Powered By Blogger

Tuesday, May 31, 2011

Awak...

"Teett..teett..", alunan muzik telefon bimbit Hazri menyedarkan dia daripada terlena menandakan ada pesanan ringkas diterima. Perlahan-lahan dia bangun mencapai telefon bimbit di atas meja betul-betul bersebelahan dengan katilnya. Dia lihat tertera nama penghantar   yang merupakan seorang kenalan rapat baginya. Lalu dia membaca pesanan tersebut, "Awak..dah lama kita kawan, saya dapat rasa perasaan dan jiwa saya mengatakan kita lebih daripada kawan".

Terkedu Hazri seketika membaca pesanan daripada dia, dalam keadaan sedar Hazri titipkan senyuman sesekali seperti seakan tidak percaya apa yang baru sahaja dia baca. Lantaran itu, Hazri terus membalas pesanan ringkas tersebut.

"Apa yang awak rasa..sama seperti saya rasa. Kalau betul hati dah berkata awak mau kita bersama?".

"Bagi saya..kalau perasaan itu hadir dengan sendiri buat apa ditolak, lebih baik kita semai perasaan itu perlahan-lahan biar menjadi lebih indah".

"Jadi..awak sudi menjadi kekasih untuk diri yang tak seberapa ni?".

"Lebih dari sudi awak, lebih dari sudi...".

Tersengih Hazri apabila duduk sendirian dalam bilik setelah berbalas pesanan ringkas. Bagi Hazri ini merupakan detik indah bagi dia kerana dia dapat merasa kemanisan cinta itu, sungguh manis...

***********************************************************************

Rasanya ramai dekat luar pernah rasa perasaan ini, baik yang muda remaja, belia dewasa mahupun orang tua mesti pernah merasa indahnya apabila perasaan cinta itu dibalas dengan rasa cinta juga. Memang betul cinta ialah salah satu nikmat tuhan kasi untuk manusia rasa betapa agungnya perasaan itu. Kerana cinta kita rasa nak menjaga, melindungi dan menyayangi orang itu sampai akhir hayat.


Akhir hayat? Bila kita fikir sejenak, berapa ramai yang bercinta dapat capai ke jinjang pelamin? Bila dah dapat kahwin berapa ramai yang dapat kekal hingga ke tua?

Kadang-kadang terpikir juga, masa dah kahwin hidup bersama anak di mana lagi ruang cinta itu. Sebab itu, pasangan yang dah kahwin perlu semai perasaan itu agar perasaan cinta masa mula-mula rasa masih kekal dalam hati jangan biar perasaan itu kosong kelak dan kebahagian itu hanya sandiwara semata-mata demi anak.


Kan indah, perasaan sayang cinta itu sentiasa disemai dari awal percintaan hingga ke anak cucu. Biar berkedut, biar buruk pasangan kita itu di kemudian hari, kerana kita tau dengan cinta yang dibina hubungan itu masih kekal selamanya. Terpikir juga, bagi pasangan orang tua yang masih hidup bersama macam mana mereka semai perasaan itu. Menatap muka yang sama tiap-tiap hari tanpa rasa jemu, berbicara hal yang sama. Mungkin kebahagian yang mereka kekalkan itu adalah dengan mengingati balik saat-saat perkenalan mereka masa muda, barangkali... Masih ingat lagi kata-kata nenek menceritakan kenangan beliau dengan atuk.

"Masa mula-mula nenek kenal atuk kau, atuk kau segak orangnya murah dengan senyuman. Pasal itulah nenek jatuh hati dengan dia dan sampai hari ini atuk kau tiada nenek masih tetap sayang dia", ujar nenek sambil menguntumkan senyuman dan tanpa disedari perlahan-lahan linangan air mata jatuh ke pipinya.


Entahlah nak cerita pasal benda ini pun aku pun tak pernah bercinta, tapi aku cerita daripada apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa, biarlah cinta itu kerana keihklasan dan kejujuran serta cinta kita pada Maha Pencipta yang paling utama.

p/s : Gua pun tak tau kenapa 'mood' gua malam ni jiwang plak.









Gratisan Musik

Monday, May 30, 2011

Megi Goreng Special

Tengah duduk saje2 ni gua nak ajar la sikit yang rasa-rasanya bermanfaat la gak dekat mamat-mamat bujang mahupun duda dekat luar sana. Hari ni gua nak ajar memasak benda yang 'simple' tapi dijamin mengenyangkan. Tak payah banyak cerita mari gua ajar luu orang semua.

