sendirian dengan pertanyaan yang tak di jawab.


Sekembalinya dia di tempat kami makan bersama aku bertanyakan soalan yang sama bagi mendapatkan kepastian, "awak betul nak temankan saya pegi 'interview' minggu hadapan?".


"Boleh juga, rasa macam nak temankan awak yelah awak kan kawan saya apa salahnya saya temankan awak. Tapi awak kena minta kebenaran mak saya dulu barulah boleh saya temankan awak", jawabnya sambil melontarkan senyuman seakan suka dengan pertanyaan ku tadi.


"Tak ada masalah, lagi pun dah biasa dengan mak awak insyaallah boleh dapat kebenaran", balasku sambil melontarkan kembali senyuman kearahnya, sesekali dia melirik manja menunjukkan reaksi yang membuatkan aku rasa bahagia dengannya.


"Eh awak, dah pukul 10.15 rasanya saya nak tutup kedai lagipun pelanggan pun dah tak ada baik tutup awal. Awak hantar saya balik kan?", tanya dia sebaliknya aku tak menjawab cuma menganggukkan kepala tanda setuju. " Kalau macam tu, awak tunggu dekat kereta saya nak siapkan kerja dulu, dalam 10 minit saya datang", ujar dia sambil membawa dua gelas yang masih belum di angkat.


Aku pun berlalu ke kaunter membayar makanan kemudian terus menunggu di kereta sementara dia menghabiskan kerja. Sebaik sahaja dia dia siap melakukan kerja, seperti biasa aku terus menghantarnya pulang kerana bagi aku cukup sudah masa yang aku luangkan makan bersama dengannya.




p/s : Sambungan pada Gadis Strawberry episod 7.



Thursday, April 21, 2011

LIF



Mesti orang tertanya apa kena mengena lif dengan kehidupan aku. Kalau korang semua nak tau aku sebenarnya takut naik lif benda yang paling aku takut berbanding hantu. Tawarkanlah seribu ringgit pasti aku tak berani naik lif sendirian. Kalau dulu masa kecik-kecik naik lif aku mesti peluk mak ayah aku kuat-kuat, kalau ada adik atau kakak dengan abang aku merekalah aku peluk kuat-kuat.  Sampaikan aku kena marah dengan ayah.

“Eh! Kenapa kau ni takut sangat naik lif sampai nak kena berpeluk-peluk”, marah ayah aku. Tapi aku diam seribu bahasa tak berkata apa-apa, ialah aku masih kecik nak mengadu nanti tak pasal-pasal kena marah balik dengan ayah, jadi aku diam jela.  Paling aku tak boleh lupa masa aku darjah 3 masa tu mak aku sakit jantung selalu la dia masuk Institut Jantung Negara(IJN), yang buat aku sakit hati mak aku boleh pula kena tahan di wad tingkat 8, jadi nak tak nak aku gagahkan diri naik tangga sampai la tingkat lapan, masa tu kecik lagi orang kata lurus bendul pasal “ground floor” tu aku kira sebagai tingkat satu ingatkan dah sampai. Akhirnya aku kuatkan semangat naik lagi setingkat, sampai je tingkat sepuluh habis menggigil lutut aku hingga berpeluh-peluh.

Tapi itu masa aku darjah 3, yang buat sakit hati ialah adik-adik aku selalu menyakat aku. Ialah abang mana tak rasa malu kena sakat dengan adik-adik, “wekkk! Je’i penakut naik lif!”, teriak adik aku sambil berlalu memasuki lif. Masa itu aku kecik lagi orang tak mengerti kenapa aku takut naik lif. “Tapi biarla orang kata apa, tanggakan ada!”, hati kecil aku berkata.

“Wei, wei! Zulhazri pengsan arr, Cikgu! Cikgu Zulhazri pengsan”, jeritan kawan aku itu memecah keheningan perhimpunan pada pagi Isnin di SK Seri Makmur, Sungai Besar. Bila aku sedar-sedar je aku dah ada dalam bilik sakit sambil Cikgu Maznah mengurut kepala aku. Lalu cikgu Maznah bertanya “Zul, kamu ni sakit apa sebenarnya? Kalau kamu tak sihat bagitaulah ibu bapa kamu supaya mereka bawa kamu ke hospital untuk pemeriksaan”, nada perihatin cikgu membuatku terharu. “Baiklah cikgu saya akan bagitau pada ibu bapa saya”.

