Powered By Blogger

Friday, March 25, 2022

Mesin Taip

Semenjak zaman IT dah semakin berkembang maju, perubahan yang paling ketara dah tentu-tentulah kepelbagaian gajet teknologi dekat pasaran. Budak-budak sekarang dah maju, budak sekolah rendah pun dah ada telefon bimbit, ini kan mak bapak budak lebih dari telefon bimbit diorang ada. Tapi macam aku 'as a student' telefon bimbit dengan laptop adalah perkara paling penting. Pasal apa? Macam telefon dah tentu-tentu nak tanya member-member, diorang dah siap 'assingment' belum, kelas hari tu ada ke tak ada . Macam 'laptop' mestilah nak buat 'assingment' yang menimbun-nimbun dan paling penting 'online' laa apa lagi.


Walaupun zaman dah maju, ada seorang manusia yang kenal ni tak mahu gunakan teknologi sedia ada. Dah tentu-tentulah ayah aku. Contoh paling ketara Komputer dengan telefon bimbit. Kalau nak ikutkan dekat rumah aku ada dua komputer, laptop ada tiga tapi sampai hari ini ayah aku masih gunakan mesin taip dia. Pernah gak aku ajak ayah belajar guna komputer tapi ayah tak nak macam-macam alasan dia kasi.


"Budak muda macam kau ni boleh laa guna binatang alah ni".


"Ayah dah tua, manalah reti nak guna benda ni semua".


"Komputer ayah dah ada, tu haa mesin taip komputer laa jugak..hehehe".


"Telefon rumah kira ayah punya telefon bimbit, kalau nak pakai macam yang kau pakai tu merepek je!".


Itulah antara alasan ayah aku guna. Tapi nak buat macam mana, dah ayah tak nak tak kan nak dipaksa.

No comments:

Post a Comment