'First' korang kena ada benda-benda asas macam:
-  Mee Sedap (lain2 pilihan pun boleh) 
-  Bawang putih & merah
-  Cili padi (macam gua suka pedas jadi letak banyak)
-  Sayur tak kisah apa-apa pun
-  Telur (nak letak udang,sotong,ayam pun boleh)


Untuk penambah perasa, korang boleh letak :
- Garam
- Kicap pekat
- Sos Cili @ sos tiram
- Serbuk perasa

Cara-caranya ialah :
- Hiris semua bahan-bahan yang nak ditumis
- Masukkan minyak, apabila panas tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau


- Apabila bahan tumis sudap menjadi keperangan, masukkan perencah mee sedap.
- Untuk lebih perasa dan pekat, masukkan kicap pekat serta sos cili dan jangan lupa garam secukup rasa.
- Jika ada udang, sotong atau ayam boleh dimasukkan sekali.
- Gaul sehingga sebati 


- Kemudian masukkan air sedikit untuk membuat bahan tumisan tadi berkuah. Jika hendak membuat mee berkuah lebihkan air.
- Kuatkan api untuk membuatkan mee menjadi lembut.
- Apabila mee sudah semakin lembut masukkan sayur. Pastikan sayur tidak dimasak terlalu lama untuk mengekalkan khasiatnya.
- Gaul sehingga sebati dan biar air menjadi kering.


- Apabila sayur sudah lembut dan digaul sebati, mee tersebut boleh diangkat.
- Akhir sekali telur digoreng sebagai penambah lauk.
- Makanan yang dimasak siap dihidang dan boleh dinikmati



p/s : Baca salawat dan bismillah, insyaallah makanan yang dimasak sedap...wah cam chef aku dah (^^,)


Friday, May 27, 2011

My First Time at Pizza Hut

Kalau nak ikotkan cerita ini kenangan lama, tapi pasal kenangan ini antara yang paling aku ingat 'so' saja nak ingat balik kenangan lama. 

Kejadian ini tak silap aku masa aku tingkatan 4 5 macam tu lah, aku pun dah lupa. Masa tu Pizza Hut dah popular sampaikan no telefonnya pun mudah nak hafal, pasal ada bunyi, "Tupai..tupai..", dekat belakangnya.


Tapi pasal aku masih duduk di ceruk kampung jadi nak rasa makan betul-betul dekat kedainya memang tak tercapai lagi pasal Pizza Hut paling dekat aku rasa adalah dalam 80km (ye kot). Biasanya aku dapat rasa pun kalau aku singgah rumah kakak dan abang aku, itu pun dah sejuk.

Tapi walau aku duduk dekat tempat yang tak ada menatang 'fast food' ni, tapi tiap-tiap minggu aku 'order' pizza secara 'dilevery'. Jauh tak jauhlah yang penting aku nak gak rasa pizza yang sedap ni.

"Wei adik! meh sini ko..Hari ini aku nak ko pergi pasar malam belikan aku pizza satu ek. Aku nak ada yang cheese", tersengih aku dengan muka bangsatnya.

Makan pizza rm1.50 ni pun jadilah. Pizza apa!

Tapi biasalah perut manusia mana pernah puas, selagi tak dapat yang betul-betul selagi tulah perut asyik meragam je. Nak dijadikan cerita masa tu zaman sekolah jadi demi sekeping pizza aku kumpul duit semata-mata menatang Pizza Hut ni.

Dipendekkan cerita aku berjaya kumpul duit, dengan perasaan teruja dan semangatnya aku dan kawan-kawan pergilah dekat kedai Pizza Hut yang terdekat iaitu Teluk Intan, Perak. Sampai-sampai je dekat kedai pizza ni perasaan teruja tu makin membuak-buak mana taknya masuk je kedai ada orang bukakan, yang buka plak tu muka dahlah manis cun plak tu.

"Selamat datang encik..", tersenyum awek pizza tu sambil mendepakan tangan kirinya seakan-akan mengalukan kedatangan aku.