“Zulhazri, sebenarnya kamu ada masalah mata yang berkait rapat dengan otak kamu, saya rasa lebih baik kamu buat pemeriksaan lanjut di Hospital Teluk Intan”, nasihat doktor pada aku. Semenjak dari darjah 5 aku mula memakai cermin mata kerana doktor mengesahkan bahawa aku ada masalah penglihatan.  Pada masa darjah 5 baru aku mendapat tau penyakit sebenar yang dialami oleh aku apabila mak sudi membawaku untuk membuat pemeriksaan lanjut. “Puan, kami sebenarnya tak dapat pastikan apa penyakitnya tapi, hasil pemeriksaan yang dibuat kami mendapati anak Puan ada masalah mengenai saraf otaknya”, terang doktor pada ibu ku. “Kami Cuma dapat bekalkan ubat sebagai alternatif dan jika ada apa-apa berlaku bawa dia lagi untuk buat pemeriksaan”, penerangan doktor tersebut mengakhiri sesi ujian kesihatan.

Hari berlalu begitu pantas, tau-tau saja aku kini di tingkatan 2 di SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan aku masih takut menaiki lif. Bekalan ubat yang dikirim oleh ibu aku makan tiap-tiap hari agar aku tidak pening-pening serta mengalami migraine. Akhirnya apabila penyakit aku bertambah teruk, ibu bapa aku memutuskan untuk memberhentikan aku sekolah dan menukarkan sekolah yang lebih dekat dengan rumah dengan cara ini mak ayah dapat menjaga aku. Tapi tak siapa menduga, langit yang sentiasa cerah akhirnya mendung juga alih-alih boleh hujan lebat. Penyakit yang dialami aku kian parah dan akhirnya mak ayah memutuskan untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital Klang. Masih ingat lagi, saat aku kena tahan wad selama seminggu bagi pemeriksaaan lanjut. Rasanya habis tangan ni dah lali kena penangan jarum oleh jururawat yang menjaga aku. Pengalaman pertama yang aku rasa apabila di masukkan ke dalam ‘CAT Scan’ sungguh menakutkan, bayangkan tempat sempit lepas tu di biarkan baring sendirian selama berjam-jam membuatkan aku kecut perut.

Tanggal 24 November 2004, Doktor Badli yang merupakan doktor utama yang menjaga dan merawat aku ketika di hospital telah   mengesahkan penyakit aku. “Tuan Puan, seperti yang kita tau anak Tuan dan Puan mengidap penyakit saraf yang dikenali saraf otak(lupa nama saintifik apa)”, terang doktor kepada ibu bapaku. “Tahap penyakit yang dialami oleh anak Tuan Puan  tidak teruk cuma kita perlukan pencegahan awal untuk mengelakkan lebih teruk lagi”, terang doktor lagi. “Adakah penyakit ini menyebabkan dia selalu pening-pening dan tak berani naik lif?”, Tanya ayahku bagi mendapatkan kepastian. “Yup btul itu, pening-pening adalah petanda jelas malah sebab dia tidak berani naik lif adalah kerana kesan kejutan menyebabkan otak boleh merakam dan merasainya meskipun tidak menaiki lif, ini bermaksud unsur kejutan pergerakan seperti 'roller coster' misalnya memberi kesan kepada otaknya”, terang Doktor Badli mengakhiri perbualan.

“Adik kena kuat tau, tak mau sedih-sedih kena selalu senyum barulah hidup ceria”, nasihat jururawat bernama Ina sama seperti nama kakak aku menguatkan lagi semangat ku.

“Insyaallah, lusa kita dah boleh jalani pembedahan, Je’i kena kuat kena berani anak laki mak tak boleh patah semangat kerana ini semua ujian tuhan”, kata-kata mak membuatkan aku menangis tersedu-sedu sambil mak memeluk ku erat dan ayah membelai kepala ku. Tipulah dalam hati ini tak rasa takut apabila di sebut pasal pembedahan, kecut perut ini kalau boleh biarla aku sakit dari buat pembedahan.

