Powered By Blogger

Monday, March 19, 2012

(-_-,)

Hari ini entah macam mana aku boleh terbangun secara tiba-tiba pada pukul 5 pagi dan terus menangis. Apa aku sedar yang buat aku terkejut dan menangis ialah aku bermimpikan pasal ayah aku. Masa tu entahla aku pun tak tau nak gambarkan macam mana perasaan aku tapi yang pasti aku rindukan pada ayahku, rindu sangat-sangat. Sebenarnya ayah aku dah tak macam dulu dia dah banyak jauh berbeza mungkin faktor usia yang semakin meningkat dan anak-anak semakin menjauh mungkin buatkan sikap dia banyak berubah.

Mak selalu bagitau aku yang ayah sihat cuma ada kala dia tak lagi sekuat dan segagah sebelum ini. Biasanya ayah rajin ke kebun belakang untuk mengait sawit atau menjaga reban ayam. Kebiasan juga ayah rajin ke Masjid solat jemaah dan mengikuti ceramah atau kuliah agama. Tapi sekarang dah jauh berbeza, ayah banyak terbaring dan berehat dekat rumah, dia banyak mendiamkan diri dan tak banyak bercakap macam dulu.

Kebetulan 2 minggu lepas aku balik sengaja melihat keadaan ayah yang dah beberapa bulan macam tu. Pada masa tulah aku rasa yang ayah memang dah jauh berbeza sangat-sangat. Susuk tubuh ayah semakin kurus sehingga menampakkan tulang dan kulit badannya amat kendur. Pejal otot ayah sebelum ini dah tiada yang aku lihat cuma tubuh badan yang kurang bermaya.

 Masa cuti Sabtu Ahad aku sengaja membawa ayah aku ke Banting, rumah mak tiri dan abang-abang aku yang perjalanannya lebih kurang 2 jam setengah. Perjalanan pergi balik dah tak seperti dulu, ayah banyak mendiamkan diri cuma sesekali menyahut pertanyaan aku. Biasanya kalau aku memandu tak kirala sejauh mana perjalanan tu berapa lama perjalanan tu ayah tak akan henti-henti berceloteh mengenai hal agama, politik mahupun pengalaman hidupnya.

Serius aku cakap yang ayah aku kenal dulu jauh berbeza sekarang, rindunya aku pada ayah yang selalu bising mengajak sembahyang jemaah, dan rindunya aku pada ayah yang kuat berceloteh kadang-kadang aku pun tak tertahan. Buruk baik ayah aku, aku teringin sangat nak bagitau pada ayah yang aku sayang sangat pada dia. Bagi aku dialah sumber inspirasi dan kekuatan pada diri aku yang berjaya sehingga hari ini.

Tak ada apa-apa yang aku harapkan cuma ayah sihat seperti biasa dan semoga panjang umur..amin..

p/s :  Sempena hari jadi ayah ke-68 pada 31 Mac ni aku nak balik kg gak walau macam mana pun..

1 comment:

  1. Ayah sye still sihat. bila sye bace post ni, sye terfikir. mcm mane agaknye ek kalau ayah sye sakit :') kdg2 sye tak perasan yg sye syg ayah sye :')

    ReplyDelete