Powered By Blogger

Friday, May 27, 2011

My First Time at Pizza Hut

Kalau nak ikotkan cerita ini kenangan lama, tapi pasal kenangan ini antara yang paling aku ingat 'so' saja nak ingat balik kenangan lama. 

Kejadian ini tak silap aku masa aku tingkatan 4 5 macam tu lah, aku pun dah lupa. Masa tu Pizza Hut dah popular sampaikan no telefonnya pun mudah nak hafal, pasal ada bunyi, "Tupai..tupai..", dekat belakangnya.


Tapi pasal aku masih duduk di ceruk kampung jadi nak rasa makan betul-betul dekat kedainya memang tak tercapai lagi pasal Pizza Hut paling dekat aku rasa adalah dalam 80km (ye kot). Biasanya aku dapat rasa pun kalau aku singgah rumah kakak dan abang aku, itu pun dah sejuk.

Tapi walau aku duduk dekat tempat yang tak ada menatang 'fast food' ni, tapi tiap-tiap minggu aku 'order' pizza secara 'dilevery'. Jauh tak jauhlah yang penting aku nak gak rasa pizza yang sedap ni.

"Wei adik! meh sini ko..Hari ini aku nak ko pergi pasar malam belikan aku pizza satu ek. Aku nak ada yang cheese", tersengih aku dengan muka bangsatnya.

Makan pizza rm1.50 ni pun jadilah. Pizza apa!

Tapi biasalah perut manusia mana pernah puas, selagi tak dapat yang betul-betul selagi tulah perut asyik meragam je. Nak dijadikan cerita masa tu zaman sekolah jadi demi sekeping pizza aku kumpul duit semata-mata menatang Pizza Hut ni.

Dipendekkan cerita aku berjaya kumpul duit, dengan perasaan teruja dan semangatnya aku dan kawan-kawan pergilah dekat kedai Pizza Hut yang terdekat iaitu Teluk Intan, Perak. Sampai-sampai je dekat kedai pizza ni perasaan teruja tu makin membuak-buak mana taknya masuk je kedai ada orang bukakan, yang buka plak tu muka dahlah manis cun plak tu.

"Selamat datang encik..", tersenyum awek pizza tu sambil mendepakan tangan kirinya seakan-akan mengalukan kedatangan aku.

Aku apa lagi dah awek, 'so' dengan confidentnya aku pun berlalu  masuk ke dalam kedai manakala kawan-kawan aku pulak macam beruk jumpa pisang, mana taknya habis iklan-iklan dekat tepi dinding di ushanya siap ada bunyi lagi tu, "fuyooo..". Tapi demi menjaga kemachoaan aku pada awek tadi aku dengan selambanya berjalan menuju ke kaunter yang mana dekat kaunter tu pun awek gak jaga. Belum sempat awek kaunter tu cakap apa-apa aku dah cakap dulu.

"Hai...saya datang nak makan sini, boleh kasi menu? Kot-kot ada yang berkenan boleh saya 'order'", ujar aku sambil menyelak rambut menunjukkan ciri-ciri kejantanan.

Tapi awek kaunter tu boleh tersengih-sengih je, aku pun rasa pelik lepas tu aku tanya dia, "Ye awak kenapa?".

"Minta maaf encik, encik duduk dulu pilihlah mana-mana meja yang kosong nanti saya datang amik 'order' ek", tersengih awek tu sambil menunjukkan ke arah meja yang memang kosong pun.

Jadi aku pun apa lagi dengan selamba dan 'confident' cakap macam ni je, "Eh..dah tukar ek? Biasa saya makan sini 'order' dekat kaunter je. Bagus-bagus dah ada penambahbaikan", ujarku sambil berlalu ke meja dengan muka merah padam.

p/s : Lain kali nak makan tengok-tengok dulu.

No comments:

Post a Comment