“Jei kena gak buat pembedahan, kalau jei nak hidup lama nak rasa kebahagian dan nikmati kehidupan Je’i kena juga lalui ini”, nasihat ayah membuatkan jiwaku meruntun .

“Jei, kita orang semua akan selalu mendoakan keselamatan dan kesihatan Je’i agar dapat hidup seperti biasa”, itulah kata-kata yang selalu diucapkan apabila saudara-mara melawat ku dihospital.

 “Andai kata inilah pengakhiran hidup aku, aku berdoa pada tuhan agar aku mati dalam keadaan yang tenang”, teriak aku dalam hati bagi menguatkan semangat ku.

Tepat pukul 10.38 malam tanggal 26 November 2004, jururawat dan doktor datang memberikan kata-kata semangat padaku, “ Zulhazri, insyaallah pembedahan ini akan berlansung dengan selamat dan adik dapat hidup normal”. 

“Jei, mak dan ayah selalu doakan yang anak mak ini selamat biar anak mak dapat membesar dan jadi orang berguna”, tangisan mak dapatku lihat mengalir perlahan ke pipinya. 

“Adik-beradik, saudara-mara dan orang kampung sedang membuat doa selamat tatkala jei menjalani pembedahan, insyaallah dengan doa mereka Je’i akan selamat”, kata-kata ayah membuatkan aku menitis air mata kerana aku sedar ramai insan yang menyayangi ku ini. Akhirnya, aku di beri suntikan pelali perlahan-lahan mata aku tertutup rapat seperti ada yang memaksa.

Alhamdulillah, selepas hampir 10 tahun kejadian itu berlalu(sejak aku mula sakit), kenangan itu tetap terpahat dalam memori menjadi kekuatan dan semangat untuk aku hidup. Ya aku masih seperti dulu tidak berani naik lif kerana penyakit itu telah membuatkan otak aku berterusan mengalami kesan akibat kejutan pergerakan. Cuma apa yang pasti aku telah dapat kehidupan yang baru serta nyawa baru. Saat aku selamat dari pembedahan tersebut hidup aku terus berubah, aku menjadi lebih ceria menjadi lebih bersemangat kerana aku tidak mau sia-siakan peluang kedua.

Masih ingat lagi kata-kata Doktor Badli, “Andai Zulhazri selamat, ingatlah bahawa hidup didunia ini perlu dihargai dan manusia perlu disayangi hiduplah dengan hati supaya Zulhazri terus tersenyum di kemudian hari”, Sebab itulah aku tak pernah berhenti tersenyum dan ketawa kerana itulah penawar tatkala aku dalam kesakitan. Cuma yang pasti aku masih takut naik lif. Biarlah orang kata aku ni penakut atau macam budak kecik, yang pasti aku tak kan berani naik lif. Melainkan ada orang peluk ikat aku masuk dalam lif(hehehe..).
Sekian, Terima kasih

p/s : Hidup tak selalu indah, tapi keindahan hidup boleh dikecapi jika kita terus mencari….jangan berhenti!! 

Wednesday, April 13, 2011

Untungnya budak-budak sekarang

Dulu masa aku bersekolah dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah kalau nak nampak cikgu yang cun melecun dan 'hensem' mesti susah. Biasanya kalau nampak muka-muka cikgu ni biasa-biasa je tak ada nak bergaya sangat kalau dari bentuk badan peh! sumpah memang tak ada yang 'cutting' macam model. Kalau yang lelaki pulak kita dah tau dari jauh lagi, boleh kenal dengan ukuran diameter perutnya yang jauh ke depan...hahahahahah!!




Eh cop! tapi ada gak cikgu-cikgu yang cun, lawa-lawa lagi meletop, itu pun masa cikgu baru datang buat praktikal. Masa tu budak-budak punya nafsu naik membuak-buak semangat nak belajar pasal dapat cikgu praktikal yang cun. Masa tu muka-muka yang selalu ponteng kelas ada je tercongok dalam kelas. Kalau yang 'hensem' pulak budak-budak perempuan sebaik je habis kelas mulalah masing-masing berangan nak berbofriendkan cikgu tersebut.




Heliza pun cikgu tau.. (^^,)


















Tapi cerita aku kali ini bukanlah niat nak memburukkan cikgu atau memuji cikgu ok..ada gak cikgu-cikgu laki yang ayatnya manis dapat beristeri ramai tau (ayah aku daa..) Cuma cerita aku kali ini sekadar perkongsian sahaja.


