Powered By Blogger

Saturday, June 4, 2011

Ayah...

Tengah duduk bosan hujung minggu ni buat aku tak tahu nak buat apa. Jadi masa bosan-bosan ni aku pun layan la video2 yang menarik untuk hilangkan rasa bosan. Tapi dalam banyak-banyak video aku layan ada dua video ni yang betul-betul buat ak tersentuh.



Dulu masa kecik-kecik nak suruh ayah beli mainan, ajak pergi makan KFC mesti susah nak dapat. Tapi kalau cakap nak beli buku, nak bayar yuran kelas tambahan ayah tak pernah berkira dia terus tunaikan. Seorang ayah kalau dia betul-betul ikhlas besarkan anaknya dia sanggup korbankan apa pun semata-mata untuk lihat anaknya berjaya. Bila tengok video ni mengalir la gak air mata jantan aku ni bila pikir balik susah payah ayah besarkan aku cari duit untuk tengok aku berjaya masuk universiti. 'Feeling2' macam ni buat aku semangat nak belajar buat aku semangat nak balas jasa mak dan ayah...(^^,)

***********************************************************************



Kalau tengok video ni mesti ramai anak-anak dekat luar sana pernah lakukan sebegini pada mak ayah diorang. Kalau tak macam mana boleh wujud pusat perlindungan & penjagaan orang tua. Orang-orang tua ni sifat dia macam budak-budak kecil gak, mudah tersentuh dan kecil hati. Kalau boleh dia nak selalu didampingi nak ada perhatian kadang-kadang nak gak teman untuk berbual. Biasanya macam ayah kalau dia sunyi rindu pada anaknya dia tak pernah cakap dia cuma akan buat sesuatu untuk anaknya perasan. Misalnya seorang ayah yang kehilangan isteri.

"Nak..dah lama kau tak balik kampung, semenjak mak kau tak ada ni sunyi lah juga rumah ni".

Kalau seorang anak yang perihatin dia akan tahu jika ayahnya telefon, maknanya ayah dia betul-betul rindu pada anaknya. Orang tua masa usia lanjut ni tak ada benda yang dia harap bukan wang ringgit dia nak, apa yang dia harap anaknya dapat menjaga dan beri perhatian saat-saat dia dalam usia yang sebegini. 

p/s : Tak kira buruk mana ayah pada waktu tuanya, jagalah dia seikhlas hati seperti ayah menjaga kita sewaktu kecil.

3 comments:

  1. semoga kita yang bertuah dapat belajar sampai ke universiti ni sedar akan tanggungjawab untuk membalas segala jasa yang dicurahkan ayah kita. seorang ayah kadang-kadang tak cakap dengan mulut dia sayangkan kita, tapi dia akan tunjukkan sayangnya dengan tindakan-tindakannya untuk kita...

    ReplyDelete
  2. bila ingat tentang mak ayah aku selalu risau..

    aku takut tak sempat nak balas jasa dorang..

    ReplyDelete
  3. yazid : betul 2, janji kte ingt mak ayah dh memadai

    ana : jgn rso kalau x dpt balas jasa, andai diorg x de ko bleh berjasa dgn selalu sedekahkan al-fatihah dn berdoa utk mereka

    ReplyDelete