Aku apa lagi dah awek, 'so' dengan confidentnya aku pun berlalu  masuk ke dalam kedai manakala kawan-kawan aku pulak macam beruk jumpa pisang, mana taknya habis iklan-iklan dekat tepi dinding di ushanya siap ada bunyi lagi tu, "fuyooo..". Tapi demi menjaga kemachoaan aku pada awek tadi aku dengan selambanya berjalan menuju ke kaunter yang mana dekat kaunter tu pun awek gak jaga. Belum sempat awek kaunter tu cakap apa-apa aku dah cakap dulu.

"Hai...saya datang nak makan sini, boleh kasi menu? Kot-kot ada yang berkenan boleh saya 'order'", ujar aku sambil menyelak rambut menunjukkan ciri-ciri kejantanan.

Tapi awek kaunter tu boleh tersengih-sengih je, aku pun rasa pelik lepas tu aku tanya dia, "Ye awak kenapa?".

"Minta maaf encik, encik duduk dulu pilihlah mana-mana meja yang kosong nanti saya datang amik 'order' ek", tersengih awek tu sambil menunjukkan ke arah meja yang memang kosong pun.

Jadi aku pun apa lagi dengan selamba dan 'confident' cakap macam ni je, "Eh..dah tukar ek? Biasa saya makan sini 'order' dekat kaunter je. Bagus-bagus dah ada penambahbaikan", ujarku sambil berlalu ke meja dengan muka merah padam.

p/s : Lain kali nak makan tengok-tengok dulu.

Wednesday, May 25, 2011

My life today!!

Semenjak aku masuk UPSI kehidupan aku masa zaman sekarang dengan zaman sekolah dulu memang jauh berbeza laa..Nak kata masa zaman sekolah aku ni jahat tak ada jahat pun, setakat nakal budak-budak tu biasa laa. Kalau nak cerita apa benda yang jahat aku buat memang banyak, orang je tak perasan kejahatan yang aku buat pasal dilindungi dengan muka yang suci bersih dan 'innoncent'. Tapi kalau nak cerita bab masa zaman sekolah tunggulah aku buat 'entry' pasal zaman sekolah mesti syiookkk punya!!

Bagi senang cerita masa aku zaman sekolah dulu aku ni memang tak aktif lansung dari bab bersukan sampailah yang akademik punya. Kalau nak pegang jawatan tinggi-tinggi tu tak pernah lansung setakat ahli biasa je tu pun tak aktif. 

Tapi semenjak aku masuk UPSI memang banyak giler program aku join, asal ada program dekat kolej kediaman aku mesti aku 'join'. Niat aku terlibat dengan program-program begini pasal nak cari pengalaman dan kenangan pasal masa zaman sekolah dulu tak banyak sangat kenangan melainkan kenangan dengan kawan-kawan je. Satu lagi pasal aku nak cari kawan seramai yang mungkin. 





p/s : Hidup akan lebih indah jika kita punyai ramai kenalan, kerana dari situ hadirnya pengalaman dan kenangan.

Gadis Strawberry episod 7

"Ring....ring...", deringan jam loceng tepat pukul 4 pagi mengejutkan aku daripada lena yang mengasyikkan. Lalu aku bingkas bangun membuka lampu  dan terus mencapai tuala di pangkin yang terletak di hujung ruang bilik aku. Tatkala aku sedang bersiap untuk mandi tiba-tiba teringat janji aku pada si dia untuk mengambilnya tepat pada pukul 5 pagi. Pagi yang dingin itu melambatkan pergerakan aku kerana masih dalam keadaan separuh sedar. Kedinginan air kolah yang begitu sejuk begitu terasa sekali sehingga menusuk ke dalam tulang. Sebaik sahaja selesai mandi, aku terus menyarung seluar jeans lusuh warna hitam berserta T-Shirt putih yang biasa aku pakai. Ketika aku sedang sibuk bersiap tiba-tiba dengar suara ayah memecah keheningan subuh itu.


"Haa..dah bangun pun kau! Eh..tak kan kau nak pergi temuduga pakai macam ni je?", soal ayah apabila berlalu masuk ke dalam bilik aku sambil membetulkan kain pelekatnya yang nak terlondeh.


"Eh tak adalah..saja pakai macam ni dulu nanti dah sampai sana orang tukar pakai baju kemeja", balasku menjawab pertanyaan ayah.


Ayah hanya mengangguk lalu berlalu keluar turun ke bawah terus ke bilik air. Melihat pergerakan ayah berlalu mata aku kemudian melirik ke jam dinding yang terpapang betul-betul mengadap di hadapan bilik aku.