Aku bukan apa, nak dibezakan cikgu zaman dahulu dan sekarang memang ketara. Pasal apa? pasal kalau cikgu perempuan dulu dia punya 'dressup' biasa-biasa je tak ada nak kemain dengan labuci dengan kerongsang apa jadahnya. Kalau pakai baju kurung tu stok yang kaler terang-terang warna tak cantik memang buat budak sakit hati di tambah pulak dengan corak baju yang tak menarik. Itu belum cerita bab pakai tudung, zaman dulu pakai tudung asal boleh sarung macam skarf pun boleh. Pakai tudung pun ala-ala 'nerd' gitu.


Pic aku rembat dari blog sape-sape entah..

Tapi semenjak aku masuk belajar dekat UPSI, aku boleh bayangkan betapa untungnya budak-budak akan datang. Ini bukan cerita tipu, pasal dah berapa semester aku belajar dekat sini..Mak aii budak perempuannya memang tak mengalah dari segi 'dressup' dari hujung kepala hinggalah hujung kaki. Itu pasal laa aku rambang mata tak tau nak pilih awek macam mana, jadi nak tak nak 'single' lagi baik..cehwahhh!!

Kalau diperhatikan ada macam-maca gaya aku tengok awek-awek UPSI ni, rasa-rasanya muka yang tak cun pun jadi cun. Itu baru bab 'dressing' pakaian belum masuk tudung. Rasa-rasanya dah tak payah pergi 'fesyen show' pasal tengok dekat tempat aku belajar ni pun dah cukup. Kalau nak kira berapa jenis 'style' tudung yang diorang pakai memang tak terkira. Mehla aku tunjukkan..aku bukan tau nama-namanya pun.

Pic bertudung aku rembat dari mana2 blog..tapi macam nilah tudung budak2 upsi pakai

Rasanya ini adalah antara pemakaian tudung yang 'famous' dan selalu aku nampak awek-awek UPSI selalu pakai. Untung budak-budak sekolah akan datang pasal dapat cikgu yang pandai bergaya dan cantik. Lepas ini 'confirm' kes ponteng sekolah dapat di selesaikan dan prestasi pelajar meningkat naik pasal cikgu yang pandai bergaya(relevan ke?). Tapi itulah nampakkan perbezaan yang begitu ketara.


p/s : Aku banyak cerita pasal cikgu perempuan pasal biasalaa aku kan lelaki hormon tengah meningkat naik..hahahha!!



Tuesday, April 12, 2011

EXAM MARI!!!!

Memandangkan 'exam' aku tak sampai seminggu je lagi, nak tak nak aku kena gak ambil 'exam' walau aku rasa banyak benda tak tau lagi. Tengah otak kalut memikirkan macam-macam hal jadi 'mood' untuk menulis cerita pun tak datang. Insyaallah bakat yang dikurniakan ini tak akan aku persia-siakan sebaliknya apabila habis je 'exam' aku nak tulis macam-macam semampu yang aku boleh.



Buat warga UPSI serta kawan-kawan dalam AT20(Teknologi Maklumat) aku ingin ucapkan selamat menyambut 'exam' laa apa lagi! Ingat sembahyang dan mengaji jangan lupa. Kesihatan diri kena ingat jangan nak 'study' bagai nak giler. Apa-apa pun ingat minta restu mak dan ayah serta berdoa pada tuhan agar dipermudahkan dalam 'exam' nanti.


Akhir kata dari aku terimalah bait-bait indah ini sebagai tanda kekuatan :-

‎"saya tiada harta tiada rupa.. saya tak ada 
apa-apa kerana saya sebatang kara.
harapan saya cuma satu! mak doakan lah anak mak ni berjaya..
kerana dari tiada apa insyaallah saya punyai segalanya"

p/s : Mood exam dah datang...'All is well semua!!!'

Wednesday, April 6, 2011

Gadis Strawberry episod 5

"Wei der..gaji dah dapat ni. Esok korang temankan aku turun Klang boleh tak? Aku ingat nak beli barang sikit pasal minggu depan aku dah kena 'interview' Medsi", tanyaku kepada kawan-kawan sebaik sahaja sampai di sebuah kedai mamak.

