Powered By Blogger

Sunday, March 20, 2011

Pasal aku

Sebagai 'entry' atau mukadimah untuk blog ini lebih baik aku cerita sikit pasal 'background' aku (sikit-sikit jee..) supaya korang semua tau aku ini adalah aku. Yela manala tau kot-kot aku ni penyamar ke, 'hacker' ke, tak pun entah-entah pak cik guard kolej aku menyamar jadi aku semata-mata nak guna muka aku yang 'market' ini untuk menakel awek-awek upsi..hahahaha!!

Oklaa mai che' habaq mai kat hampa semua!! che' ni bukanla orang utara tapi saja jaa pasai che' ni anak jati Selangor tak ada pun loghat negeri cam belah-belah utara, belah pantai timur..peh jeles arr gak pasal diorang ada identiti sendiri menunjukkan daripada mana mereka mai..arrghhh!! tapi che' tak kisah itu semua kita orang Malaysia mana-mana pun boleh laa...HIDUP SELANGOR!!! oklaa sebenarnya che' lahir kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang tapi di besarkan di Sungai Besar, Sabak bernam sebuah tempat yang aman damai serta menyamankan..pasai apa!! pasai tempat che' memang 'nature' giler ada pantai bakau, kebun kelapa, dan sawah padi..meh che' tunjuk kat hampa semua.


Che' lahir pada 19 Julai 1990 tepat pada pukul 12.11 tengahari (ehm!! patutlaa kulit aku cerah sampai tak boleh nak cerah walau pakai 'Garnier') dan tertulis sijil kelahiran bernombor I459322 dan apabila aku hampir mencapai akil baligh dah pandai tengok cerita romen-romantik dapatlah aku 'apply' kad pengenalan menunjukkan bahawa aku dah meningkat remaja!!

Bukti che' lahir pukul 12.11 tengahari pada sesiapa yang tak percaya

Kalau che' nak cerita pasal sekolah kang panjang pulak..Ok la che' bagitau sikit macam mana che' mula menimba ilmu dengan niat untuk menjadi orang berjaya kelak (chewaahhh!!) 
  1. Tadika Ehyaul Falah
  2. SK Seri Makmur (ingat lagi lagu sekolah sampai sekarang)
  3. SRA Ehyaul Falah
  4. Asrama Yayasan Selangor Klang
  5. SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang
  6. SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (PMR&SPM)
  7. Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam
  8. SMK Sungai Besar (STPM)
  9. Universiti Pendidikan Sultan Idris (ISMP Teknologi Maklumat)
haaa...hampa tengok berapa banyak sekolah dah che' merasa 'so' banyaklah jugak kawan-kawan dan pengalaman yang che' rasa. Rasanya cukupla hampa semua tau sedikit pasai che', nanti dah lama-lama hampa 'follow' blog che' (macamlaa ada orang nak follow =P) rasanya lebih dari kenal kot hampa semua mengenali che'. Sekian d(^_^)b


p/s :Kenali diri, anda akan memahami diri sendiri.



1 comment:

  1. ok je..simple..cume tmbh skit je background bg menarik tp jgn crowded sgt..nt nk bkk berat... :-)

    ReplyDelete