Powered By Blogger

Monday, March 28, 2011

Gadis Strawberry episod 3


Petang itu aku rasakan perjalanan daripada rumah aku dengan si dia terasa jauh sangat, sedangkan perjalanan ke rumah dia tak sampai 10 minit pun. Mungkin kenangan yang aku bina bersama dia walaupun singkat, tapi masih aku  ingat  saat-saat bersama dengan dia. Sebelum aku sampai ke rumah dia aku pikir hendak menelefon dia dahulu, tak adalah dia terkejut dengan kehadiran ku. "Alamak! kredit dah habis pulak", nak tak nak aku pun membelok semula ke arah pekan sedangkan selekoh ke rumah dia semakin hampir. Sampai sahaja di pekan aku melalui tempat yang dia pernah bekerja sebelum ini, terdiam terpaku aku saat aku memberhentikan kereta kerana kedai 'Strawberry' itu salah satu kenangan aku dengan dia. Walaupun dia menganggap aku sebagai teman rapat, tempat dia meluahkan masalah keluarga dan kerja tapi satu yang aku terkilan kenapalah kekasihnya tak menjaganya dengan baik kerana aku rasa dia layak mendapat layanan yang sepatutnya.

***********************************************************

"Assalamualaikum, kau Hazri ke?", terkejut aku ketika mendapat panggilan telefon daripada orang yang tak dikenali. "Aku dengar kau berkawan rapat dengan makwe aku. Kau ada apa-apa ke dengan dia?", pertanyaan dia mengejutkan aku kerana kekasih si dia menelefon aku.

"Aah, memang kami berkawan rapat sebab aku dengan dia satu sekolah dan aku tau dia memang dah berpunya. Jadi aku cuma anggap dia sebagai kawan rapat je", jelas aku kepada kekasihnya.

"Aku bukan apa, aku tak suka dia berkawan rapat dengan lelaki lain pasal aku pakwe dia", ketinggiaan suaranya ketika berbicara mengejutkan aku akan perlakuannya.

Lalu aku pun membalas, " macam nilah 'bro', aku memang tau dia dah ada pakwe, tapi aku cuma teman rapat dia sahaja tak lebih dari itu. Kau tau kan dia dah tak ada ayah, kenapa kau tak kasi lebih perhatian pada dia?".

Pertanyaanku itu membuatkan dia terdiam sebentar, " errkk...aku tau pasal itu, aku minta maaf kerana salah anggap pada kau. Entahlah aku dengan dia pun ada masalah tak tau nak cakap macam mana".

"Macam ni lah 'bro', ko jagalah dia baik-baik, hargai dia betul-betul dan kau beruntung dapat dia, sangat-sangat beruntung. Ingat tu!". kata-kataku mengakhiri perbualan kami di dalam telefon.

Persoalan yang bermain dalam pemikiran aku ketika itu berlegar-legar seakan-akan tidak menemui titik nokhtah. Perasaan bersalah kerana berkawan dengan dia menjadi kemelut kepada persahabatan aku dengan dia. "Kenapalah aku kawan dengan dia? Macam manalah aku boleh rapat dengan dia? Menyesalnya aku", luahan perasaan itu sering kali bermain dalam hati kecilku ini. Penyesalan yang timbul bukan kerana aku menyesal berkawan dengan dia tapi penyesalah adalah kerana berkawan rapat dengan dia menyebabkan perasaan sayang dan suka semakin menebal terhadap dia. "Zulhazri! kau dah lupa dulu aku dah nasihat, berkawan biarlah ikhlas serta jujurkan hati. Insyaallah jika suratan takdir jodoh pasti ketemu". Pujukan hatiku itu membuatkan perasaan aku semakin berkecamuk. Oleh kerana aku tak tertahan dek perasaan yang tak menentu aku telah fikir untuk berjumpa dengan Mira kawan tempat sekerja dengan dia untuk bertanyakan pendapat.

"Abang Zul dah fikir masak-masak? Jangan abang, kakak betul-betul sayangkan abang", tanya Mira padaku.

"Apa guna sayang, abang tak boleh teruskan persahabatan dengan dia lagi. Semakin hari perasaan sebagai kawan biasa hilang sebaliknya abang nak memiliki dia", jelasku pada Mira. " Tapi abang bukan lelaki dayus bukan lelaki jahat, abang tak nak jadi perampas", jelasku lagi.

"Sebenarnya kakak dalam keadaan berbelah bahagi, dia selalu cerita hal dia pada Mira. Dia selalu menangis pasal pakwenya. Kadang-kadang dia cerita juga pasal abang". Penjelasan Mira membuatkan aku menjadi ingin lebih tahu. " Abang tau tak, kakak betul-betul sayangkan abang,dia cakap abang selalu ambil berat. Tapi pada masa yang sama dia masih sayangkan pakwenya walaupun pakwenya dah lukakan hati kakak".