"Kita orang tak ada hal, dah alang-alang berduit ni apa lagi jom joli arr..boleh cari cikaro kat Klang nanti,hahahah...", gelak si Apis dan Iwan, sambil si Mu'ti tersengih ketika sedang menikmati teh panas.

"Apsal laa aku dapat kawan bangang cam kau ni..", tengah aku bercakap tiba-tiba datang seseorang memotong percakapanku.

"Order-order, mau minum apa baiya? Makan?".

"Erkk..Macha, kasi teh 'o' panas dengan roti kosong satu ya", ujarku sambil mamak tadi pantas berlalu pergi meninggalkan kami yang betul-betul duduk berdekatan dengan kaunter. "Ok, esok pagi pukul 9 kita gerak. Korang jangan pulak bangun lambat nanti", sambungku lagi sambil mata kami melirik ke arah TV yang menayangkan perlawanan bola sepak antar Man United lawan Selangor

Pada masa itu, masing-masing masih penat kerana seharian bekerja dari pagi ke petang. Malam itu kami semua tak berbual dan bergelak panjang macam biasa. Jadi untuk menghilangkan rasa bosan dan meluangkan masa pada malam itu kami melayan je perlawanan bola sepak meskipun ianya merupakan tayangan perdana. Ketika aku sedang menikmati teh 'o' panas dengan roti canai tiba-tiba deringan telefon aku mengejutkan suasana sepi di kalangan kami.


"Haa..mesti awek strawberry 'call' laa tu", sapa Apis apabila mengetahui telefon aku berdering.


Aku tak menjawab sapaan Apis sebaliknya mengangkat telefon yang berdering tadi tertera panggilan daripada si dia, "Assalamualaikum awak..kenapa tiba-tiba 'call' tengah-tangah malam ni?".

"Ehm..saya nak cakap dengan awak sekejap boleh tak?", tanya dia dengan nada sayu dalam kesedihan.



"Boleh awak, cakaplah apa dia yang awak nak cakap dengan saya", balas ku sambil bangun berlalu meninggalkan kawan dengan menunjukkan isyarat tangan bahawa aku hendak ke luar sekejap. "Kenapa awak senyap je ni? Awak bagitahulah macam ada apa-apa yang berlaku je", ujarku yang bercakap di luar kedai bagi mengelakkan suasana bising dan bingit didalam kedai.


"Hari ini saya rasa sedih sangat..Saya dah putus dengan pakwe saya. Kenapala saya ni malang dah tak ada sesapa ke yang sayang dekat saya", ujarnya sambil menangis teresak-esak.


"Kesian awak", balasku menunjukkan keperihatinan. "Awak janganlah macam tu, ramai lagi yang sayang dekat awak. Awak kan masih ada keluarga ada kawan-kawan dan masih ada saya lagi", bicaraku itu membuatkan dia terdiam lalu aku menyambung percakapanku. "Mungkin awak dengan dia dah tak ada jodoh, mungkin ada hikmah disebalinya".


"Ehm..awak saya tak boleh cakap lama-lama sebab kredit saya tak banyak", jawabnya dengan perlahan.

"Alamak saya pun tak ada kredit, kalau macam tu esok malam saya jumpa awak sebab siang saya tak ada. Boleh kan awak?".

"Boleh...", lalu dia meletakkan telefon mengakhiri perbualan kami pada malam itu.


Memandangkan hari sudah lewat malam, aku dan kawan-kawan bergerak beredar daripada kedai mamak tadi untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik ke rumah fikiran aku asik terkenangkan dia sahaja. Kepekatan malam itu sungguh gelap, bulan yang sepatutnya terang benderang menyinari pada malam itu ditutupi lautan awan yang menebal. Seakan-akan hujan lebat akan turun di mana tiupan angin yang kuat menggoyangkan pokok-pokok di sepanjang laluan yang aku lalui, seperti alam mengetahui kerisauan aku terhadap dia. Malam itu aku tak berfikir panjang sebaliknya terus tidur di sebalik keletihan yang berpanjangan.


