Powered By Blogger

Thursday, March 31, 2011

Gadis Strawberry episod 4


Malam itu ku rasakan begitu panjang sekali, persoalan yang bermain dalam fikiran membuatkan aku sukar untuk melelapkan mata. Pada pagi berikutnya, udara dingin menusuk sehingga ke dalam tulang seakan-akan tahu kedinginan hatiku. Memandangkan pagi masih awal untuk berjumpa dengan si dia, aku pun bingkas bangun membersihkan bilik, selesai sahaja aku turun ke dapur dengan langkah longlai dengan niat nak masak sarapan memandangkan mak aku masih tidur. Tiada apa yang 'special' cuma nasi goreng kampung dengan telur dadar aku masak sebagai santapan untuk keluarga pada pagi itu." Rajin kau masak, mak lambat bangun kau dah siap buat semuanya. Lapar sangat ke?", sapaan mak aku membuatkan aku terkejut ketika aku sedang menghidang makanan di atas meja. "Tak adalah, tiba-tiba rasa nak memasak. Nanti mak ajak ayah makan tau, dari tadi tak nampak dia mungkin dekat kebun belakang kot", ujarku sambil menutup makanan tadi dengan sangai memandangkan belum ada sesiapa hendak sarapan pagi. Memandangkan matahari semakin meninggi, lantas aku pun pergi bersiap dengan tujuan untuk ke rumah si dia sebentar lagi.

"Awak tak bekerja hari ini?", itulah soalan pertama yang aku aju sebaik sahaja aku tiba di rumah dia.

"Tak, hari ini saya cuti sebab nak tolong mak jaga 'baby', lagipun mak saya tak larat sangat itu pasal saya tolong mak", jawabnya seakan-akan tidak ada apa yang berlaku malam tadi.

Pada ketika itu, aku cuma diam seribu bahasa begitu kekok lidahku hendak mengeluarkan kata-kata seperti baru sahaja mengenalinya.


"Awak kenapa senyap je? Tak sudi nak bercakap dengan saya ke?", pertanyaan dia membuatkan aku bertambah malu.


"Saya tak tau nak cakap apa. Saya datang pun kerana awak ada benda nak kasi dekat saya, apa dia?", tanyaku pula sambil menunjukkan riak wajah yang tidak ceria.


Lalu dia berkata,"Awak tak berkerja hari ini?".


Persoalannya itu seperti sengaja mengelak daripada berbicara mengenai tujuan sebenar, seakan mahu berbicara panjang denganku. Tengahari Sabtu itu begitu tenang, tiada terikan pancaran matahari yang menyinari sebaliknya hanya awan yang berarakan mendamaikan suasana yang sepatutnya panas. Sesekali, angin bayu dari arah pantai menerpa rimbunan pokok di hadapan rumahnya. Tatkala itu juga dia memegang erat selendang hijau yang dipakai daripada diterbangkan angin.


"Awak tunggu sekejap ya, saya nak masuk ke dalam dahulu", terpinga-pinga aku apabila dia berkata ketika saat kami sedang berdiam diri. Lalu aku duduk pada bangku di bawah sepohon pokok betul-betul di hadapan rumahnya sambil memikirkan apa yang hendak dia kasi.


"Apa yang awak bawa tu?", tanyaku apabila melihat dia keluar membawa sebungkus plastik putih berisi dua bekas 'tupperware'.


"Malam tadi semalaman saya tak tidur, saya buat kek coklat ini khas untuk awak", ujarnya yang membangkitkan lagi pelbagai soalan dalam fikiranku.



"Semalaman? Adakah ini tanda persahabatan atau dia mempunya perasaan jauh lebih jauh terhadapku", bisik hatiku sambil menyambut bungkusan daripadanya. Sambungku lagi, "Kenapa awak susah-susah, awakkan penat seharian kerja di kedai makan".


Lalu dia pun menjawab, "Tak adalah, lagi pun dah lama saya tak memasak jadi saja nak mencuba. Tak taulah sedap ke tak".


"Apa-apa pun terima kasih tau, balik nanti saya rasa. Mesti sedap!", ujarku sambil mataku melirik ke tangan kiri memandang jam 'Quartz' berwarna silver.


"Awak ada hal ke? Dah nak balik?", tanya dia seakan tahu aku hendak beredar daripada situ.


