Powered By Blogger

Monday, August 22, 2011

Ayang sayang Abang...Selamanya.....



Ini adalah satu cerita yang disampaikan oleh seseorang kepada aku semasa bulan puasa. Cerita yang aku nak sampaikan adalah penceritaan semula yang diolah semula berdasarkan cerita sebenar agar memberi pengajaran mahupun pedoman kepada kita semua.

Cerita ini bermula dimana berlakunya tragedi yang menyayat hati di mana seorang ayah dan anak meninggal dunia akibat lemas ketika menjala ikan di laut. Kejadian yang berlaku di pesisiran pantai barat, pada mana si ayah dan anak terperangkap di beting pasir ketika air laut pasang menyebabkan kedua-duanya tidak dapat melarikan diri dan kemudian mati lemas. Si ayah di jumpai selepas 2 hari manakala anaknya ditemui sehari berikutnya. Maka berdukacitalah si isteri yang kehilangan kedua-dua insan yang paling dia sayangi.

Pada ketika jenazah suami tadi hendak di mandikan berlaku pertelingkahan antara si isteri dengan keluarganya.

"Mak..izinkan saya bersama dengan abang buat kali terakhir. Izinkan saya untuk memandikan abang", ujar si isteri sambil berjujuran air matanya.

Mak dan ayah kepada si suami tadi hanya menggelengkan kepala tidak membenarkan isteri tersebut sebaliknya menyerahkan proses memandikan jenazah kepada qariah-qariah masjid yang berdekatan. Tetapi si isteri tetap merayu dan menangis meminta kepada ahli keluarga untuk memandikan mayat suaminya.

"Tolonglah mak ayah, izinkan saya untuk memandikan jenazah abang. Saya pernah berjanji semasa kahwin dulu, jika abang pergi dahulu saya akan memandikan abang dan begitu sebaliknya jika saya yang pergi dahulu", kata si isteri dengan nada sedunya.

Tetapi sebaliknya ahli keluarga mereka tetap tidak membenarkan kerana mengikut adat melayu apabila berlaku kematian proses memandikan atau mengkafankan jenazah diserahkan kepada wakil atau diuruskan mengikut jantina jenazah terbabit. Maka berdukacitalah si isteri. Dia pun berlalu pergi menghampiri jenazah suaminya sambil merintih.

"Abang..ampunkan ayang kerana tidak dapat tunaikan janji kita. Ayang minta maaf dan keampunan daripada abang kerana tiada daya untuk ayang memandikan abang buat kali terakhir", kata si isteri sambil memberikan kucupan ke dahi suaminya.

Sedih dan sayu hati si isteri tidak dapat menunaikan janji yang pernah mereka lafazkan pada awal perkahwinan mereka. Perasaan gundah gulanah dan serba salah menyebabkan si isteri tidak henti-henti menangis dan merayu kepada ahli keluarga tetapi tidak diendahkan sebaliknya keluarganya cuba untuk mententeramkan si isteri. Kebetulan pada masa itu terdapat seorang ustaz yang turut hadir membantu untuk memandikan jenazah si suami. Dilihatnya ustaz tersebut merupakan orang yang biasa memberikan ceramah agama di kawasan kampung. Maka si isteri pun bertanyakan perihal keinginan dia untuk menunaikan janji agar dia mendapat jawapan yang memuaskan hatinya.


Mendengar pertanyaan yang diajukan si isteri, ustaz tersebut pun menjawab, "Kewajipan asal memandikan jenazah ialah lelaki memandikan lelaki serta perempuan memandikan perempuan. Sekiranya jenazah itu lelaki, yang lebih utama memandikannya ialah orang yang didahulukan menyembahyangkannya dan isterinya bagi yang beristeri dan seterusnya mengikut tertiba bapa, datuk lelaki dan seterusnya mengikut tertib".


Lalu ustaz tersebut menyambung kembali bicaranya, " dalam hal ini, si isteri memang layak untuk memandikan suaminya apatah lagi menunaikan janji yang pernah mereka lafazkan".


Mendengar penjelasan panjang lebar daripada ustaz tersebut, maka gembira si isteri kerana berpeluang memandikan jenazah suaminya. Oleh yang demikian, ahli keluarga bersetuju serta membenarkan setelah mendengar penjelasan daripada ustaz tersebut. Maka si isteri pun berlalu untuk memandikan jenazah suaminya sambil di temani keluarga terdekat serta ustaz tersebut bagi membantu melicinkan proses memandikan jenazah.


Saat memandikan jenazah si mati, ustaz terbabit terdiam dan tersentuh melihat perilaku si isteri yang tidak henti-henti berkata setiap kali anggota badan si mati dibersihkan. Saat bahagian kepala dan muka disirami dengan air maka berkata isterinya, "Mata ini jika abang pernah melihat kesalahan yang saya lakukan harap diampunkan, begitu juga saya ampunkan dosa abang.


"Hidung ini jika pernah tercium sesuatu yang tidak disenangi ketika saya menguruskan rumah tangga harap diampunkan", kata si isteri sambil menggosok hidung suaminya.


"Mulut inilah yang selalu memberikan kata-kata manis dan pujukan kepada saya. Malah mulut ini juga pernah memarahi saya dengan kata nista namun saya ampunkan kesalahan abang", kata si isteri lagi sambil mengusap bibir suaminya.


Sebaik sahaja air mandian membasahi anggota badan, si isteri turut melakukan perilaku yang sama iaitu berkata-kata memohon keampunan setiap kali anggota badan suaminya di bersihkan.


"Tangan inilah bukti abang menggunakan kudrat memberi rezeki kepada saya, malah tangan ini jugalah yang membelai, mengusap dan memanjakan saya ketika saat saya dalam kesedihan. Oleh itu, saya mohon abang halalkan semua yang telah abang berikan", ujar si isteri tatkala tangannya menyapu lembut meratakan air ke segenap tangan dan anggota badan suaminya.


Saat jenazah sudah hampir selesai dimandikan dari hujung kepala ke hujung kaki ketika itulah si isteri berkata sesuatu kepada suaminya.


 "Abang..saya sudah tunaikan janji kita. Saya redha dengan ujian ini dan berharap kita berjumpa lagi di akhirat nanti..InsyaAllah..", ujar si isteri dengan linangan air mata yang membasahi pipinya.


Begitulah bagaimana cerita ketaatan seorang isteri yang solehah yang berpegang pada janji meskipun kehilangan suaminya. 


Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatimu dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya.."
(Hadis riwayat Ibn Jabir)


p/s : Kasih isteri terhadap suami membawa ke mati..


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

4 comments:

  1. Subhanallah...terima kasih ayob....sgt bererti...erm...sedih baca...mudah2an kak zila menemukan seseorg yg menjadi pendamping di dunia dan di akhirat kelak..seandainya tidak di duni,mudah2an Allah pertemukan kami di akhirat kelak..wallahua'lam bissawab....

    ReplyDelete
  2. insyaallah kak zila akan berjumpa..amin

    ReplyDelete