Seperti yang dijanjikan, awal pagi pukul 9 lagi aku dan rakan-rakan sudah bertolak ke Klang untuk berhibur setelah mendapat duit gaji. Perjalanan   yang tak berapa jauh itu aku pandu dengan berhati-hati, seperti biasa  kudrat kereta wira aku gunakan sebaik-baiknya. Sebaik sahaja sampai di Jusco Bukit Tinggi, Klang pada pukul 11.30 kami terus bergegas masuk ke dalam pusat beli-belah semata-mata hendak membeli tiket wayang untuk mendapatkan 'sit' terbaik. Bagi kami cerita yang 'best' dan tempat duduk yang terbaik memang menjamin kepuasan menonton wayang.




"Ok, aku dah beli 5 tiket cerita Ironmen 'sit' tengah tapi 'start' pukul 1", bagitahu Apis apabila dia siap membeli tiket setelah beratur panjang.


"Sekarang baru pukul 12.00 ada sejam lagi. Jomlah kita pusing-pusing dulu boleh laa usha mana-mana awek", kata si Iwan sambil merangkul bahu Apis sambil berjalan seiringan.


"Wei Joe! Apsal kau senyap je ni? Biasa kau yang paling bising", tanya Muti apabila menyedari aku hanya senyap tanpa bicara semenjak sampai tadi.


Tiba-tiba Apis menegur, "Kau jangan camni Joe, kita datang sini nak 'enjoy' buat parti liar, cari cikaro laa apa lagi..hahahahah", gelak Apis dengan lawak bodohnya, tapi lansung tak buat aku tergelak.


"Korang jangan risau la derr..Aku ok je mungkin letih tak hilang lagi kot", balasku sambil kami berborak menuruni 'eskelator'.


"Jangan nak tipulah Joe..Biasanya kau laa yang paling kuat merapu, meraban dan merepek. Ni mesti kau ingat kat awek strawberry", ujar Salleh seperti tau-tau aku ingat pada si dia.


Aku tak menjawab sebaliknya hanya tersengih bagi mengelakkan mereka berbicara panjang mengenai aku. Bagi tidak menghampakan kawan-kawan, aku cuba luangkan isi hati ini untuk berhibur dengan mereka. Daripada tengahari sampai ke petang aku bersama mereka menonton wayang, makan dan membeli-belah bersama-sama semata-mata untuk keseronokan dengan kawan. Meskipun keseronokan yang aku rasai membuatkan aku gembira tetapi ingatan aku terhadap si dia yang telah putus hubungan membuatkan pikiran aku sering bermain dengan pelbagai soalan. "Adakah ini petunjuk daripada tuhan? Adakah aku punyai peluang untuk bersama dia?", bisik hatiku setiap kali teringat pada dia. Harapan terhadap dia sentiasa ada cuma harapan itu tidak terlalu tinggi takut kecewa di kemudian hari. "Sudahlah Zulhazri..orang yang baru putus hubungan tak kanlah cepat dia nak jatuh hati pada orang lain",begitulah kata hatiku seperti seakan menasihati diriku ini.


"Wei Joe! duduk termenung apa tu? Jomlah kita gerak balik dah nak pukul 5 ni", sapa Apai melihat aku termenung sementara menunggu Apis dan Iwan membeli makanan di Mcdonald.


"Jomlah, aku dah janji dengan orang nak jumpa malam ni. Nanti tak sempat nak jumpa pulak", balasku sebaik sahaja Apai menegurku.


"Ala sempat, tak larilah awek strawberry kau tu", sampuk muti yang betul-betul duduk berhadapan dengan aku, juga menunggu kawan lain membeli makanan.


Melihat Apis dan Iwan selesai membeli makanan, kami pun beransur pulang. Niat aku pada itu cuma satu, dapat berjumpa dengan dia malam ini, serta pulang dengan hati yang riang setelah puas bergembira dengan kawan-kawan.



p/s : Sambungan pada Gadis Strawberry episod 6

Monday, April 4, 2011

Basuh baju

Kali ni aku bukan nak cerita pasal mesin basuh yang membasuh baju, bukan juga pasal hantar baju kotor ke dobi. Tapi cerita pasal 1 pasangan kekasih yang begitu 'caring'.


