Powered By Blogger

Wednesday, January 18, 2012

Pelangi



"Awak saya minta maaf ya..saya minta maaf sangat-sangat kerana tak dapat nak terima awak", ujar Iza sebaik berjumpa dengan Hazri.

"Jadi sebab awak nak jumpa saya ni pasal inilah ya..", terdiam Hazri sambil merenung tajam ke arah mata Iza. Lalu Hazri pun berkata, "Tak apalah kalau itu keputusan awak, saya terima seadanya".

Perlahan-lahan Iza menghampiri Hazri, "Awak janganlah sedih, mungkin antara kita tiada jodoh lagipun saya pun tak tahu kenapa dengan hati saya ni. Padahal awak cukup baik pada saya dan selalu ambil berat pada saya tetapi hati ini tak bisa juga jatuh hati pada awak".

"Tak apalah, bukan rezeki saya nak memiliki awak tapi sekurang-kurangnya saya dah berusaha dan soal hati awak tak terbuka mungkin tuhan tak izinkan kerana mungkin tuhan ada perancangan lebih baik rasanya", ujar Hazri sambil menarik nafas panjang seperti seakan menahan sesuatu.

"Insyaallah awak..awak pasti jumpa lebih baik daripada saya. Apa-apa pun kita tetap kawan ya", senyum Iza ke arah Hazri.

"Saya harap pun macam tu..saya cuma nak bagitahu yang saya sayang dan cintakan awak untuk terakhir kalinya. Doa saya awak sentiasa bahagia bersama si dia..", kata Hazri sambil linangan air mata mengalir perlahan di pipinya. Pada ketika itu Hazri berdoa pada tuhan hilangkanlah perasaan kepada Iza semoga dia berhenti mengharap benda yang belum pasti

*********************************************************************

Bagi aku cinta itu ibarat pelangi, makin kita cari belum pasti kita dapat menjumpainya. Kerana pelangi itu munculnya hanya seketika jadi hargailah ia walaupun secebis pun, kerana apabila kita menghargai sesuatu yang sukar di dapati di depan mata kita pasti merasa nikmatnya. 



Aku ibaratkan cinta itu umpama pelangi kerana lumrah manusia itu sukakan pada kecantikan tetapi pada nalurinya dia melihat kecantikan itu untuk membuatkan diri dia tenang dan merasa bahagia. Begitu juga manusia mencari sebaik-baik pasangan kerana nalurinya mencari yang terbaik supaya terbit rasa kasih dan sayang itu untuk ia menjaga dan melindungi orang yang dia kasihi itu dengan penuh tulus dan ikhlas.

Sebab itulah datangnya pelangi hargailah saat ianya muncul dengan sebaik-baiknya kerana kelak susah mencari pelangi yang belum pasti seindah yang kita pernah jumpa. Begitu juga kita manusia, hargailah pasangan itu sebaik-baiknya jika dia mampu membuat kita ketawa dan bahagia. Tapi soalnya sekarang adalah hati, sebab naluri manusia paling kuat terletaknya pada hati, kerana kata hati itulah yang menggerakkan kita saat kita berada di persimpangan dalam membuat keputusan.


p/s : Perasaan itu hadir kerana Allah yang beri, nak hilangkan perasaan itu pada Allah jua kita pergi, tetapi jika perasaan itu tetap dalam hati, berdoa dan berharaplah ada yang lebih baik menanti...



No comments:

Post a Comment