Powered By Blogger

Friday, August 19, 2011

Bersama yang teristimewa

"Adik umur berapa?", tanyaku kepada seorang budak sambil tangan kananku mengusap kepalanya.

"Baru 8 tahun", balasnya sambil tertunduk malu.


Itulah saat perkenalan aku dengan seorang budak yang aku anggap begitu istimewa. Bertubuh kecik dan kurus sepadan dengan usianya. Rambut pendek yang ikal maya tersisir ke sebelah kiri walaupun tidak rapi tetapi riak wajahnya yang tersenyum tatkala melihat aku bertanyakan soalan kepadanya membuatkan aku tersentuh.

"Masih boleh tersenyum walaupun dalam sanubarinya pasti penuh dengan jerih dan perit", bisik hatiku sambil mengenggam erat tangannya.

Aktiviti di Rumah Anak Yatim Sabak Bernam yang terletak di Parit 1 Timur Sungai Besar ialah destinasi program sempena bulan ramadhan. Walaupun aku rasa masa buat program dengan anak yatim ni sekejap je dari tengahari hingga malam, tapi aku rasa memang bermanfaat sangat-sangat buat diri aku. 


Mana taknya aku tengok kecil-kecil lagi dah kehilangan ayah buatkan hati aku tersentuh dan merasa sedih. Kasih yang mereka impikan, perlindungan yang mereka perlukan sudah tiada jadi yang ada hanya pusat kebajikan anak yatim inilah tempat mereka menumpang kasih dan perasaan sesama manusia yang senasib dengan mereka.

Tak banyak aktiviti yang dilakukan cuma banyak permainan dan muhasabah diri bersama mereka. Mana taknya 'time' bulan puasa ajak diorang bermain tak ke penat di buatnya. Penat woo...tapi pasal anak-anak yatim ni tak boleh tunjuk muka penat kena senyum selalu baru diorang rasa semangat walaupun dari riak muka mereka semua aku tau masing-masing dah penat. "Confirm-confirm" ada yang berangan nak tidur puas-puasa masa cuti sekolah Sabtu Ahad ni, tapi pasal ada program nak tak nak kena "join". 



Apa-apa pun bagi aku ni pengalaman yang bermakna untuk aku pasal aku dapat kenal dengan masyarakat yang kita sendiri tak pernah cuba nak dekat. Melihat mereka buatkan aku rasa bersyukur dengan kehidupan yang ada pada diri aku ini.


p/s : Hargai hidup ini untuk lebih bersyukur pada_Nya.

1 comment: