Powered By Blogger

Wednesday, July 6, 2011

Gadis Strawberry episod 9

***********************************************************************

"Ring...ring...", alunan muzik telefon bimbit menandakan ada panggilan masuk dan tatkala itu juga menyedarkan aku daripada lamunan panjang. "Ya Allah..lama juga aku mengelamun teringat kembali kenangan dengan si dia", kata hati kecilku sambil mengangkat telefon bimbit yang berbunyi tadi.

"Jei..nanti sebelum balik jangan lupa belikan gula sekilo ya. Gula dekat rumah dah habis", ujar mak sebaik telefon di angkat.

"Baiklah, Je'i pun nak ke rumah kawan dulu, nanti Je'i belikan gula", balasku dan terus meletakkan ganggang telefon. Tujuan penting aku pada hari tersebut ialah berjumpa dengan si dia. Deruan enjin wira mengaum kuat seiring dengan kelajuan kereta yang dipandu oleh aku dengan tujuan untuk cepat sampai ke rumahnya.


Pada petang itu, suasana begitu tenang dan sayup. Keindahan matahari yang kekuningan memancar ke seluruh pelosok Sungai Besar. Sesekali tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menggoyangkan pokok-pokok ke arah barat daya menghala ke pantai tatkala aku memandu ke rumahnya. Sebaik tiba ke rumahnya aku rasakan degupan jantung bergetar laju serta perasaan yang tidak menentu membuatkan aku rasa gementar untuk berjumpa dengannya.


"Assalamualaikum....".


"Waalaikumussalam...Eh awak, tunggu sekejap ya", teriak dia sebaik sahaja melihat aku berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya. Sementara menunggu dia keluar aku pun duduk di tempat biasa pada pangkin uzur di bawah sepohon pokok betul-betul dihadapan rumahnya.


"Awak rasanya lama juga kita tak jumpa kan selepas saya temankan awak pergi temuduga hari tu", ujar si dia sebaik keluar dari rumahnya.


"Yup, tau tak apa. Saya datang ni pun ada benda nak bagitahu dekat awak. Lagipun lusa saya dah daftar masuk UPSI. Nanti dah masuk tak tau bila lagi dapat jumpa awak".


"Aah betul tu..lusa pun saya dah berangkat ke Sarawak daftar masuk UNIMAS tak tau bila lagi dapat jumpa awak", jawab si dia sambil membetulkan tudungnya yang ditiup angin.


Lalu aku pun menyambung kembali perbualan, "sebab susah nak jumpalah saya jumpa awak hari ini untuk bagitahu perkara sebenar". Terpaku dia apabila mendengar nada suara aku yang semakin serius. Lalu aku menyambung kata-kata, " Rasanya dah lama kita kenal dan saya rasa semakin hari semakin sayang dengan awak. Terus terang saya cintakan awak dan sanggup tunggu 4 tahun sampai habis belajar untuk menunggu balasan cinta awak". Dia hanya tertunduk mendiamkan diri seketika sebaik mendengar luahan hati aku. 


"Tapi awak...saya memang sayangkan awak tapi hanya sekadar teman rapat sahaja. Lagipun saya dah kembali dengan bekas pakwe saya", terkejut aku sebaik mendengar penjelasan si dia.


"Haaa...!! Yeke? Kalau awak dah berkata begitu tak apalah, mungkin antara saya dengan awak tiada jodoh. Sekurangnya saya dah bagitahu apa yang terbuku di dalam hati ini".


"Minta maaf awak...", ujar dia dengan nada yang begitu sayu.


"Eh, tak perlu minta maaf. Salah saya juga kerana terlalu mengharap kepada awak. Apa-apa pun terima kasih untuk kenangan yang kita cipta selama ini", kataku sambil bangun daripada pangkin.


Melihat perlakuan aku yang sedemikian dia pun bertanya, " awak nak ke mana? Dah nak balik ke?".


"Aah..rasanya tak ada benda nak cakap dengan awak lagi cukup setakat ini".


"Awak tunggu sekejap ya...", lalu dia bangun dan berjalan pantas masuk ke dalam rumah. Beberapa saat kemudia dia keluar membawa satu bungkusan plastik berwarna merah yang bersaiz sederhana besar. " Awak ini ada hadiah untuk awak", kata dia sambil menghulurkan bungkusan tersebut.


"Apa ni? haa bantal? Eh..terima kasih awak", ucapku sambil menarik sedikit senyuman.


"Bantal tu awak gunalah masa dekat UPSI nanti, kebetulan mak saya jahit sepasang, jadi satu saya kasi awak dan satu lagi saya bawak ke Sarawak nanti".


"Terima kasih awak, terima kasih sangat-sangat. Apa-apa pun jaga diri baik-baik di sana dan semoga berjaya", kataku sambil mengusap pipi kananku.


"Awak pun sama...", balas dia sambil melontarkan sedikit senyuman ke arahku.


"Saya pun ada sesuatu untuk awak, tiada apa yang berharga cuma sedikit kenangan untuk kita berdua. Terimalah hadiah yang tak seberapa ni", ujarku seperti acuh tak acuh sambil menghulurkan satu bungkusan kotak yang dibalut rapi. Sebaik dia mencapai hadiah tersebut aku sekadar tersenyum tanpa berkata apa-apa. Lantaran itu, aku pun berlalu pergi masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta. Sebelum berlalu pergi aku menoleh buat kali terakhir sambil melambai ke arahnya malah dia pun turut melambai ke arah ku dengan riak muka kesedihan. Ketika itu, aku terus menekan pedal minyak menderu laju pergi dari situ. Pada saat itu tiada apa yang boleh digambarkan hanya sekadar linangan air mata yang mengalir membasahi pipiku dan kenangan yang sentiasa tersemat di hati ini.




p/s : Kalau ikhlas cintakan seseorang tetapkan hati mengejarnya, jika benar cinta itu bukan milik kita jangan menoleh sebaliknya yakinlah pasti ada yang lebih baik menanti kita.


2 comments:

  1. jiwang jugak ko ni ek..haha..tp aku setuju ayat kat bawah pic ko tuh..wanita mmg memainkan peranan besar dlm hidup lelaki..aku pon da sy=tart jie=wang sudah nih..hahah!!bravoo33

    ReplyDelete
  2. hahaha jiwang x jiwang la gak bro =P

    ReplyDelete