"Alamak! dah nak pukul 5. Tak boleh jadi aku kena siap nanti takut dia tertunggu-tunggu pulak", bisik hati aku dengan nada tegas. Lalu aku terus menuju ke bilik utama untuk mengejutkan mak aku yang masih diulit mimpi-mimpi indah.


"Mak! Mak! Jei nak gerak dah ni..", teriak aku sambil menggerak-gerakkan tubuh badan mak.


"Laa..dah nak pergi ke? Awal lagi bukan jauh pun Shah Alam tu. Sebelum terlupa kunci kereta waja ada dekat meja bawah", ujar mak sambil bangun keluar daripada kelambu.


Lantaran daripada itu, aku terus bergegas ke bawah sambil membawa sepersalinan baju kemeja turun ke tingkat bawah. Sebaik sahaja menuruni tangga yang bersebelahan dengan bilik air aku terus menyapa ayah aku yang sedang berada dalam bilik air.


"Ayah..Jei gerak dulu tau", ujarku sambil berlalu ke pintu hadapan.


"Jap-jap, ayah dah habis berak ni..sambil-sambil tu kau pergi panaskan enjin kereta dahulu", balas ayahku sambil terdengar deruan air dari dalam bilik air. 
 
Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan dan barang-barang seperti baju dan fail dimasukkan dalam kereta, aku lihat mak dan ayah tercongok depan pintu melihat aku sedang bersiap untuk pergi. Lantas aku terus mencapai kedua tangan mak dan ayah memohon restu.


"Mak..ayah..doakan Jei berjaya dan dipermudahkan temuduga Medsi ni. Insyaallah ada rezeki dapatlah Jei masuk UPSI", ujarku sambil mencium tangan mereka sambil memeluk erat mereka berdua. Aku lihat mak terkedu sambil terpancar genangan air mata di kelopak matanya. Lalu aku terus masuk ke kereta  berlalu pergi sambil melambai ke arah mak dan ayah. Tatkala itu juga ayah menempik, " Hati-hati bawak kereta!", sambil membalas lambaianku. Seperti yang dijanjikan aku terus memandu kereta ke rumah dia kerana jam di tangan menunjukkan aku sudah terlambat 10 minit. Seperti yang dijangka, sebaik sahaja aku sampai di rumah dia aku lihat dia dan maknya sedang duduk di luar menanti ketibaan aku.


"Minta maaf awak, mak cik sebab terlambat", ujarku sebaik sahaja keluar daripada kereta.


"Eh tak adalah, kami baru je keluar duduk sembang-sembang sambil tunggu awak sampai..betul tak mak?", balasnya sambil mak dia cuma mengangguk.


"Nanti bawak kereta elok-elok ya. Jaga anak mak cik baik-baik tau", tegur  mak si dia tanda perihatin dan sayang pada anaknya.


Lantas aku pun menjawab, "Insyaallah saya jaga baik-baik lagipun tak lama kat Shah Alam nanti, mungkin petang sampai sini balik", tersenyum si dia tatkala aku sedang berbicara dengan maknya. Lalu aku menyambung kembali bicara, "Sekali lagi saya minta izin ya Mak Cik sebab bawak anak Mak Cik pagi-pagi buta ni".


Mak Cik hanya mengangguk dan tersenyum sambil si dia mencapai tangan mencium tangan dan memeluk maknya.


"Mak jangan risau petang nanti sampai sini. Doakan Zul berjaya temuduga nanti ek", katanya sambil melepaskan pelukan manja daripada maknya.


Sambil berlalu masuk ke dalam kereta aku pun melambaikan tangan dengan harapan mak dia turut mendoakan kejayaan aku. Tatkala aku hendak berlalu pergi sekali lagi aku bersuara sambil tingkap kereta dibuka, "Mak Cik kami pergi dulu ya.. Assalamualaikum..", dan aku pun terus berlalu meninggalkan Mak Cik yang sedang berdiri di bawah rimbunan pokok betul-betul di hadapan rumahnya.