"Sebenarnya saya ada hal kejap lagi, jadi tak boleh lama-lama", balasku dengan nada yang tidak meyakinkan. " Saya minta diri dulu ya awak, terima kasih kasi kek coklat pada saya", ujarku sambil mengeluarkan kunci dari poket kiri seluar jeans hitam.


Ketika aku hendak berlalu pergi ke arah kereta tiba-tiba, "Awak! Kita masih kawankan?", tanya dia kepadaku. Aku tidak menjawab sebaliknya mengangguk sambil menguntumkan satu senyuman ke arahnya. Lalu aku segera hidupkan enjin kereta berlalu pergi sambil tangan kiriku melambai-lambai ke arahnya.


Perasaan aku ketika itu sukar ditafsirkan, adakala tersengih sendirian, adakala termenung kesedihan dan adakala penuh dengan persoalan. Memandangkan hari yang berlalu hanya teringatkan dia sehingga aku sukar untuk melelapkan mata pada malam hari. Kebetulan pada esok pagi aku perlu menggunakan kudrat dan tenaga untuk bekerja, jadi untuk mengelakkan aku tidur lambat, aku melakukan sesuatu yang terbaik bagi diriku. Lantas, aku pergi mengambil wuduk lalu sembahyang sunat dua rakaat dan berdoa pada tuhan. "Ya Allah, andai kata benar dia jodohku, permudahkan hubungan kami, bukakan pintu hatinya untuk menerimaku. Jika tidak, padamkanlah perasaan sayang yang tersemat di dalam hati ini. Amin ya rabbana alamin..".


Apabila fajar menyinsing, Sesudah aku menunaikan sembahyang subuh, aku terus bergegas menaiki motor 135LC menuju ke rumah Mak Cik Timah. Memandangkan hari ini ada kenduri kahwin, jadi gerak kerja dilakukan pada awal pagi bagi memudahkan kelancaran majlis kenduri tersebut. Seperti biasa aku dan rakan-rakan membanting tulang membersih pinggan mangkuk yang kotor serta mengisi lauk-pauk dari awal pagi sehinggalah tetamu majlis beransur pulang sedikit demi sedikit. Ketika aku sedang sibuk mengemas barang, ketika itu juga Cik Nora menyapa aku.


"Haa..Joe! Nak Cik Nora bungkuskan lebih untuk kau? Boleh kau kasi dekat awek strawberry", tersengih Cik Nora sambil mencedok saki baki lauk di dalam 'tray'.


"Ala..tak payahlah, lagipun tak ada 'mood' nak jumpa dia, letih sangat hari ni", balasku sambil menunjukkan memek muka kepenatan.


"Iyalah tu letih, biasanya kerja tak habis dah siap bungkus. Ke ada apa-apa ni? Kau 'clash' dengan awek strawberry ye", sampuk Mak Tam ketika aku sedang bersembang dengan Cik Nora.


Aku tak terus menjawab sebaliknya Apis yang membalas, "Ala..si Joe tu tengah 'frust' menonggeng lah Mak Cik, pasal awek strawberry tak nak kat dialah tu..hahahaha". Tergelak Apis dapat mengenakan aku.


"Ish..memandai je, 'kapel' pun tak macam mana nak putus. Apis tu menggosip je lebih, saya dengan dia kawan biasa je tak lebih pun daripada itu", jawabku sambil memalingkan muka mengangkat bekas air seakan malu memandang muka Mak Tam dan Cik Nora


"Macam inilah joe, kau tu masih muda jangan terlampau menaruh harapan sangat nanti kecewa susah. Berkawan je macam biasa ada jodoh tu adalah", nasihat Cik Nora sambil membungkus lebihan makanan tadi.


Lalu Mak Tam bersuara, " Kau  tu bukan tak lawa, ramai sebenarnya berkenan dekat kau. Esok kau dah sambung belajar lebih daripada lawa kau dapat, masa tu bukan kau cari makwe tapi makwe cari kau", tersengih-sengih Mak Tam memberi nasihat tak tahu betul atau tidak apa dia cakap.


"Ya saya tau, saya ingat nasihat Mak Cik semua. Dahlah saya nak pergi budak-budak basuh pinggan mangkuk nanti lagi di layan, lagi tak siap kerja", aku pun berlalu pergi meninggalkan Mak Cik yang sibuk membungkus lebihan makanan tadi.


p/s : sambungan Gadis Strawberry episod 5





1 comment:

  1. suke baca...penulisan semakin baik...:-)
    gambaran suasana pon best je bile baca...:-)

    ReplyDelete