"Sayang..abang memang sayang kan kakak kau, tapi andai kata ada peluang itu abang nak dia terima abang bukan kerana kesian tapi kerana  keikhlasan dan kejujuran dan juga bukan abang sebagai perampas", tegasku lagi.

"Kesian Mira tengok abang. Tak apalah abang buat keputusan elok-elok cuma Mira harap abang temui kebahagian", kata-kata nasihat Mira memberi pendorong kepadaku. Kadang-kadang Miralah menjadi tempat rujukan untuk aku bertanya mengenai si dia.

Hari demi hari perasaan kecamuk itu semakin menebal, rasanya dekat seminggu juga tak berjumpa dengan dia. Selepas kejadian kekasihnya menelefon bertanyakan pasal hubungan aku dengan dia, aku sengaja mengelakkan diri untuk berjumpa dengan dia. Aku kalau boleh tak mahu rapat lagi dengan dia kalau boleh tak berkawan pun tidak apa daripada jiwa ini terus terseksa. "Teett..teett..", bunyi deringan telefon bimbit menyatakan ada 'message' masuk dan aku lihat pesanan ringkas tersebut dihantar oleh dia. 

" Hai..lama tak jumpa, dah tak sudi ke nak berkawan dengan saya?", pertanyaan dia mengejutkan aku seperti dia mengetahui sesuatu.

"Eh, mana ada. Memandai la awak ni, kan kita masih kawan", kataku yang tidak berapa yakin.

"Awak jangan nak tipu, saya dah tau semuanya. Mira dah bagitahu apa yang awak cakap pasal, awak yakin dan pasti dengan keputusan awak?",

Aku pun membalas tanpa menjawab persoalan dia,"Malam ini kita jumpa, ada benda yang saya patut cakap dengan awak. Boleh kan?".

"Boleh, malam ini awak ambil saya lepas habis dari kerja", jawapan dia itu mengakhiri perbualan kami dalam pesanan khidmat ringkas.

Kebetulan semasa aku 'bermessage' dengan dia aku tengah bekerja. Memandangkan hari pun sudah petang aku meminta izin pada bos aku untuk pulang awal dengan menyatakan aku ada hal untuk diselesaikan pada malam itu. Aku terpaksa menipu kerana aku sepatutnya kerja sampai malam oleh kerana tempahan jamuan pada hari tersebut adalah dari pagi sampai petang. Meskipun berat hati meninggalkan kawan-kawan dan Mak Cik-Mak Cik yang penat menjalankan kerja aku terpaksa juga, kerana untuk berjumpa dengan si dia malam ini. Tanpa membuang masa aku pun pulang bersiap untuk berjumpa dengan dia. Seperti biasa, Proton Wira menjadi peneman aku berjumpa dengan dia.

"Lama awak tunggu saya?", tanya dia yang baru sahaja keluar dari kedai.

"Tak adalah baru je dalam 10 minit tadi. Awak jom kita pergi makan dekat tempat biasa".

"Eh, tak apalah saya baru je lepas makan, kita pusing-pusing naik kereta awak je lagipun awak ada benda nak cakapkan", selepas dia berkata begitu aku pun mengajak dia masuk ke dalam kereta.

Di dalam perjalanan yang entah ke mana aku diam seribu bahasa kemudian dia pun berkata-kata," awak cakap ada benda nak bagitahu, apa dia? Cakaplah".

"Saya rasa nak putuskan persahabatan dengan awak. Saya sebenarnya tak sanggup memendam perasaan ini lama-lama, dan saya tahu awak mengerti perasaan saya bagaimana", jelasku padanya.

"Saya dah agak benda ini yang awak nak bagitahu. Terus-terang saya memang suka berkawan dengan awak. Tapi saya cuma anggap awak kawan biasa yang memahami diri saya sahaja".

"Sebab awak anggap saya sebagai kawan biasalah saya tak mahu  bertepuk sebelah tangan. Pasal itu juga saya nak putuskan persahabatan ini, dan saya salah, saya tak sepatutnya rapat dengan awak sedangkan awak dah berpunya", jelasku lagi.

Dia pun terdiam seketika apabila mendengar kata-kataku. "Kalau awak dah cakap macam itu nak buat macam mana. Tapi saya kalau boleh nak terus berkawan dengan awak, bolehkan kita berkawan lagi?".

Persoalan yang diajukan aku tidak jawab sebaliknya aku meminta masa untuk aku memikirkan semasak-masaknya. Malam yang dingin itu kami luangkan masa sebentar sahaja kerana aku tidak mahu terus lama bersama dengan dia. Sebaik sahaja menghantar dia pulang aku terus balik ke rumah memikirkan apa yang sepatutnya aku lakukan. Ketika aku hendak melelapkan mata datang satu pesanan ringkas daripada dia, "esok boleh kita berjumpa? Saya ada benda nak bagi dekat awak. Lepas tu kalau awak tak nak berkawan tak nak berjumpa dengan saya terpulanglah".




p/s : sambungan pada Gadis Strawberry episod 4



No comments:

Post a Comment