Masa aku tengah duduk menunggu 'turn' aku main tenis masa kejohonan tertutup Ko-Tenis, adalah seorang pasangan kekasih yang sama amik 'tournament' ni jugak. Yang buat aku geli hati dan suka dengan pasangan ni pasal diorang begitu sempoi dan selamba. Nak kata si makwe dan pakwe tak adalah cantik dan 'hensem' pun, tapi mungkin pasal hati dan perasaan tu dah terlekat pada hati masing-masing tu pasal laa mereka betul-betul 'take care each other'.

Macam ini ceritanya, masa aku tengah duduk di bawah laluan pejalan kaki betul-betul berdekatan dengan rimbunan pokok yang banyak, manakala di hapadan aku ada gelanggang tenis sambil ada perlawanan tengah berlansung.


"Sayang! petang ni lepas habis ni kita pegi basuh baju nak tak? Kita pakai mesin yang pakai duit syiling tu", tanya si makwe yang duduk bersila bawah pokok, manakala pakwenya tengah baring dekat pejalan kaki cuma jauh sikit dari aku.

"Ala, baju saya tak banyak laa..Ayang jelah basuh sendiri. Tak kanlah banyak sangat nak basuh, baju saya sikit je. Ni mesti kes pemalas ni", ujar si pakwe sambil bangun duduk menyandar di tiang pejalan kaki.

"Ish mana ada malas laa..kan nak dekat hujung sem lagilah 'busy' tambah pulak dengan tenis lagi. Ehh..baju perempuan lagi banyak tau", balas si makwe sambil menjelirkan lidah pada si pakwe.

"Iyalah tu banyak..ala ayang basuh jelah baju pakai tangan bukan susah pun. Saya basuh pakai tangan 'steady' je.."

"Sayang laki kuat tak apa..macam saya ni banyak kena basuh tau. Baju, seluar, tudung je dah berapa helai. Lepas tu dengan 'spender', 'bra' lagi tu blum baju nipis yang saya pakai", ujar si makwe sambil menjeling manja ke pakwenya. "Jomla sayang..kita pegi basuh ye, tapi spender-spender tak mau campur tau..hehehe", sambung si makwe sambil tergelak sakan.

"Eee..'spender' dengan 'bra' pun nak cerita. Malulah tu ada orang lain", sambil si pakwe memuncungkan mulut ke arah aku. "Apa kata kita pergi basuh dekat kedai dobi ajelah, baju siap lipat lagi tau".

"Ala sayang..tak naklah cam tu, nanti baju rosak. Kita 'share' duit sayang seringgit ayang seringgit. Nanti petang kita pegi basuh baju sama-sama". ujar si makwe sambil tersengih manja ke pakwenya.

"Erkk..biar betul nak campur baju sekali?", tanya si pakwe sambil buat muka pelik.

"Alaa..tak kan geli kot. Nanti bila dah basuh pakai sabun semua jadi bersih laa..Petang ni tau ayang tunggu dekat tempat tu(mesin basuh slot syiling)".

Masa aku duduk dengar diorang bersembang memang geli hati sebab diorang betul-betul selamba padahal ada orang lain dekat situ. Masa sembang tu kalau dekat tak apalah jugak tapi jauhnya adalah dalam 4 meter. Tergelak dalam hati aku tengok telatah pasangan ni.

Apa-apa pun aku ada rasa sedikit 'jeles' tengok pasangan tu pasal 'chemistry' yang diorang bina jelas kelihatan mereka sangat bahagia.


p/s : Hanya manusia yang betul-betul hargai pasangannya akan merasa bahagia.


Friday, April 1, 2011

Pantun 1

Aku pun tak tau nak 'post' apa, pasal  ilham lansung tak datang untuk aku menulis 'something'. Mungkin pasal 'final project' dekat hujung sem ni banyaknya macam lahanat. Memandangkan hari ini 'April Fool' jadi bukanlah niat aku nak kenakan sesapa dan bukan niat nak meraikan benda merepek ni pun.


Untuk tujuan suka-suka, aku nak berpantun plak~~



Soalan 1:

Sampan kotak mengangkut lada,
Terlanggar batu sampan tenggelam,
Kepala botak janggut tiada,
Di mana kutu nak tidur malam.



Jawapan 1:

Sampan kotak mengangkut lada,
Terlanggar batu layar terkoyak,
Kepala botak janggut tiada,
Kutu tidur bawah ketiak.


p/s : Mana ada bulu, situ ada kutu..hahahaha!!