Pagi itu begitu dingin kerana aku terpaksa membuka 'air-cond' bagi mengelakkan kondensasi berlaku terhadap cermin hadapan akibat cuaca sejuk di luar kereta. Kegelapan pagi itu begitu pekat belum menunjukkan tanda-tanda matahari hendak terbit sebaliknya hanya kilauan cahaya daripada kereta bertentangan yang menyinari jalan raya. Sesekali aku meninggikan lampu kereta apabila memandu di kawasan yang tiada lampu jalan. Ketika aku khusyuk memberi tumpuan memandu kereta aku lihat dia hanya duduk diam sahaja.


Lantas aku pun berkata, "Kalau awak mengantuk awak tidur jelah, awak jangan risau saya boleh 'drive' sorang-sorang".


"Eh tak adalah saya tak mengantuk pun, saya temankan awak memandu ye. Saya nak lihat awak selamat memandu sampai kita sampai tau", jawabnya sambil melirikkan senyuman ke arahku.


Aku lihat dia begitu cantik dan manis hari ini, mana tidaknya dengan berbaju kurung warna merah serba lengkap serta padanan corak yang cantik menimbulkan lagi aura warna baju menyerlahkan keayuannya pada pagi itu. Tatkala itu juga itu hati aku seakan menyucuk tanda aku betul-betul jatuh hati padanya.


"Awak..awak nampak manis sangat dengan baju kurung ni, baju raya ek?",  kataku sambil memandu dengan berhati-hati.


"Tak adalah, baju ni mak saya jahit sendiri kalau awak nak tahu inilah 'first time' saya pakai baju kurung ni. Ingat nak pakai masa raya tapi pasal awak saya pakai baju ni", tersenyum manis dia sambil menjeling manja ke arahku.


p/s : Sambungan pada Gadis Strawberry episod 8



Tuesday, May 24, 2011

Dah bulan Mei ke (0_o)???

Peh!! dah lama giler rasanya aku tak menjengok ke dalam blog aku ni. Rasanya dah naik bersawang blog aku ni tanpa di isi 'entry2' yang baru. Nak buat macam mana dalam hati memang nak tulis 'something' tapi apakan daya walau cuti semester dah 'start' aku lansung tak rasa cuti pasal 'busy' memanjang dengan macam2 program.


Kursus kepimpinan JMK, Lubok Manggis Hulu Selangor
'First' program yang terpaksa 'follow' ialah Kursus Kepimpinan JMK 2011/2012 selama seminggu la gak. Apa itu JMK? Nanti aku buat satu 'entry' khusus pasal JMK. 


Program anak angkat, Batu Kurau Taiping. Sumpah best!
Habis je kursus, ada plak program Baktisiswa atau senang cerita program anak angkat dekat Batu Kurau, Taiping Perak. Bagi aku memang syok giler arr join program yang berfaedah ini. Mana taknya muka aku yang asalnya jambu 'cute-mute' alih2 jadi muka haram jadah!


Muka aku jambu mula2..tp demi program jadi cam pic belah kanan 2 laa
Tapi aku tak kisah pun, bagi aku 'join' program yang macam ini memang kasi aku pengalaman dan ilmu yang bermakna sambil berjalan ke tempat orang. Lagipun inilah masa untuk aku kumpul pengalaman yang banyak untuk aku cerita kepada anak-anak serta cucu-cucu aku esok.

Sebelum terlambat ialah memandangkan masih di bulan Mei tak salah aku ucapkan SELAMAT HARI IBU (^^,) untuk ibu-ibu di luar sana, terutamanya  mak aku yang tercinta.

Kredit 'to' Normala binti Atan, pasal mengandungkan aku selama 9 bulan, memberanakkan aku dengan tabahnya..Terima kasih juga pada mak pasal kasi aku merasa nikmat susu cap gantung...heheheh (^_^)y
'Last' sekali nak ucap terima kasih gak kepada mak kerana membesarkan serta mendidik aku menjadi orang yang berguna.

Rasanya tak terlambat jugak aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU!! buat warga pendidik di luar sana serta cikgu-cikgu aku dulu yang banyak mendebik, melempang, menendang dan ada gak yang baling kapur tepat kena kepala aku. Tapi aku tak kisah tak rasa dendam pasal aku tau sebab aku memang jahat dulu...hahahahah!!
 Tak lupa pada aku ni haaa...Selamat Hari Guru Zulhazri (~_^) kumpul ilmu dan pengalaman banyak-banyak pasal hang sok nak jadi cikgu gak..hehehe~~ 

p/s : kadang-kadang nak menulis pun kena ada masa dan 'mood' yang sesuai tau.