Powered By Blogger

Sunday, January 8, 2012

Dah 6 tahun...

Rasanya dah lama aku tak 'update' blog ni, rasanya dah naik berhabuk blog aku ini. Mungkin sebab jadual padat dengan program lepas dengan waktu 'exam' sekarang ni jadi tak dapat nak 'post' apa-apa. Bila tengok tarikh hari ini 8 januari 2012 tiba-tiba buat aku teringat dekat seseorang yang aku rasa dia masih dalam hati aku ini. 

Masih ingat lagi waktu itu cuti sekolah sementara nak menunggu masuk tingkatan 4, waktu itulah saat perkenalan aku dengan si dia. Masa kenal dia bagi aku memang cukup cantik dan cukup matang walaupun pada masa itu aku tahu beza umur aku dengan dia berbeza dua tahun. Di alam persekolahan pada mana pemikiran belum cukup matang dan dewasa dan aku ingat lagi keinginan untuk punyai makwe atau nak bercinta memang tiada sebab aku tau memang kalau bercinta hanya cinta monyet sahaja. Perkenalan aku dengan si dia cukup mudah, kerana mak dia dan mak aku berkawan rapat dan ketika itulah kami berkenalan tatkala aku datang singgah ke rumahnya dan kebetulan adiknya merupakan anak angkat kepada mak aku. Jadi kekerapan ke rumahnya membuatkan aku terasa nak berkenalan dengan dia.

Aku ingat lagi ketika itu, aku tidak punyai pengalaman kerana aku tidak pernah bercinta mahupun berkapel. Masa tu zaman pakai 'handphone' dah bermula, tak berani nak berkenalan secara berhadapan jadi aku dapatkan no telefon dia daripada adiknya. Pada masa itulah perkenalan aku dengan dia bermula dengan satu pesanan ringkas. Sebenarnya aku pernah cerita pasal dia dalam blog aku tulis, tapi tak lengkap pun cerita itu hanya sekadar cebisan naskah aku untuk dia sahaja. Inilah dia, cebisan cerita mengenai dia  http://zulhazri90.blogspot.com/2011/05/awak.html .

Tapi perkenalan dengan dia tak lama, ya memang aku berkapel dengan dia dan aku merasa kenangan indah dengan dia walau tidak banyak. Saat-saat menemankan dia ke pantai, celotehnya yang mematangkan serta kebolehannya memasak berbeza dengan gadis muda seperti dia. Kenangan terakhir aku dengan dia adalah pada 8 Januari 2006, ketika itu hari jadinya beriya-iya dengan mengajak aku ke rumahnya untuk menyambut hari jadi bersama-sama dia. Bagi aku tiada masalah ke rumahnya kerana keluarga dia pun dah mengenali aku dan mereka pun tahu aku berkawan rapat dengan dia. Tapi entahla, kena pada masa itu pemikiran aku belum cukup matang ialah baru tingkatan 4 nak berbicara soal cinta dan masa depan, memang merepek! Ketika hubungan aku dengan dia tidak menginjak setahun aku putuskan hubungan dengan dia dengan alasan masih muda dan pelajaran paling diutamakan.

Entahla kenapalah aku rasa itulah saat paling bodoh yang pernah aku buat, selepas aku putus dengan dia memang aku tumpukan pelajaran dan berjaya tapi pada masa yang sama perasaan aku ingatkan pada dia sahaja. Lepas SPM aku cuba berhubung kembali pada dia. dan pada waktu saat itu memang aku rasakan penyesalan yang amat sangat.

"Je'i rindukan Aween..boleh tak kita bersama kembali? Je'i tahu dah bersalah tinggalkan Aween macam tu je..Je'i minta maaf, minta maaf sangat-sangat".

"Aween dah lama maafkan Je'i, cuma kenapa Je'i tinggalkan Aween dulu? Aween sayang sangat dekat Je'i..".

Aween memang sayangkan aku cuma hatinya dah tertutup untuk aku. Aku dah berusaha untuk kembali bersama Aween dari selepas SPM hingga selepas STPM hinggalah masuk UPSI. Memang betul ramai kenalan dan perempuan yang aku rapat dan mereka semua tak sama macam Aween, kerana bagi aku dia yang terbaik pernah dalam hati ini. Macam-macam perempuan yang aku kenal untuk aku lupakan dia tapi tak ada seorang pun sehingga ke hari ini yang boleh membuatkan hati aku terpikat dan buatkan aku lupa pada dia. 

Entahlah memang pada zahirnya aku nampak tak konsisten nak dapatkan Aween, tapi dalam hati ini sehingga ke hari ini aku masih sayang dan cintakan Aween dan hingga ke saat aku menulis ini pun aku ingat kembali saat-saat aku bersama dengan dia dahulu. Tapi harapan tinggal harapan sebab Aween tak lama lagi akan berkahwin dengan seseorang yang mungkin dia cintai sepenuh hati..Dan aku tetap begini terkontang-kanting mencari cinta yang tak pasti. Adakah aku kena terus mencari atau berhenti dari realiti..ataupun aku kena mencari cinta Mu YA ILLAHI....

Tak kisahlah apa pun perasaan dalam diri ini, setelah 6 tahun berlalu perasaan Je'i pada Aween tetap sama. Rasa sayang itu..rasa cinta itu sentiasa ada dalam hati ini bahkan terus menebal. Pada Azureen Nur A'in, Je'i ucapkan Selamat Hari Jadi dan selamat berbahagia bersama dengan orang tersayang. Sejujurnya diri dan hati ini dambakan seseorang yang lebih baik dari Aween untuk Je'i berhenti daripada mengharap pada Aween, dan berharap Je'i jumpa seseorang itu di mana Je'i kasihkan orang itu jauh lebih daripada apa yang Je'i rasa pada Aween.. Begitu juga seseorang itu pada Je'i...



p/s : Pada saat ini pun Aween tak kan tahu betapa sayangnya aku pada dia. Ingat nak masukkan gambar dia..tapi dia pun nak kahwin rasanya tak elok plak. Biarlah dia bahagia bersama orang tersayang..AMIN (^^,)





1 comment: